Sunday, July 28, 2013

Cerita di Medan Raba'ah


Petikan facebook.com/ehab.meawad - abius
Catatan dari Medan Rabaah. Mesir
28 Julai 2013;
Seminggu sudah keretaku rosak dan aku tinggalkannya di medan Raba’ah. Setelah bertanya2, mereka menunjukkan aku kpd lelaki ini. “Mohammad Letrik” – itulah gelarannya di sini. Dipanggil demikian kerana kerjanya membaiki mana-mana kereta yg bermasalah di sini (Medan Rabaah)
Awalnya, aku memang mengsyakki dia di sini untuk mencari makan. Namun apabila dia menolak upah yang ku berikan, mendorong aku untuk mengenalinya lebih dekat.
“Engkau memang tinggal di sini? Bagaimana kau nak menyara diri dan keluarga kalau tanpa upah?”
“Aku ni dah 20 tahun kerja semata-mata untuk hari ini… aku dah berjaya kumpul duit, bina rumah dan dah besarkan tiga anak perempuanku yang semuanya dah berkahwin…"
“Dah tu… engkau tak balik kepada mereka ke?”
“Tolonglah doakan aku supaya mati di sini… sebenarnya, aku memang berdoa kepada Tuhan – Ya Rabb.. jika mati di sini adalah syahadah.. maka matikanlah aku di sini”
Setelah mengucapkan terima kasih, kami bertukar nombor telefon, kemudian kami berpisah..
Selepas hari itu, kami selalu juga berhubung terutama bila tidak bertemu di Rabaah. Sehinggalah pertemuan semalam, dia katakan padaku “Aku rasa engkau baliklah hari ini, keluargamu masih harapkan engkau.. kelihatannya ini hari terakhir (demonstrasi)”
Aku menghubunginya pagi ini selepas mendengar peristiwa pembunuhan beramai-ramai (27 Julai 2013 - berhampiran Rabaah). Namun tiga kali telefonnya tidak diangkat. Lalu aku SMS ;
“Aku tahu engkau tak angkat telefon.. cuma nak pastikan engkau memang bersama kebenaran..”
Jawapan yang aku terima dari telefonnya ialah ;
“Dia telah benar dalam penyaksiannya, lalu Allah memperlihatkan kebenaran kata-katanya itu - Dr Tariq dari Hospital Maidani.. tolong maklumkan kepada kaluarganya supaya dapat hadir bersolat jenazah untuknya…”

Dr. Har

Jenazah Syahid Dimandikan

Jenazah yang gugur syahid tidak akan dimandikan kerana darah2 di badannya akan menjadi saksi di akhirat kelak. Namun, seorang sahabat Nabi bernama Hamzalah Ibn Abu Umair yang telah mati syahid telah dimandikan. Tugas beliau ialah menulis harta2 zakat yang sampai kepada Nabi untuk dibelanjakan ke jalan Allah dan beliau tidak pernah berkahwin. Akhirnya Nabi telah menjodohkannya dengan seorang wanita Ansar. Siang kahwin dan malam pergi berjihad kerana mendapat seruan jihad pada malam pertama beliau dengan isterinya. Dia orang pertama yang ditikam oleh musuh sehingga hancur badannya.

Beliau dan 3 lagi mati syahid, namun jenazahnya telah dimandikan. Sahabat2 lain hairan kerana tidak tahu siapa yang telah memandikan beliau. Nabi tersenyum sambil merenung jenazah Hamzalah. Rupanya Malaikat telah turun dari Syurga memandikan Hamzalah. Sahabat2 bertanya kenapa dia seorang saja dimandikan sedangkan yang 3 lagi tidak. Nabi meyebut sebab Hamzalah baru kahwin semalam dan baru tidur dengan isterinya buat pertama kali dan beliau tidak sempat mandi junub kerana menyahut seruan jihad. Beliau dimandi oleh para Malaikat supaya suci dari junub untuk dihantar ke Syurga.

[ Tuan Guru Dato' Dr Haron Din ]
Sumber: Hamba-Allah-SWT-Umat-Rasulullah-SAW
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook