Friday, October 11, 2013

Kerja Pembersihan Makhluk Halus Di Hospital Putrajaya?

Ada yang tak percaya adanya hantu? Bumi kita ni sebenarnya dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan species makhluk halus.  Makhluk halus terdiri dari jin dan shaitan. Shaitan adalah makhluk halus jenis jahat yang suka jika manusia pun jahat macam mereka. Kerja mereka menghasut manusia supaya buat dosa, manakala jin adalah jenis makhluk halus yang Islam, mereka mengesakan Tuhan. Jin Islam ni ada yang alim dan ada yang tidak, macam manusia juga....walaupun Islam, tapi ramai yang jahat dan suka buat dosa.

Dengar kata minggu lepas pihak pentadbiran Hospital Putrajaya telah menjemput lebih kurang 40 orang perawat dari Darussyifa' untuk memagar bangunan hospital. Ini berikutan aduan yang diterima dari pekerja2 hospital sejak 2 tahun lepas tentang gangguan.

Ketika dihubungi pihak wartawan, pentadbiran Hospital Putrajaya enggan mengulas mengenai sesi pembersihan makhluk halus, tetapi mengakui kehadiran perawat Darussyifa dan Dato' Harun Din di situ.

Difahamkan bahawa ia bukan kali pertama upacara pembersihan ini diadakan, dan ia sebenarnya dilakukan atas arahan orang atasan dalam pentadbiran sendiri.

Kakitangan hospital yang ditemubual oleh The Malay Mail Online pada Rabu lalu enggan memperkenalkan diri mereka kerana polisi ketat hospital kepada media, tetapi kebanyakan mereka seolah-olah tidak mengindahkan sangat mengenai gangguan. Antara mereka ada yang berkata, gangguan sebegitu adalah perkara biasa di hospital. 

Sumber dari seorang kakitangan memberitahu ketika bekerja shif malam terdengar suara aneh di sesetengah wad. Antara cerita yang tersebar di kalangan jururawat dan doktor ialah kehadiran bayangan perempuan cantik berambut panjang dan hitam di bangunan baru Institut Kanser Negara (IKN) yang digelar Shasha.

Shasha dilihat berkeliaran di luar bangunan dan di sepanjang koridor dengan keadaan berbaju putih atau kuning yang mana dinding luar bangunan tersebut juga berwarna serupa.

Dikatakan jumlah aduan oleh staf meningkat selepas pembinaan bangunan IKN sejak September 2010.

At Putrajaya Hospital, a supernatural cleansing

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook