Monday, September 23, 2013

Tegar di MHI hari ini

Slot selama 1 jam untuk Tegar di MHI hari ini. Tegar yang asalnya seorang pemuzik jalanan mencari nafkah untuk menampung keperluan keluarga, kini menjadi terkenal. Nama asalnya Tegar Septian berasal dari Subang (Indonesia) bercita-cita nak jadi penyanyi, tapi lantaran hidup keluarga yang kekurangan, dia memilih untuk menyanyi dijalanan.

Ibunya juga seorang pemuzik jalanan si stesen keretapi di kawasan Pangadean, manakala ayah tirinya seorang buruh kasar. Tegar mempunyai 3 orang lagi adik dan mengaku menjadi pemuzik jalanan sewaktu berumur 7 tahun lagi.



Sungguh tak ada siapa dapat menduga nasib seseorang. Tegar tiba-tiba jadi terkenal selepas seseorang yg sukakan suara merdunya mengupload videonya menyanyikan lagu Aku Yang Dulu mendapat hit yang tinggi.

Hari ini slot MHI TV3 mengundang tegar untuk mengcungkil perjalanan hidup Tegar sekaligus menghiburkan rakyat Malaysia. Apa yang menakjubkan, penyanyi cilik berusia 12 tahun ini pandai juga berkomunikasi dengan nada yang merendah diri.


(gambar milik Zabidi Mohamed)

Apa yang lebih mengharukan ialah MHI telah mempertemukan adik Baim dengan Tegar. Adik Baim adalah penghuni wad kanak-kanak kanser HKL. Beliau yang meminati Tegar selalu menghiburkan kanak-kanak lain dengan menyanyikan lagu Aku Yang Dulu di wad tersebut. Dia diberi peluang berduet dengan Tegar hari ini di MHI. Ia pasti satu kenangan indah buat adik Baim yang berusia 5 tahun.

Sebelum ini wad kanak-kanak kanser di HKL selalu dikunjungi oleh kumpulan Red Bubbles untuk menghibur dan menceriakan kanak-kanak di situ.



(Kumpulan Red Bubbles sedang menghiburkan kanak-kanak di wad kanser HKL. Gambar Iskandar Syah bersama adik Baim)



No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook