Thursday, February 14, 2013

Imam Ahmad Bin Hanbal Menangis


Ketika Ahmad bin Hambal berjalan di pasar dalam keadaan kedua-dua tangannya memegang barang-barang yang dibeli.

Lalu datang orang awam untuk bersalaman dan cuba untuk mencium tangan beliau, disamping itu mereka memuji dan memuliakan beliau.

Imam Ahmad bin Hanbal menangis lalu menyebut ;

نحن قوم مساكين ، لولا ستر الله لافتضحنا ، لو علمتم ما عندي من الذنوب لحثوتم على رأسي بالتراب

"Kita ini adalah kaum yang miskin. Jika sekiranya Allah tidak menutup keaiban kita nescaya akan terbuka segala keaiban-aiban yang ada. Jika kamu mengetahui tentang dosa yang ada pada diriku, nescaya kamu akan mengambil pasir letak diatas kepalaku"

**
Sesungguhnya banyak keaiban kita yang Allah sembunyikan. Allah memerintahkan kita menyembunyikan aib kita dan sesekali jangan dedahkannya, begitu juga aib orang lain. Allah Maha Pengampun, moga Allah ampunkan hamba-Mu ini.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook