Thursday, August 29, 2013

Petua Masuk Rumah Baru

AZAN - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis..Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa Penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (Jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak Berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti Kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quraan - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki......Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak kan Solat dan membaca Al-Quraan." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin…Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya Tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan….Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali - surah Al-Ikhlas 3 kali - selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali - ayat Kursi 1 kali - tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Petua di atas admin dapat dari fb Kak Pah (Datuk Syarifah Aini)

Monday, August 26, 2013

Jutawan Muhammad Khairat Asy Syathir Ditangkap

Apabila naib presiden Ikhwanul Muslimin, Muhammad Khairat Asy Syathir ini ditangkap oleh tentera mesir, maka terserlah satu rahsia yg di sembunyi oleh beliau melalui hard disk yang di rampas oleh tentera mesir itu bahawa ia telah menyumbang dan menderma sebanyak 30 juta pound Mesir (sekitar RM 15 juta) setiap bulan kepada 750 ribu keluarga miskin di Mesir.

Ia salah seorang jutawan muslim di bumi Mesir yg secara sembunyi bersedekah kepada rakyat mesir bagi membantu kesusahan mereka. di zaman Mubarak ia pernah di penjara secara zalim selama 12 tahun, namun sifat yg warak dan alim yang di milikinya itu teruji lagi di zaman Jeneral Fatah Assisi ini.

Photo: Apabila naib presiden Ikhwanul Muslimin, Muhammad Khairat Asy Syathir ini ditangkap oleh tentera mesir, maka terserlah satu rahsia yg di sembunyi oleh beliau melalui hard disk yang di rampas oleh tentera mesir itu bahawa ia telah menyumbang dan menderma sebanyak 30 juta pound Mesir (sekitar RM 15 juta) setiap bulan kepada 750 ribu keluarga miskin di Mesir. Ia salah seorang jutawan muslim di bumi Mesir yg secara sembunyi bersedekah kepada rakyat mesir bagi membantu kesusahan mereka. di zaman Mubarak ia pernah di penjara secara zalim selama 12 tahun, namun sifat yg warak dan alim yg di milikinya itu teruji lagi di zaman Jeneral Fatah Assisi ini. Yg hairan ada lagi yg bergelar Ustaz di Malaysia ini sanggup mempertahankan kezaliman Assisi itu...

Lemon Hindar Risiko Kanser



Lemon adalah sejenis buahan citrus yang ajaib kerana ia berkesan membunuh sel-sel kanser. Ia dikatakan 10,000 kali lebih kuat daripada kemoterapi.

Lemon boleh dimakan dengan berbagai cara iaitu sama ada memakan isinya, perahan jus sebagai minuman, masukkan ke dalam pastri, dan lain-lain ..

Cara paling mudah ialah potong 2-3 kepingan nipis lemon dan masukkan ke dalam air minuman. Air minuman ini menjadi air beralkali dan kita boleh meminumnya sepanjang hari untuk mendapatkan kesan kesihaan yang baik.




Friday, August 23, 2013

Detik-detik Akhir Siti Mariyam

Cerita tentang Siti Mariyam ini saya share dari facebook. Pernah dengar cerita ni dari seorang ustaz tentang kematiannya dalam keadaan berpuasa dan ketiadaan makanan untuk berbuka. Demikianlah ujian berat yang dihadapi oleh para nabi. Jika mereka sakit, kesakitan mereka adalah dua kali melebihi kesakitan yang kita rasai. :


Bismillah ... Nabi Isa as ini pernah merasakan kehilangan yang sangat luar biasa.

Bagaimana tidak, pada saat ibunda tercintanya meninggal, Nabi Isa as tidak berada di sisinya. Maryam menghembuskan nafas terakhirnya di atas sebuah gunung.

Pada saat itu, Nabi Isa as merasakan kehampaan yang luar biasa. Sosok ibu yang sangat beliau sayangi dan selalu menjadi teman curhatnya telah meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya.

Begitu sedihnya Nabi Isa as, hingga saat dirinya turun gunung untuk meminta bantuan kaum Bani Israil untuk mengurus jenazah ibunya, tapi tak seorangpun dari mereka yang bersedia membantu. Nabi Isa as pun kembali naik ke atas gunung dimana jenazah ibunya berada. Gelisah dan gelisah yang Nabi Isa as rasakan.

Namun tak lama setelah itu, Allah SWT mengutus Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail agar turun ke bumi dengan membawa serta bidadari untuk mengurus jenazah ibunda Nabi Isa as.
Setelah bertemu dengan para malaikat dan para bidadari, Nabi Isa as pun segera meminta pertolongan untuk memakamkan jenazah ibunya.

Saat itu, Malaikat Jibril berhadapan dengan Nabi Isa as dan berkata,
"Aku ini sebenarnya adalah Malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah Malaikat Jibril. Aku sudah membawakan obat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari cantik jelita sekarang sedang turun dari surga untuk memandikan dan mengkafani ibumu."

Begitu mendengar penuturan Malaikat Mikail tersebut, Nabi Isa as pun sangat bahagia.

Tak lama kemudian, Malaikat Jibril menggali kubur di atas gunung untuk makam Ibunda Nabi Isa as.

Ketika para bidadari telah sampai di bumi, mereka langsung memandikan dan mengkafani jenazah Maryam. Setelah itu, jenazah Maryam dishalatkan kemudian dikuburkan.

Nabi Isa as pun berdoa kepada Allah SWT,
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikitpun urusanku yang tersembunyi dari-Mu. Ibuku kini telah meninggal, sedangkan aku tidak menyaksikan sendiri ketika dia wafat. Olah karena itu, izinkanlah dia (Maryam) berkata sesuatu kepadaku."

Tak lama setelah Ibunda Nabi Isa as dimakamkan, Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya Aku telah memberi izin kepadanya."
Mendengar Firman Allah SWT tersebut, Nabi Isa as pun langsung pergi ke makam ibunya.

Setelah sampai di makam, Nabi Isa as berkata,
"Assalamuualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimana pula kedatangan Tuhanmu?"

Maryam berkata,
"Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedangkan aku menghadap kepada Tuhanku, aku tahu bahwa Dia telah menerimaku dengan ridla."

"Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?" tanya Nabi Isa as.

"Demi Allah SWT yang telah mengutusmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang rasa pedihnya mati aku rasakan hingga sekarang.

Demikian pula rupa Malaikat Maut yang belum hilang dari pandangan mataku.

Alaikassalam, wahai kasih sayangku sampai hari kiamat," jawab Maryam yang mengakhiri percakapannya.
Nabi Isa as pun merasa lega karena ibundanya telah mendapatkan nikmatnya kubur.

Nabi Isa pada detik-detik terakhir meninggalnya Maryam, beliau turun gunung untuk mencari kayu bakar dan makanan yang digunakan untuk berbuka puasa nantinya.

Dalam riwayat lain, dijelaskan bahwa Maryam meminta penundaan untuk mati sampai kembalinya Nabi Isa as. namun permintaan tersebut ditolak dengan tegas oleh Malaikat Maut.

Ibunda Maryam meninggal pada saat sedang menunaikan shalat, dikira Nabi Isa as, ibunya tengah menjalankan shalat hingga Nabi Isa pun turut juga melaksanakan shalat hingga pagi menjelang.
Setelah pagi inilah Nabi Isa as baru sadar, bahwa ibunya telah berpulang ke Rahmatullah.

Jasa Dr. Morsi Yang Disembunyikan

Bagi penyokong puak sekular Mesir, pemerintahan Dr. Morsi dikecam sebagai gagal melaksanakan peranannya sebagai presiden. Namun sebenarnya, ia hanya propaganda untuk menjatuhkan presiden Mesir yang satu-satunya hafiz Al-Quran dan secara terbuka menyokong kuat pembebasan Palestin dan membantu rakyat Syiria yang teraniaya ketika pemimpin-pemimpin negara Islam lain hanya berdiam diri. 

Walaupun Cuma setahun Dr Morsi menjadi Presiden Mesir beliau tetap akan dikenang sebagai pemimpin yang bertimbang rasa terhadap rakyat Mesir antaranya:

Pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes, 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan namun hanya seorang sahaja yang terbunuh.

Sedangkan dalam masa 50 hari kudeta memerintah Mesir, 6181 terbunuh, 25,552 tercedera dan 18,565 ditahan (Sumber : Twitter Anti-Coup Alliance).

Dalam masa setahun menjadi Presiden hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.



Kerajaan Dr Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil agar dapat memulakan hidup baru.

Kerajaan Dr Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Dr Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.

Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur.

Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.

Malangnya semua pencapaian Dr Mursi ini disembunyikan, sebaliknya, kelemahan yang diwujudkan untuk mengaburi rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin gagal memerintah negara.

“Dan begitulah kami lantik dari kalangan orang-orang yang zalim memimpin golongan yang zalim disebabkan dosa-dosa yang mereka lakukan.” Surah al-An’aam ayat 129.

Umat Islam sekarang berada di zaman ke 4 iaitu zaman pemerintahan diktator. Pertama zaman nabi. Kedua zaman khalifah. Ketiga zaman pemerintah yang menggigit (fitnah). Keempat zaman pemerintah diktator.Kelima kembali pada zaman khalifah…

Saduran Abdul Latip Talib (pengarang novel sejarah Islam)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook