Tuesday, April 4, 2017

Doa untuk anak malas solat

ANAK MALAS SOLAT,BANTAH DAN TAK SUKA MAKAN?

Saya melihat seorang kawan mendidik anak begitu taat pada solat tanpa disuruh,dipaksa.Sedangkan banyak orang,jenuh berperang untuk suruh bersolat.Jika tidak disuruh,tidak bersolat.Lalu saya bertanya apa kaedah pendidikan yg dia buat.Katanya,tidak ada kaedah apa pun, cuma dia tidak meninggalkan doa sejak dari belum berkahwin hinggalah ada anak.Doa ini dilafaz sebagai tambahan dlm sujud atau tahiyyat akhir,kerana ia ayat quran,maka tidak bersalahan menambah doa ini.Doanya dipetik dari surah Ibrahim ayat 40
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ
 دُعَاءِ
Ya Rabb, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Rabb kami, perkenankanlah doaku.

Jomlah kita semua beramal dgnya moga anak cucu kita semua tidak meninggalkan solat.Bacalah dlm sujud atau sebagai tambahan dlm tahiyyat akhir.

Untuk melembutkan hati dan anak anak patuh,saya biasa mendengar seorang guru saya berpesan untuk membaca doa dari surah al Ahqaf pada sebahagian ayat  15
َ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".
Baca dan dihembus dimuka anak ketika tidur atau isyarat dari jauh dg niat melembutkan hatinya.

Jika anak tak lalu makan,tak suka makan,kurus melidi,cuba beri lidah kambing kampung yg dibakar atau dimasak dg apa cara dan beri anak makan.Petua ini bertujuan untuk mengambil tabiat kambing  kampung yg sentiasa mengunyah. Cubalah, moga dimakbulkan.

Saya kadar berkongsi pengalaman, moga bermanfaat.Jika anda ada kaedah yg lain,kongsikanlah untuk kita membentuk generasi yg tidak meninggalkan solat,yg taat pd ibubapanya,yg sihat sejahtera. Wallahua'lam

Cnp dari Cikgu abd ghani haron.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook