Sunday, July 28, 2013

Jenazah Syahid Dimandikan

Jenazah yang gugur syahid tidak akan dimandikan kerana darah2 di badannya akan menjadi saksi di akhirat kelak. Namun, seorang sahabat Nabi bernama Hamzalah Ibn Abu Umair yang telah mati syahid telah dimandikan. Tugas beliau ialah menulis harta2 zakat yang sampai kepada Nabi untuk dibelanjakan ke jalan Allah dan beliau tidak pernah berkahwin. Akhirnya Nabi telah menjodohkannya dengan seorang wanita Ansar. Siang kahwin dan malam pergi berjihad kerana mendapat seruan jihad pada malam pertama beliau dengan isterinya. Dia orang pertama yang ditikam oleh musuh sehingga hancur badannya.

Beliau dan 3 lagi mati syahid, namun jenazahnya telah dimandikan. Sahabat2 lain hairan kerana tidak tahu siapa yang telah memandikan beliau. Nabi tersenyum sambil merenung jenazah Hamzalah. Rupanya Malaikat telah turun dari Syurga memandikan Hamzalah. Sahabat2 bertanya kenapa dia seorang saja dimandikan sedangkan yang 3 lagi tidak. Nabi meyebut sebab Hamzalah baru kahwin semalam dan baru tidur dengan isterinya buat pertama kali dan beliau tidak sempat mandi junub kerana menyahut seruan jihad. Beliau dimandi oleh para Malaikat supaya suci dari junub untuk dihantar ke Syurga.

[ Tuan Guru Dato' Dr Haron Din ]
Sumber: Hamba-Allah-SWT-Umat-Rasulullah-SAW

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook