Tuesday, February 26, 2013

Uri ke bawah, 2 minit terlewat boleh bawa maut

Ini adalah nasihat dari seorang doktor O&G kepada ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah kedudukan uri di bawah (placenta privea) pada akhir kehamilan. Doktor tersebut (maaf kerana admin terlupa nama doktor tersebut sewaktu menonton Wanita Hari Ini yang membincangkan tajuk Uri di Bawah, Kesan ke Atas Ibu dan Bayi) menyarankan ibu merujuk kepada hospital kerajaan kerana mereka mempunyai kelengkapan yang sempurna dan mencukupi terutamanya bekalan darah.

Biasanya ibu mengandung yang mengalami masalah ini akan ditahan di wad pada akhir kehamilan. Ini adalah kerana jika berlaku pendarahan, tindakan segera boleh diambil dalam masa 2 minit untuk rawatan. Jika berlaku pendarahan yang banyak selepas 2 minit, ia akan menyebabkan kekurangan darah dan seterusnya boleh membawa kematian kepada ibu dan bayi.

Menurut doktor, ada seorang pesakitnya yang mengalami masalah uri di bawah, di tahan di wad dan tidak dibenarkan pulang. Bagaimanapun ibu mengandung tersebut minta untuk pulang juga kerana dia ada anak kecil yang lain untuk dijaga. Sementelah lagi suaminya tidak membenarkannya tinggal di hospital walaupun setelah di nasihat oleh doktor. Katanya dia terpaksa taat kepada suaminya kerana syurga di bawah tapak kaki suami.

Doktor terpaksa membenarkannya pulang. Setelah beberapa ketika di rumah, si ibu mengalami pendarahan yang banyak. Suaminya enggan membawanya ke hospital kerana darahnya terlalu banyak, takut mengotori kereta. Suaminya menelefon ambulan, dan ketika ambulan sampai di rumah, si ibu dan kandungannya tidak dapat diselamatkan lagi. Alangkah sedihnya dengar cerita ni.




Uri ke bawah atau lebih dikenali sebagai plecenta previa ialah keadaan di mana kedudukan uri di bawah dan menutupi pintu servik. Di awal kehamilan, ia tidak mendatangkan masalah. Kedudukan uri boleh berubah bila rahim membesar namun terdapat juga kes di mana di akhir kehamilan kedudukan uri masih terus berada di bawah.

Ujian ultrasound akan dijalankan di pertengahan dan waktu akhir kehamilan untuk mengesan kedudukan uri di dalam rahim. Sekiranya kedudukan uri terus berada di bawah pada akhir kehamilan, cara paling selamat ialah melalui kaedah cesarean section.



3 comments:

  1. Assalammualaikum

    sedih nya,sanggup suami dia biarkan isteri begitu

    pentingkan kereta dari nyawa isteri

    ReplyDelete
  2. siannye......laki ni x bertanggungjawab.....sian pd isterinye...sedih

    ReplyDelete
  3. Peekongsian yang menyedihkan.

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook