Monday, September 30, 2013

Malaysia Negara Terbersih Rasuah

KUALA LUMPUR - Malaysia antara negara terbersih daripada perbuatan rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahidan menafikan dakwaan Malaysia sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan menegaskan dakwaan tersebut tidak wajar dikeluarkan kerana akan memberi kesan kepada pihak lain.

Beliau berkata, Malaysia juga mempunyai sebuah agensi memerangi rasuah yang terbaik di dunia iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Malaysia adalah kerajaan yang paling telus, adil dan bijaksana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian  ketika mengulas mengenai kajian dibuat Ernst & Young yang menyenaraikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah.

Beberapa hari lalu, sebuah portal berita melaporkan hasil kajian tersebut dengan menyatakan rakyat Malaysia gemar mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi.

Laporan tersebut juga menyenaraikan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) gagal dalam menjalankan peranannya untuk mentransformasikan bidang ekonomi negara.

Menurut Shahidan, mana-mana pihak yang ingin menyatakan pandangan harus mempunyai fakta yang tepat supaya tidak mengelirukan penerima maklumat.

Sumber : Sinar Harian

****
Ntahle, apa yg patut kurasa......
Bangga, gembira,.....?
Terluka, geram, kecewa.......?
Ataukah semuanya berbaur....?

Sunday, September 29, 2013

Bencana Ala-kemodenan Malaysia

Muar - Seorang remaja tingkatan satu bersalin ckup bulan
Seremban - Remaja 13 tahun bersalin di dalam tandas
Kuala Terengganu - Remaja 11 tahun bersalin pra-matang
Pulau Pinang - Remaja berumur 9 tahun bersalin di hospital
JPN - Jumlah peningkatan kelahiran anak tak sah taraf yang mencecah 234,647 daripada lebih 2 juta kelahiran bayi di Malaysia telah didaftarkan antara 2007-2010.
KKB - Remaja 13 tahun ketagih ditiduri 6 remaja 14 tahun dan 2 remaja 12 tahun.
(sumber lain pula mengatakan bahawa remaja 13 tahun ini telah dirogol oleh 8 remaja lelaki tadi)
-Dr. Zainur Rashid



Entah apa yang kebanyakan dari kita fikirkan tentang pemodenan...
Dari segi sosial, seolah2 ibubapa hari ni lebih terbuka kononnya open minded dengan membenarkan anak2 gadis mereka bercampur gaul, malah keluar dengan lelaki bukan muhrim....inikah yang dinamakan moden?

Ia penanda aras bahawa kita semakin jauh dari Al-Quran.
Allah berfirman dalam surah Al-Isra' : 32
"Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)"

Menghampiri zina bermaksud melakukan perbuatan yang membuka peluang dan mendorong berlakunya zina. Berapa ramaikah ibubapa dan remaja sendiri sedar tentang larangan Allah ini?

Saturday, September 28, 2013

Duta Besar Paraguay Temui Hidayah

JAKARTA 28 Sept. - Selepas sekian lama tertarik dengan agama Islam, Duta Besar Republik Paraguay ke Indonesia, Cecar Estebon Grillion akhirnya memilih untuk memeluk agama itu selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid Istiqlal di sini, semalam.

Di hadapan ribuan jemaah yang selesai mengerjakan solat Jumaat dan disaksikan Menteri Agama, Suryadharma Ali, Grillion secara rasmi kini merupakan seorang penganut agama Islam.

Grillion dibimbing oleh Imam Besar Masjid Istiqlal, Ali Mustafa Yaqub ketika mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab.

Ribuan jemaah Masjid Istiqlal didengar mengucapkan Alhamdulillah sebaik-baik duta itu selesai melafazkan kalimah syahadah.

Menurut Grillion, beliau sudah lama tertarik dengan agama Islam.

"Saya mengenal Islam setelah membaca buku-buku mengenai Islam milik anak saya," ujarnya seperti yang dipetik dari laman web Kementerian Agama Indonesia.

Pada masa sama, Grillion juga mendapat hidayah untuk mendalami Islam melalui perkenalannya dengan seorang muslimah Indonesia, Yulie Setyohadi yang membuka hatinya untuk mempelajari agama itu.

"Saya berjanji saya memeluk agama Islam bukan atas dasar menukar agama sahaja, tetapi untuk menjadi seorang muslim yang baik dengan bantuan semua," jelas beliau.

Sementara itu, Suryadharma berharap, keputusan Grillion memeluk Islam dapat memberi inspirasi kepada saudara lain untuk sama-sama mengambil jalan yang diredai oleh Allah.

"Semoga imannya makin kuat, menjadi muslim yang soleh serta mematuhi perintah Allah," katanya.

Bagi Ali Mustafa yang membimbing Grillion pula, keinginan duta besar itu untuk memeluk agama Islam bukan disebabkan oleh tekanan atau kerana ingin bernikah dengan wanita Islam.

Sebaliknya, hasrat itu, katanya, bertitik tolak daripada hidayah yang diperoleh Grillion daripada Allah.

Keseriusan Grillion untuk memeluk agama Islam dapat dilihat melalui usahanya mendalami agama itu daripada tokoh agama tersohor Indonesia, Prof. Quraish Shihab selain dengan beliau sendiri sebagai Imam Besar Masjid Istiqlal.

Grillion juga berhasrat menukar namanya kepada Ibrahim.

"Saya cadangkan ditambah Muhammad pada awal nama itu," tambah Suryadharma pula

Sumber : Utusan




Petua Kurus Semulajadi

1. Minum Teh Hijau
    Teh hijau didapati sangat berkesan untuk kurangkan berat badan. Gunakan kualiti teh hijau yang terbaik dan rendam dalam air panas selama beberapa minit.Minum Teh hijau 2 atau 3 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang nyata dalam beberapa hari.

2. Apple Cider Vinegar dan Jus Limau
    Campurkan 1 sudu teh apple cider vinegar dan 1 sudu teh jus lemon ke dalam secawan air suam. Minum campuran air ini sewaktu perut kosong tiap-tiap hari selama 2 atau 3 bulan. Kita akan dapat merasai kesannya yg baik di mana air akan menyebabkan kita terhidrat, apple cider vinegar meningkatkan metabolisma dan lemon memuatkan air rasa lebih sedap.

3. Ambil 1 sudu teh madu dan campurkan ke dalam segelas air suam.
    Tambahkan 1 sudu teh jus lemon ke dalam gelas tadi dam minum sewaktu peru kosong tiap-tiap pagi. Ulang rutin ini tiap-tiap pagi selama 2 atau 3 bulan dan lihatlah kesannya.

4. Senaman
    Brisk walking adalah cara terbaik untuk mengurangkan kegemukan dan untuk mendapatkan  badan yang sihat. Senaman di gym selama 30 hingga 45 minit untuk 4 atau 5 kali sehari bersama dengan diet yang sihat dapat membantu mengurangkan kegemukan.

5. Salah satu cara untuk menghilangkan lemak adalah dengan membakarnya.
Anda perlu menggunakan tenaga yang lebih daripada jumlah kalori yang anda makan. Ertinya kurangkan makan, pilih makanan yang rendah kalori, dan lakukan senaman untuk membakar lemak.



Panduan Mencegah Kanser Payudara

Beberapa panduan untuk mengurangkan risiko kanser payudara / breast cancer.

1. Jauhkan kegemokkan/obesity kerana lemak juga mengeluarkan hormon estrogen yg menggalak pertumbuhan kanser. Wanita gemok dan mengidap ovary bengkak PCOS ada risiko kanser rahim dan payudara.

2. Jauhkan penggunaan terlalu lama pil hormon yg mengandungi hormon estrogen saperti HRT atau pil perancang.

3. Makan lebih sayur2 dan buah2. Jauhkan gula dan tepung putih. Makan ikan, dada ayam, telor dan sedikit daging merah sebagai sumber protin. Jauhka deep fried dan bakar hangus.

4. Amalkan penyusuan bayi anda selama 2 tahun.

5. Jangan merokok dan minum arak.

6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari. Berjalan, jogging atau naik basikal.

7. Jika ada ahli keluarga terdekat yg ditimpa kanser payudara, Waspada dan ambil langkah2 tertentu. Bolih makan ubat untuk blok estrogen saperti tamoxifene atas nasihat doktor. Amalkan periksa sendiri payudara. Buat pemerksaan ultrasound atau xray tomogram.

8. Makan multivitamins, vit E dan C, fish oil dan saya cadangkan supplement yg mengandungi resveraterol saperti jenama NuRev.

9. Bila mandi , amalkan tuam payudara dengan tuala suam panas dan mengurut sendiri payudara dari sekitran luar kearah puting dan seterusnya basuh puting dengan sabun untuk menghilangkan kesumbatan pada saluran susu.

Dr. Hamid Arshad

Friday, September 27, 2013

Kisah Nikah Mut'ah Penganut Syiah

Nikah mut’ah adalah pernikahan tanpa batas dengan menerabas aturan-aturan syariat yang suci, mut’ah ini telah melahirkan banyak kisah pilu. Tidak jarang pernikahan ini menghimpun antara anak dan ibunya, antara seorang wanita dengan saudaranya, dan antara seorang wanita dengan bibinya, sementara dia tidak menyadarinya. Di antaranya adalah apa yang dikisahkan Sayyid Husain Al Musawi, seorang tokoh Syi’ah murid Ayatullah Ruhullah Al Khumaini yang kemudian bertaubat dan masuk ke Sunni.
Ia menceritakan dalam kitab Lillahi Tsumma Lil Tarikh:
Kisah Pertama
Seorang perempuan datang kepada saya menanyakan tentang peristiwa yang terjadi terhadap dirinya. Dia menceritakan bahwa seorang tokoh, yaitu Sayyid Husain Shadr  pernah nikah mut’ah dengannya dua puluh tahun yang lalu, lalu dia hamil dari pernikahan tersebut.
“Setelah puas, dia menceraikan saya. Setelah berlalu beberapa waktu saya dikarunia seorang anak perempuan. Dia bersumpah bahwa dia hamil dari hasil hubungannya dengan Sayyid Shadr, karena pada saat itu tidak ada yang nikah mut’ah dengannya kecuali Sayyid Shadr.”
“Setelah anak perempuan saya dewasa, dia menjadi seorang gadis yang cantik dan siap untuk nikah.”
Namun sang ibu mendapati bahwa anaknya itu telah hamil. Ketika ditanyakan tentang kehamilannya, dia mengabarkan bahwa Sayyid Shadr telah melakukan mut’ah dengannya dan dia hamil akibat mut’ah tersebut. Sang ibu tercengang dan hilang kendali dirinya lalu mengabarkan kepada anaknya bahwa Sayyid Shadr adalah ayahnya. Lalu dia menceritakan selengkapnya mengenai pernikahannya (ibu si wanita) dengan Sayyid Shadr dan bagaimana bisa hari ini Sayyid Shadr menikah dengan anaknya dan anak Sayyid Shadr juga?!
Kemudian dia datang kepadaku menjelaskan tentang sikap tokoh tersebut terhadap dirinya dan anak yang lahir darinya. Sesungguhnya kejadian seperti ini sering terjadi. Salah seorang dari mereka melakukan mut’ah dengan seorang gadis, yang di kemudian hari diketahui bahwa dia itu adalah saudarinya dari hasil nikah mut’ah. Sebagaimana mereka juga ada yang melakukan nikah mut’ah dengan istri bapaknya.
Di Iran, kejadian seperti ini tak terhitung jumlahnya. Kami membandingkan kejadian ini dengan firman Allah Ta’ala, “Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesucian (diri)nya sehingga Allah mampukan mereka dengan karunia-Nya.” (QS. An-Nur:33)
Kalaulah mut’ah dihalalkan, niscaya Allah tidak akan memerintahkan untuk menjaga kesucian dan menunggu sampai tiba waktu dimudahkan baginya untuk urusan pernikahan, tetapi Dia akan menganjurkan untuk melakukan mut’ah demi memenuhi kebutuhan biologisnya daripada terus-menerus diliputi dan dibakar oleh api syahwat.
Kisah Kedua
Suatu waktu saya duduk bersama Imam Al Khaui di kantornya. Tiba-tiba masuk dua orang laki-laki menemui kami, mereka memperdebatkan suatu masalah. Keduanya bersepakat untuk menanyakannya kepada Imam Al Khaui untuk mendapatkan jawaban darinya.
Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Sayyid, apa pendapatmu tentang mut’ah, apakah ia halal atau haram?”
Imam Al Khaui melihat lagaknya, ia menangkap sesuatu dari pertanyaannya, kemudian dia berkata kepadanya, “Dimana kamu tinggal?”
Maka dia menjawab, “Saya tinggal di Mosul, kemudian tinggal di Najaf semenjak sebulan yang lalu.”
Imam berkata kepadanya, “Kalau demikian berarti Anda adalah seorang Sunni?”
Pemuda itu menjawab, “Ya!”
Imam berkata, “Mut’ah menurut kami adalah halal, tetapi haram menurut kalian.”
Maka pemuda itu berkata kepadanya, “Saya di sini semenjak dua bulan yang lalu merasa kesepian, maka nikahkanlah saya dengan anak perempuanmu dengan cara mut’ah sebelum saya kembali kepada keluargaku.”
Maka sang imam membelalakkan matanya sejenak, kemudian berkata kepadanya, “Saya adalah pembesar, dan hal itu haram atas para pembesar, namun halal bagi kalangan awam dari orang-orang Syiah.”
Si pemuda menatap Al Khaui sambil tersenyum. Pandangannya mengisyaratkan akan pengetahuannya bahwa Al Khaui sedang mengamalkan taqiyah (berbohong untuk membela diri).
Kedua pemuda itu pun berdiri dan pergi. Saya meminta izin kepada Imam Al Khaui untuk keluar. Saya menyusul kedua pemuda tadi. Saya mengetahu bahwa penanya adalah seorang Sunni dan sahabatnya adalah seorang Syi’i (pengikut Syiah). Keduanya berselisih pendapat tentang nikah mut’ah, apakah ia halal atau haram? Keduanya bersepakat untuk menanyakan kepada rujukan agama, yaitu Imam Al Khaui.
Ketika saya berbicara dengan kedua pemuda tadi, pemuda yang berpaham Syiah berontak sambil mengatakan, “Wahai orang-orang durhaka, kamu sekalian membolehkan nikah mut’ah kepada anak-anak perempuan kami, dan mengabarkan bahwa hal itu halal, dan dengan itu kalian mendekatkan diri kepada Allah, namun kalian mengharamkan kami untuk nikah mut’ah dengan anak-anak perempuan kalian?”
Maka dia mulai memaki dan mencaci serta bersumpah untuk pindah kepada madzhab Ahlus Sunnah, maka saya pun mulai menenangkannya, kemudian saya bersumpah bahwa nikah mut’ah itu haram, kemudian saya menjelaskan tentang dalil-dalilnya.


Thursday, September 26, 2013

Pak Cik Azman Tiba-Tiba Popular Gara-gara Bini Mat Yo

Akibat perselisihan yang berlaku di LT Subang, Pak Cik Azman yang bertugas sebagai guard di situ tiba-tiba popular. Ramai yang menyatakan simpati pada Pak Cik Azman.




Berita terbaru menyatakan Syarikat Valiant Force Sdn Bhd, akan mengambil tindakan sewajarnya lantaran isu kontroversi Pak Cik Azman atau nama penuhnya Azman Nayan dengan isteri Mat Yo.

Menurut wakil Valiant Force Sdn Bhd, Syarikat Pengawal Keselamatan tindakan Pengawal Keselamatan Azman Nayan yang menegur Aisya Adam isteri pemain bola sepak negara itu adalah betul dan cukup berbudi bahasa. Malah mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan syarikat.



Malam tadi difahamkan lebih 11 peguam perseorangan (tidak termasuk pakatan peguam) menghubungi Pakcik Azman (Pakcik Guard) untuk memberikan khidmat guaman percuma jika bini Mat Yo berkeras menyaman beliau.

Tidak kurang peguam yang menyatakan kesediaan untuk turun sebagai peguam pemerhati di mahkamah nanti.

Dijangka lebih ramai lagi peguam hebat akan tampil menghulurkan bantuan guaman terbaik secara percuma dan sukarela kepada beliau.

Malah ada seorang hamba Allah ini tawarkan perkhidmatan percuma "pengawal peribadi bersenjata" bagi mengiringi Pakcik Azman ke mahkamah jika perlu.

Sokongan rakyat terhadap Pakcik Azman (Pakguard) sangat hebat, ribuan orang dari pelbagai lapisan masyarakat menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepadanya.

Hampir seluruh rakyat malaysia yang menonton video kontroversi Isteri MatYo dengan Pakcik Azman bersetuju Aisya Adam bersalah kerana gagal mengalihkan kereta Mini Cooper miliknya dari kawasan larangan, walaupun selepas 20 minit berlalu dan ditegur dua kali.



Wednesday, September 25, 2013

Bekas MB Kedah Meninggal

ALOR SETAR 26 Sept. - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Azizan, 69, yang dilaporkan kritikal semalam meninggal dunia kira-kira pukul 11.10 pagi tadi.

Jenazah dikebumikan selepas solat asar di Madrasah Muassah Darul Ulum.


Sebelum ini beliau dilaporkan kritikal selepas mengalami komplikasi pada denyutan jantung sejak awal pagi semalam.

Sungguh apabila tiba kematian. Maka ia tidak akan dicepatkan walau sedikit dan tidak akan dilambatkan walaupun sedikit.

Dianggarkan lebih kurang 50 ribu orang memenuhi perkarangan Madrasah Muassah Darul Ulum.

Dianggarkan lebih kurang 50K orang memenuhi perkarangan Madrasah Muassah Darul Ulum.

Monday, September 23, 2013

Tegar Hadiahkan Rumah Untuk Ibu

Kanak-kanak jalanan, Tegar Septian, 12, yang mencipta fenomena apabila aksinya menyanyi sambil memetik ukelele dimuat naik di laman YouTube hingga mengubah hidup, menghadiahkan ibunya sebuah rumah bernilai kira-kira RM100,000, tiga hari lalu.

Tegar membeli sebuah rumah di Subang, Jawa Barat, Indonesia sempena hari jadinya yang ke-12, selain tanda kasih kepada keluarga yang selama ini hidup merempat di jalanan.
“Kini, selepas empat tahun tidak bersekolah, Tegar menyambung persekolahan di rumah sendiri.

“Syukur Alhamdulillah, impian saya untuk menjadi penyanyi dan orang kaya dimakbulkan.

Malah, saya juga sudah mampu membeli motosikal dan berhasrat membeli sebuah lagi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hidup berdikari

Tegar berkata, kesusahan hidup sebagai penyanyi jalanan atau pengamin mengajarnya untuk hidup berdikari dan mencari rezeki untuk keluarga.
Berbekalkan ukelele yang dibeli hasil titik peluh menjadi pengamin sejak berusia tujuh tahun, Tegar meneruskan impian menjadi penyanyi popular dan berhasrat berduet dengan band tempatan, Slam.



Tegar yang berada di Malaysia sehingga Rabu ini bagi mempromosikan album mini berjudul Tegar dan Sahabat, tidak pernah menjadikan alasan perceraian kedua orang tuanya untuk berputus asa atau memilih jalan hidup yang salah.

Sejak album mininya dilancarkan April lalu di Indonesia, lebih 100,000 unit sudah terjual di negara itu.

BHarian

Tegar di MHI hari ini

Slot selama 1 jam untuk Tegar di MHI hari ini. Tegar yang asalnya seorang pemuzik jalanan mencari nafkah untuk menampung keperluan keluarga, kini menjadi terkenal. Nama asalnya Tegar Septian berasal dari Subang (Indonesia) bercita-cita nak jadi penyanyi, tapi lantaran hidup keluarga yang kekurangan, dia memilih untuk menyanyi dijalanan.

Ibunya juga seorang pemuzik jalanan si stesen keretapi di kawasan Pangadean, manakala ayah tirinya seorang buruh kasar. Tegar mempunyai 3 orang lagi adik dan mengaku menjadi pemuzik jalanan sewaktu berumur 7 tahun lagi.



Sungguh tak ada siapa dapat menduga nasib seseorang. Tegar tiba-tiba jadi terkenal selepas seseorang yg sukakan suara merdunya mengupload videonya menyanyikan lagu Aku Yang Dulu mendapat hit yang tinggi.

Hari ini slot MHI TV3 mengundang tegar untuk mengcungkil perjalanan hidup Tegar sekaligus menghiburkan rakyat Malaysia. Apa yang menakjubkan, penyanyi cilik berusia 12 tahun ini pandai juga berkomunikasi dengan nada yang merendah diri.


(gambar milik Zabidi Mohamed)

Apa yang lebih mengharukan ialah MHI telah mempertemukan adik Baim dengan Tegar. Adik Baim adalah penghuni wad kanak-kanak kanser HKL. Beliau yang meminati Tegar selalu menghiburkan kanak-kanak lain dengan menyanyikan lagu Aku Yang Dulu di wad tersebut. Dia diberi peluang berduet dengan Tegar hari ini di MHI. Ia pasti satu kenangan indah buat adik Baim yang berusia 5 tahun.

Sebelum ini wad kanak-kanak kanser di HKL selalu dikunjungi oleh kumpulan Red Bubbles untuk menghibur dan menceriakan kanak-kanak di situ.



(Kumpulan Red Bubbles sedang menghiburkan kanak-kanak di wad kanser HKL. Gambar Iskandar Syah bersama adik Baim)



Sunday, September 22, 2013

Berita Pelik Dari Penjara Mesir

Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.

Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.

Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi TRANSFORMASI Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

Sumber: Islamedia http://bit.ly/1aWmFlI


Mustafa Kamal Atarturk Mati Dalam Kehinaan

Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.


Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!

ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Sumber

Saturday, September 21, 2013

Amalan Supaya Mimpi Bertemu Rasulullah

Amalan Menurut Habib Munzir Al Musawa untuk dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi
Amalan untuk dapat bertemu Rasulullah dalam mimpi

Bermula dari pertanyaan singkat ‘Bagaimana caranya saya dapat bertemu dengan Rasulullah ?’. Berikut ini jawaban Habib Munzir.

Mengenai berjumpa dg Rasul saw adalah dg merindukan beliau saw dan memperbanyak amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak shalawat, beliau saw mencintai kita dan memperhatikan kita lebih dari ayah bunda kita, beliau saw adalah ayah ruh bagi semua ummatnya, maka ruh kita tetap mudah berhubungan dengan ruh beliau saw, lewat mimpi misalnya, nah.. perkuat hubungan ruh anda dengan ruh beliau saw dengan shalawat ini :

”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur” (wahai Allah limpahkan shalawat pada Ruh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur).

Anda bisa saja jumpa dg Rasul saw dalam mimpi, perbanyaklah shalawat, cintailah sunnah, dan perbanyaklah bersedekah pada anak yatim, dan baktilah pada ibunda jika masih ada, ini adalah amalan amalan yg sangat dicintai oleh Rasul saw, anda jangan tidur kecuali bibir anda terus bershalawat pada nabi saw, beliau saw akan menjumpa anda, dan yakinlah..

Saya (Habib Munzir) menyukai semua shalawat, dulu saya membaca 17 macam shalawat, diantaranya shalawat Syeikh Abdulqadir Aljailani yg panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu macam shalawat saja, yg diajarkan Rasul saw lewat mimpi pd saya, pendek saja yaitu :

“ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM“
shalawat ini saya baca 5.000X setiap harinya,

Jika anda ingin membacanya silahkan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja sekemampuan anda dan luasnya waktu, dan bisa dibaca sambil dimobil, dijalan, atau dimanapun,

Masalah mimpi Rasul saw, saya (Habib Munzir) pernah bermimpi beliau saw dan mengadukan banyaknya orang yg rindu dg beliau saw namun belum jumpa dalam mimpi, beliau saw menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata :

“Tiada yg memisahkanku dg mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan jumpa dg ku kelak”beliau saw sangat perduli dan rindu pada ummatnya, lebih lebih yg mencintai beliau saw, dan telah teriwayatkan pada shahih Muslim bahwa beliau saw bersabda : “Ummatku yg paling cinta padaku adalah yg hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidamkan jumpa dg ku daripada harta dan keluarganya”.

Diposkan oleh Pencinta Sayyidina Muhammad Saw

LINK : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=731862083506561&set=a.731862063506563.1073741941.100000483289353&type=1&ref=nf





Monday, September 9, 2013

Penawar Kencing Manis

Khabar baik untuk pesakit kencing manis. Satu penemuan baru di negeri China mendapati kacang panjang yang dicampur dengan tomato merah dapat menurunkan paras gula ke paras normal.

Caranya ialah dengan memblender 12 batang kacang panjang dengan sebiji tomto merah. Jus ini di minum hingga habis. Lakukan 2 kali sehari. Ianya dikatakan sangat mujarab tanpa perlu berpantang apa-apa lagi.

Tuesday, September 3, 2013

Hilangnya Kenikmatan Beribadah

Seorang pemuda bertanya kepada imam Syafii, "Wahai Imam, apa Siksa dan Adzab ALLAH di dunia bagi orang yang melalu kan MAKSIAT walau ia terlihat SOLAT dan melakukan IBADAH lainnya ?"

Al-Imam Syafii menjawab "Hurrimat munaajatuh wa halaawatuh lillah…… ALLAH cabut KELAZATAN SOLAT dan ALLAH Haram kan Manis nya MUNAJAT"

Allah kurniakan kelazatan solat dan kemanisan beribadah kepada orang2 yang bertakwa, yang berhati2 dengan dosa.

Justeru, sentiasalah mohon ampun kepada Allah dengan taubat dan istighfar. Mudah-mudahan Allah menghapuskan dan mengurniakan kelazatan dan kemanisan ketika beribadat terutamanya solat.

"Ya Allah, kurniakan kami kelazatan solat dan kemanisan munajat kepadamu.Lindungi kami dari godaan syaitan dan kejahatan nafsu kami. Kurniakan kami hati yang bersih "

Kisah Minyak Naik 20 Sen

Tiada yang istimewa dengan 3 September 2013 melainkan kenaikan harga petrol Ron95 dan Diesel sebanyak 20 sen. Setengah orang kata, ala 20 sen je pun...itupun nak kecoh. 20 Sen itu nampak kecil tapi sangat signifikan pada sesetengah orang. Kenaikan minyak ini walaupun 20 sen, ia berkadar terus dengan kenaikan harga barang2 keperluan lain..cuma kenaikannya dalam diam dan tidak diumumkan seperti kenaikan minyak. Tanpa sedar rupanya kita terpaksa membayar harga tepung 30 sen lebih dari dulu. Ada barang2 keperluan yang kenaikannya meningkat hingga 80 sen....ini semua gara2 minyak naik....

Apa pun cuba kita ikuti sebuah cerita rakyat marhain kesan dari kenaikan harga minyak. 

Kerana 20 sen itu...
Ini kisah yg saya dapat dr wassap.group..(diceritakan oleh seseorang)

~Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )

Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook