Tuesday, April 2, 2013

Akhirnya DS Najib Umumkan Pembubaran Parlimen Hari Ini

Pada pukul 11.30 pagi tadi, menerusi siaran langsung di semua stesen TV DS Najib umumkan pembubaran parlimen. Dengan pembubaran ini, ia memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum yang ke 13 diadakan.

DS Najib membuat pengumuman khas di Pejabat Perdana Menteri, ketika genap empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri. DS Najib diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Dengan pembubaran ini juga DS Najib meminta ketua-ketua kerajaan negeri menghadap keua-ketua negeri masing-masing membubarkan DUN kecuali negeri sembilan yang terbibar sendirinya pada 27 Mac lalu.

Dalam ucapannya, DS Najib sebagai pemimpin kerajaan sekarang berjanji akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas PRU-13 nanti.


Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.
DS Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agong untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen hari ini.
Ini kali pertama pilihan raya selepas genap lima tahun setelah pilihan raya 8 Mac 2008.






No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook