Monday, February 18, 2013

Bayi Dilambung Dan Dicampak

Video panas sejak mutakhir ini memaparkan bayi yang dilambung dan dicampak. Khabarnya amah tersebut baru sehari bekerja.


Nasib baik rumah tersebut dipasang cctv. Kalau tak perkara ini akan berterusan dan entah apa akan terjadi pada bayi tersebut. Amah ni pasti seorang yang sakit mental. Kalau tak, takkan dia tergamak melakukan demikian ke atas bayi yang tak tahu apa-apa.

Sebaik-baiknya ibu yang menjaga dan mengasuh sendiri bayi. Bayi bila ditinggalkan dengan pengasuh yang tak mempunyai pertalian darah dan ada penyakit pula beginilah jadinya. Ramai yang mengeluh desakan dan kos sara hidup yang tinggi hari ini memaksa ibu-ibu meninggalkan anak yang masih kecil untuk bekerja. Tak semua keluarga mampu mempunyai 'one-family' income. Ada yang perlu bekerja untuk membayar hutang pengajian, menanggung adik-adik dan menyara orang tua.

Ada masanya kita perlu muhasabah. Keperluan wanita untuk bekerja ada kalanya atas desakan kehendak untuk memiliki harta benda sendiri, kemewahan, dan pelbagai keperluan yang kualitinya mesti melepasi standard ciptaan sendiri. Namun begitu ada juga wanita yang sanggup melepaskan kerjaya demi menjaga kemaslahatan dan keperluan keluarga.

Berita paling mutakhir tentang bayi ini ialah dia mengalami sesak nafas. Kita ikuti perkembangan selanjutnya. Moga-moga dia dapat diselamatkan.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook