Sunday, October 6, 2013

Amalan 10 Hari Pertama Zulhijjah

Hari ini mula masuk bulan Zulhijjah 1434 H, oleh itu perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid serta berpuasa sunat terutamanya pada hari ke-9 Zulhijjah, seperti yang dinyatakan dalam hadis-Hadis berikut:
“Dari Umar r.a., bahwa Nabi SAW bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid.” (HR Ahmad)

“Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (HR al-Bukhari)

“Diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (HR Ahmad dan an-Nasa’ie)

“Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (HR Abu Dardaa)

9 Zulhijjah ialah hari umat Islam yang mengerjakan fardhu Haji wukuf di Arafah.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook