Wednesday, February 27, 2013

Mengapa Khalifah Harun Ar-Rasyid Menangis?

Di suatu musim haji...

Bertemulah As Syeikh Ibrahim ibn Adham (wali Allah yang terkenal kesolehannya) dan Khalifah Harun Ar Rasyid (Khalifah bani Abbasiyyah yang termahsyur).

Syeikh Ibrahim Ibn Adham pun menegur Khaifah Harun..

"Wahai Harun." Beliau sekadar memanggil nama Harun Ar Rasyid tanpa menyebut gelaran khalifah di hadapannya.

"Ya, wahai wali Allah, " balas Harun.

"Lihatlah di belakang kamu," kata Ibrahim.

Khalifah Harun pun melihat...

"Lihatlah di kanan kamu."

Khalifah Harun pun melihat...

"Lihatlah di kiri kamu."

Khalifah Harun pun melihat...

"...dan lihatlah di hadapan kamu."

Khalifah Harun pun melihat...

Khalifah tidak marah bahkan beliau menurut sahaja semua kata-kata As Syeikh Ibrahim...

"Apakah kamu melihat semua orang-orang itu?" tanya Syeikh Ibrahim.

"Ya," jawab Harun ringkas.

Syeikh Ibrahim berkata: "Semua manusia-manusia akan ditanya Allah tentang diri mereka di hadapan Allah di akhirat nanti manakala kamu pula wahai Harun, (sebagai khalifah) kamu pasti akan ditanya Allah tentang (berkenaan) sekelian mereka itu. Maka....fikir-fikirkanlah apa yang kamu akan jawab kepada Tuhan kamu nanti."

Di dalam kesesakan dan lautan manusia, As Syeikh Ibrahim Ibn Adham berlalu meninggalkan Khalifah Harun menangis teresak-esak merenung diri serta beban amanah Allah yang dipikulnya...




No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook