Sunday, October 20, 2013

Imam Muda Hassan Mengulas Isu Korban Lembu di Sekolah

Status ini bukan status perkauman, ianya hanya 1 penjelasan. Harap Maklum!

Baru-baru ini, saya telah menerima 1 rakaman perbualan telefon antara seorang India dan Guru Besar sebuah sekolah di sekitar lembah Klang, di mana lelaki India tersebut mempertikaikan tindakan pihak sekolah yang mengadakan upacara ibadah Qurban di sekolah tersebut. 

Lelaki berbangsa India ini begitu marah dan tertekan. Ada unsur provokasi di situ. Dia berkali-kali bertanya kepada guru besar tersebut, apakah ada di dalam dasar pendidikan kementerian bahawa penyembelihan lembu di sekolah dibenarkan, apakah pihak sekolah tidak sensitif dengan bangsa lain, mengapa orang Islam boleh sembelih lembu, tetapi orang Cina tak boleh nak sembelih babi di sekolah, kenapa ada double standard dalam semua kaum di sekolah,dan pelbagai lagi.

Guru besar tersebut kelihatan kaget, dan mungkin terkejut dengan provokasi itu. 

Saya agak terkejut juga dengan perbualan ini. Ramai juga bertanya pendapat saya tentang hal ini. Ini sekadar perkongsian untuk membantu kita sedikit sebanyak dalam memahami isu ini.
Baik, di sini, ada beberapa hujah yang boleh kita berikan jika ada yang mempertikaikan ibadah Qurban yang dilakukan di sesebuah tempat khususnya di sekolah:

1) Dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 3 mengatakan Islam agama rasmi Malaysia,tetapi agama lain bebas diamalkan.Dalam perkara 11,tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4).

Apabila bercerita tetang agama rasmi, maka acara yang melibatkan agama Islam mewakili upacara utama di Malaysia. Maka, upacara penyembelihan di sekolah itu adalah dibenarkan kerana ini bukan sekadar upacara keagamaan, tetapi ini adalah upacara negara kita yang mendokong Islam sebagai agama rasmi.

Malah, tidak ada halangan daripada Malaysia untuk agama lain mempraktikkan upacara mereka, tetapi bukan di sektor-sektor awam. Kerajaan Malaysia membenarkan agama lain membuat upacara mereka di mana-mana sahaja, tetapi bukan secara rasmi yang melibatkan pekerja awam, pelajar sekolah atau mana-mana agensi kerajaan. 

2) Kenapa babi tak boleh disembelih di sekolah? Kerana tidak ada secara khusus mana-mana upacara agama bukan Islam seperti Buddha atau Hindu yang menyuruh umatnya menyembelih babi beramai-ramai. Perkara 3 telah mengatakan bahawa 'tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya', tetapi adakah agama yang menyuruh umatnya untuk menyembelih babi di khalayak ramai? 

Islam, memang dianjurkan untuk melakukan ibadah Qurban seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

" Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syari`atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat. " Surah Al Hajj 22:34)

3) Tidak ada double standard di dalam hal ini. Orang Buddha boleh menggunakan jalan raya untuk membuat upacara Cap Go Meh dan sedikit sebanyak ianya menganggu trafik, orang India menggunakan jalan raya utama bagi perayaan Depavali dan Thaipusam sehingga menyebabkan trafik sangat sesak, tetapi kita tidaklah merungut kerana kita tahu itu perayaan besar bagi agama Hindu.

Orang Sikh boleh memakai serban mereka sedangkan orang Islam tidak dibenarkan memakai serban di peringkat sekolah kebangsaan. Cuma, apa yang tidak DAPAT dilakukan oleh yang bukan Islam adalah membuat upacara rasmi di sekolah. Itu sahaja. 

4) Sepatutnya isu ini tidak perlu dibangkitkan dan tidak perlu sampai diperbincangkan di peringkat kementerian.

Penyembelihan lembu yang kita buat bukanlah tujuannya untuk memprovokasi rakan-rakan yang beragama Hindu. Bukan itu niat kami. Ini adalah suruhan Tuhan kami, dan kami akur dengan suruhan tersebut. Mungkin di sini ada percanggahan kepercayaan antara Hindu dan Islam dalam isu lembu ini, tetapi kalau kita sentiasa berlapang dada menerima hakikat pandangan kami terhadap binatang korban seperti lembu, alangkah baiknya. Kita hidup aman harmoni.

Wallahu a'lam
Imam Muda Hassan

2 comments:

  1. This is also a very good post which I really enjoyed reading. It is not everyday that I have the possibility to see something

    retrica  |  superfighters 2  | sonic dash

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook