Thursday, September 26, 2013

Pak Cik Azman Tiba-Tiba Popular Gara-gara Bini Mat Yo

Akibat perselisihan yang berlaku di LT Subang, Pak Cik Azman yang bertugas sebagai guard di situ tiba-tiba popular. Ramai yang menyatakan simpati pada Pak Cik Azman.




Berita terbaru menyatakan Syarikat Valiant Force Sdn Bhd, akan mengambil tindakan sewajarnya lantaran isu kontroversi Pak Cik Azman atau nama penuhnya Azman Nayan dengan isteri Mat Yo.

Menurut wakil Valiant Force Sdn Bhd, Syarikat Pengawal Keselamatan tindakan Pengawal Keselamatan Azman Nayan yang menegur Aisya Adam isteri pemain bola sepak negara itu adalah betul dan cukup berbudi bahasa. Malah mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan syarikat.



Malam tadi difahamkan lebih 11 peguam perseorangan (tidak termasuk pakatan peguam) menghubungi Pakcik Azman (Pakcik Guard) untuk memberikan khidmat guaman percuma jika bini Mat Yo berkeras menyaman beliau.

Tidak kurang peguam yang menyatakan kesediaan untuk turun sebagai peguam pemerhati di mahkamah nanti.

Dijangka lebih ramai lagi peguam hebat akan tampil menghulurkan bantuan guaman terbaik secara percuma dan sukarela kepada beliau.

Malah ada seorang hamba Allah ini tawarkan perkhidmatan percuma "pengawal peribadi bersenjata" bagi mengiringi Pakcik Azman ke mahkamah jika perlu.

Sokongan rakyat terhadap Pakcik Azman (Pakguard) sangat hebat, ribuan orang dari pelbagai lapisan masyarakat menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya.

Hampir seluruh rakyat malaysia yang menonton video kontroversi Isteri MatYo dengan Pakcik Azman bersetuju Aisya Adam bersalah kerana gagal mengalihkan kereta Mini Cooper miliknya dari kawasan larangan, walaupun selepas 20 minit berlalu dan ditegur dua kali.



2 comments:

  1. Kenapa lah manusia ada sifat sombong dan bongkak...kalau Allah nak tarik..sekelip mata aje kesenangan dan kebahagiaan dia ada sekarang akan hilang...Tak terfikirkah dia tindakannya itu mengaibkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. Re. Kenapa lah manusia ada sifat sombong dan bongkak

    Allah nak balas sekajap aje. Sendiri cari penyakit sekarang tanggunglah. Selalu jumpa manusia-manusia seperti Isteri Mat YO ni, yang merasakan DUIT itu segala-galanya.

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook