Sunday, April 7, 2013

Doa Supaya Istiqamah Dalam Amal Soleh

Rasulullah saw sangat kasihkan Saidina Muaz Bin Jabal. Baginda meluahkan kasih tersebut dengan perkataan dan perbuatan. Malah, Baginda mengirimkan salam buat Muaz saat Baginda saw gering sebelum kewafatan Baginda. Ketika itu Muaz tiada di sisi baginda sebaliknya berada di Yaman untuk urusan dakwah Islam. 

Rasulullah saw berpesan kepada Muaz supaya sentiasa membaca doa berikut setiap selesai menunaikan solat ...dan doa ini adalah kekuatan untuk terus istiqamah dalam amal soleh sehingga saat keluar roh dari jasad. " Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMU, mensyukuri segala nikmatMu dan memperbaiki segala ibadah dan pengabdianku ( kepada ALLAH)".

Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMU, 
Mensyukuri segala nikmatMU
dan memperbaiki ibadah dan pengabdianku (kepada Allah)



No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook