Saturday, February 18, 2017

Cara Buka Pintu Rezeki

Coretan ini saya kongsi dari fpage iium. Ia sangat memberi inspirasi kepada sesiapa yang dihimpit kesulitan hidup terutama dalam hal kewangan...semoga memberi manfaat.

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca dan admin. Lately ramai yang complain tentang rezeki. Ada yang menganggur bertahun2, ada yang sudah bekerja tapi masih tidak cukup duit untuk menampung keperluan. In shaa Allah, saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya pelajari dan ambil pengajaran dari keadaan sekeliling. Honestly, saya bukanlah seorang yang baik dan sempurna dari segi iman, tetapi alhamdulillah Allah cukupkan rezeki saya dan mudahkan segala urusan.

1. Sentisa bersyukur dan redha
Sememangnya untuk terlalu bersyukur dengan nikmat Allah memerlukan kita memahami konsep mendalam tentang rezeki. Allah akn memberikan sesuatu ujian dan nikmat itu sesuai dengan kemampuan dan keperluan kita. Jangan sampai menjadi kufur nikmat dan selalu membandingkan rezeki kita dengan orang lain, sampai bila pun kita tidak akan pernah merasa ‘cukup’. Kita mesti sentiasa bersihkan hati dan tidak pernah bersangka buruk pada Allah. Bila ada masalah, banyakkan berzikir kerana masalah itu datang mgkin disebabkan dosa2 yg kita lakukan. Selain itu, kita mesti sentiasa suka dan cinta dengan apa yg kita buat, selagi tidak melanggar syariat Islam.

2. Hidup kerana Allah
Masa disekolah menengah, ada ustazah menegur kami satu kelas tentang attitude dalam belajar. Kata beliau, kita belajar bukan sebab nak jadi doctor, guru etc. Tp belajar untuk dapat redha Allah, spt mana yg Allah suruh kita jadi khalifah dimuka bumi, mencari ilmu dan memakmurkan bumi. Saya bukanlah pelajar yg cemerlang, sy ke sekolah hanya utk jumpa kawan2, bersukan dan tidak pernah mempunyai cita2. Selepas je dengar ayat tersebut dari ustazah , sy mulakan azam dan niat baru.

Sy belajar kerana Allah, selain tu utk bantu ibu dan ayah sy nti. Dan perancangan Allah itu amatlah tidak dapat diduga, sy belajar dalam aliran sains, ke matrik dalam aliran fizik tetapi kos di university, kos pentadbiran dan sastera. Sy redha dan sy bersyukur krn masih ada peluang utk belajar walaupun ramai yg memandang rendah kos yg sy belajar, ada yg memprtikaikan masa depan sy di alam pekerjaan kelak. Mgkin disebabkan sy belajar di sklh terpilih dan ramai yg beranggapan sy akan belajar kos2 yg lebih mencabar (kata mereka). Tetapi alhamdullilah, 3 bulan selepas menamatkan pelajaran, saya sudah mendapat pekerjaan tetap dengan gaji permulaan RM2.3k. Kerja yg sesuai dengan bidang pengajian saya.

3. Tegakkan lima waktu dan ibadat sunat
Apa yg penting utk rezeki luas dan hati tenang ialah solat dan dekatkan diri dengan Allah. Sy pernah mendengar ceramah dari penceramah Indonesia (tapi sy lupa nama diaaa). Kata beliau, untuk Allah Nampak kita, kita kena jadi special. Solat 5 waktu ramai yg buat, tp solat sunat tidak ramai yg mampu. Jadi lengkapkan ibadat wajib dengan ibadat sunat. Sblm nie sy akui, hanya solat2 sunat ketika menghadapi exam dan disebabkan ada benda yg sy ‘nak dari Allah’ time tu. Sampai satu ketika sy diuji dengan ujian yg berat. Sy solat hajat. Masa tu terdetik dalam hati, sy nie hanya solat ketika perlukan Allah, mgkin sbb tu sy susah nak rasa tenang dan terlalu bergantung dengan orang, seperti tidak percaya takdir Allah. Tp alhamdullillah, Allah senangkan urusan sy. Selepas peristiwa sy diuji, dan hati menjadi happy balik, sy start bangun solat tahajud. Sy hanya melakukan tahajud dan solat hajat. Lama kelamaan sy start solat witir dan taubat. First time nak buat solat tahajud, seksanya yg amat. Allah sahaja yg tahu. Kerja sampai lewat petang, kena bangun plak awal pagi, mmg meletihkan sy. Sampai satu saat, sy ternanti2 bila sy akan period, barulah sy boleh berehat sekejap. Masih tidak ikhlas.

One day, officemate sy pasang ceramah kat radio IKIM. Kata penceramah (lupa nama) tersebut yg kini menetap di US, suaminya memesan, buat ibadat sampai kita terasa kemanisannya. Hati sy tersentuh sekali lagi, ya, sblm nie sy hanya bangun utk Allah tahu sy masih ingatkanNya wlpn sudah bahagia, tp bukan utk mendekatkan diri dan mencari keredhaanNya. Lepas tu, sy betulkan niat. Sblm tido, sy niat dengan Allah yg sy nak jumpa Dia nanti. Sy tido kejap utk dapatkan kekhusyukan dan rehat. Dan alhamdulillah, wlpn malam sy tido jam 2 lebih (Paling lewat pernah sy buat) tp saya masih mampu dan kuat utk bangun tahajud. Subhanallah. Dan hidup sy kini sangat lapang, masalah selalu ada, tetapi selalu saja penyelesaiannya datang tanpa diduga. Ingatlah, jika kita ada masalah, jangan cari mcm mana nak settle kan masalah itu, tetapi dekatkan diri dulu dengan Allah, Allah rindukan doa dari kita. Allah yg ciptakan kita dan masalah, mana mungkin lepas kita berusaha utk mencintaiNya, dia masih bebankan kita. Dan ingat, masalah tidak mungkin juga selesai spt apa yg kita nak, tp In shaa Allah hati kita akn lebih tenang.

4. Redha ibu dan bapa
Redha ibu bapa amat penting dalam kehidupan. Sejak kecil lagi, sy sentiasa memberitahu ibu dan ayah tentang perjalanan hidup sy. Kemana hendak pergi, dengan siapa dan sebagainya. Sehingga ke alam university dan pekerjaan, menjadi tidak lengkap jika sy tidak memberitahu mereka tentang keadaan sy. Begitu juga dalam bab pelajaran, setiap kali slps mendapat jadual exam, sy akn hantar gambar jadual tersebut kpd mereka dengan meminta mereka mendoakan saya terutama sekali ketika sy menghadapi peperiksaan. Dan sblm masuk ke dewan exam, sy akan menelefon meminta restu dan doa mereka. Alhamdullilah, sy tamat pengajian dengan pointer yg bagus wlpn sy bukanlah pelajar contoh. Dan sama juga dalam proses mencari pekerjaan, sy sentisa meminta mereka mendoakan sy semasa sy hantar cv, sblm interview dan selepas interview.

5. Kongsi rezeki.
Rezeki Allah itu luas, jangan pernah takut utk berkongsi. Suatu hari sy baca msg kat grup Whatsapp tentang job vacancies. Kat bahagian bawah ada tertulis, ‘kongsikan rezeki dengan orang lain, ALLAH buka lagi banyak pintu rezeki utk kita”. Sejak hari tu, sy yg selalu silent reader kat grup, selalu je share post2 job vacancies. Ada satu masa, kawan sy tegur, ‘’kerja nie utk sorang je.. ko try la dulu, mana tahu klw share kat kawan, ko plak yg putih mata”. Sy rasa ada betulnya cakap dia masa tu, tp mujur la sy cepat sedar. Sy share jgk job vacancies tu kat kawan2 yg lain. Dan mungkin sebab itu la Allah permudahkan jalan hidup sy. Selain tu, kena banyak menderma. Bila dapat gaji, lepas tolak semua kos pengangkutan, makanan dan sebagainya, sy akn belanja kan wang yg lebih tu utk family. Dan bila ada kawan yg minta tolong, sy akn tolong semampu sy.

Ini sahaja dari saya. Terima kasih kpd yg sudi membaca. Sy hanya ingin berkongsi kenikmatannya bila kita sentiasa berpandangan baik dan menjalani hidup on the right track. Sy baru je mencuba, in shaaAllah sy akn istiqamah krn hidup sy sangat tenang dan bahagia skrg. Sy berkongsi bukan utk menunjuk2, plus, ramai kawan2 yg mengadu tentang payahnya mencari kerja dan mendapat rezeki. Semoga mampu memberi manfaat dan impact kpd yg lain. Doakan sy, dan in shaa Allah, Allah memberi kejayaan dan kekayaan dunia dan akhirat utk kita semua. Sy akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, sy minta doa dari semua.

– Hamba yg baru mengenal cinta sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook