Friday, August 23, 2013

Jasa Dr. Morsi Yang Disembunyikan

Bagi penyokong puak sekular Mesir, pemerintahan Dr. Morsi dikecam sebagai gagal melaksanakan peranannya sebagai presiden. Namun sebenarnya, ia hanya propaganda untuk menjatuhkan presiden Mesir yang satu-satunya hafiz Al-Quran dan secara terbuka menyokong kuat pembebasan Palestin dan membantu rakyat Syiria yang teraniaya ketika pemimpin-pemimpin negara Islam lain hanya berdiam diri. 

Walaupun Cuma setahun Dr Morsi menjadi Presiden Mesir beliau tetap akan dikenang sebagai pemimpin yang bertimbang rasa terhadap rakyat Mesir antaranya:

Pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes, 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan namun hanya seorang sahaja yang terbunuh.

Sedangkan dalam masa 50 hari kudeta memerintah Mesir, 6181 terbunuh, 25,552 tercedera dan 18,565 ditahan (Sumber : Twitter Anti-Coup Alliance).

Dalam masa setahun menjadi Presiden hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.



Kerajaan Dr Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil agar dapat memulakan hidup baru.

Kerajaan Dr Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Dr Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.

Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur.

Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.

Malangnya semua pencapaian Dr Mursi ini disembunyikan, sebaliknya, kelemahan yang diwujudkan untuk mengaburi rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin gagal memerintah negara.

“Dan begitulah kami lantik dari kalangan orang-orang yang zalim memimpin golongan yang zalim disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.” Surah al-An’aam ayat 129.

Umat Islam sekarang berada di zaman ke 4 iaitu zaman pemerintahan diktator. Pertama zaman nabi. Kedua zaman khalifah. Ketiga zaman pemerintah yang menggigit (fitnah). Keempat zaman pemerintah diktator.Kelima kembali pada zaman khalifah…

Saduran Abdul Latip Talib (pengarang novel sejarah Islam)

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook