Thursday, February 28, 2013

Petua Supaya Arteri Tak Tersumbat

Subhanallah, admin terbaca di wall seorang sahabat di fb tentang petua supaya arteri tak tersumbat. Selepas mengamalkan selama seminggu, beliau yang ada penyaki darah tinggi dapat merasakan perubahan yang positif. Rasa 'berat' di tengkuknya dah hilang.

Caranya ialah:

1 cawan jus lemon

1 cawan jus bawang putih

1 cawan jus halia

1 cawan cuka epal

Campurkan semua jus dan cuka epal, kemudian masak perlahan hingga tinggal 3 cawan. 


Minum 3 sudu dicampurkan dengan madu setiap pagi.

Semoga petua ini dapat memberi manfaat kepada semua dan terima kasih kepada yang share petua ni.

Ada yang bagitau kos untuk merawat arteri tersumbat ialah sekitar Rm 70,000.



Wednesday, February 27, 2013

Mengapa Khalifah Harun Ar-Rasyid Menangis?

Di suatu musim haji...

Bertemulah As Syeikh Ibrahim ibn Adham (wali Allah yang terkenal kesolehannya) dan Khalifah Harun Ar Rasyid (Khalifah bani Abbasiyyah yang termahsyur).

Syeikh Ibrahim Ibn Adham pun menegur Khaifah Harun..

"Wahai Harun." Beliau sekadar memanggil nama Harun Ar Rasyid tanpa menyebut gelaran khalifah di hadapannya.

"Ya, wahai wali Allah, " balas Harun.

"Lihatlah di belakang kamu," kata Ibrahim.

Khalifah Harun pun melihat...

"Lihatlah di kanan kamu."

Khalifah Harun pun melihat...

"Lihatlah di kiri kamu."

Khalifah Harun pun melihat...

"...dan lihatlah di hadapan kamu."

Khalifah Harun pun melihat...

Khalifah tidak marah bahkan beliau menurut sahaja semua kata-kata As Syeikh Ibrahim...

"Apakah kamu melihat semua orang-orang itu?" tanya Syeikh Ibrahim.

"Ya," jawab Harun ringkas.

Syeikh Ibrahim berkata: "Semua manusia-manusia akan ditanya Allah tentang diri mereka di hadapan Allah di akhirat nanti manakala kamu pula wahai Harun, (sebagai khalifah) kamu pasti akan ditanya Allah tentang (berkenaan) sekelian mereka itu. Maka....fikir-fikirkanlah apa yang kamu akan jawab kepada Tuhan kamu nanti."

Di dalam kesesakan dan lautan manusia, As Syeikh Ibrahim Ibn Adham berlalu meninggalkan Khalifah Harun menangis teresak-esak merenung diri serta beban amanah Allah yang dipikulnya...




Tuesday, February 26, 2013

Uri ke bawah, 2 minit terlewat boleh bawa maut

Ini adalah nasihat dari seorang doktor O&G kepada ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah kedudukan uri di bawah (placenta privea) pada akhir kehamilan. Doktor tersebut (maaf kerana admin terlupa nama doktor tersebut sewaktu menonton Wanita Hari Ini yang membincangkan tajuk Uri di Bawah, Kesan ke Atas Ibu dan Bayi) menyarankan ibu merujuk kepada hospital kerajaan kerana mereka mempunyai kelengkapan yang sempurna dan mencukupi terutamanya bekalan darah.

Biasanya ibu mengandung yang mengalami masalah ini akan ditahan di wad pada akhir kehamilan. Ini adalah kerana jika berlaku pendarahan, tindakan segera boleh diambil dalam masa 2 minit untuk rawatan. Jika berlaku pendarahan yang banyak selepas 2 minit, ia akan menyebabkan kekurangan darah dan seterusnya boleh membawa kematian kepada ibu dan bayi.

Menurut doktor, ada seorang pesakitnya yang mengalami masalah uri di bawah, di tahan di wad dan tidak dibenarkan pulang. Bagaimanapun ibu mengandung tersebut minta untuk pulang juga kerana dia ada anak kecil yang lain untuk dijaga. Sementelah lagi suaminya tidak membenarkannya tinggal di hospital walaupun setelah di nasihat oleh doktor. Katanya dia terpaksa taat kepada suaminya kerana syurga di bawah tapak kaki suami.

Doktor terpaksa membenarkannya pulang. Setelah beberapa ketika di rumah, si ibu mengalami pendarahan yang banyak. Suaminya enggan membawanya ke hospital kerana darahnya terlalu banyak, takut mengotori kereta. Suaminya menelefon ambulan, dan ketika ambulan sampai di rumah, si ibu dan kandungannya tidak dapat diselamatkan lagi. Alangkah sedihnya dengar cerita ni.




Uri ke bawah atau lebih dikenali sebagai plecenta previa ialah keadaan di mana kedudukan uri di bawah dan menutupi pintu servik. Di awal kehamilan, ia tidak mendatangkan masalah. Kedudukan uri boleh berubah bila rahim membesar namun terdapat juga kes di mana di akhir kehamilan kedudukan uri masih terus berada di bawah.

Ujian ultrasound akan dijalankan di pertengahan dan waktu akhir kehamilan untuk mengesan kedudukan uri di dalam rahim. Sekiranya kedudukan uri terus berada di bawah pada akhir kehamilan, cara paling selamat ialah melalui kaedah cesarean section.



Monday, February 18, 2013

Bayi Dilambung Dan Dicampak

Video panas sejak mutakhir ini memaparkan bayi yang dilambung dan dicampak. Khabarnya amah tersebut baru sehari bekerja.


Nasib baik rumah tersebut dipasang cctv. Kalau tak perkara ini akan berterusan dan entah apa akan terjadi pada bayi tersebut. Amah ni pasti seorang yang sakit mental. Kalau tak, takkan dia tergamak melakukan demikian ke atas bayi yang tak tahu apa-apa.

Sebaik-baiknya ibu yang menjaga dan mengasuh sendiri bayi. Bayi bila ditinggalkan dengan pengasuh yang tak mempunyai pertalian darah dan ada penyakit pula beginilah jadinya. Ramai yang mengeluh desakan dan kos sara hidup yang tinggi hari ini memaksa ibu-ibu meninggalkan anak yang masih kecil untuk bekerja. Tak semua keluarga mampu mempunyai 'one-family' income. Ada yang perlu bekerja untuk membayar hutang pengajian, menanggung adik-adik dan menyara orang tua.

Ada masanya kita perlu muhasabah. Keperluan wanita untuk bekerja ada kalanya atas desakan kehendak untuk memiliki harta benda sendiri, kemewahan, dan pelbagai keperluan yang kualitinya mesti melepasi standard ciptaan sendiri. Namun begitu ada juga wanita yang sanggup melepaskan kerjaya demi menjaga kemaslahatan dan keperluan keluarga.

Berita paling mutakhir tentang bayi ini ialah dia mengalami sesak nafas. Kita ikuti perkembangan selanjutnya. Moga-moga dia dapat diselamatkan.

Saturday, February 16, 2013

Tolong Koyakkan Iklan Itu


Di tepi jalan terpampang satu iklan bertulis: Saya kehilangan (keciciran) 20 Junaih - sesiapa yang terjumpa, harap kembalikan (pulangkan) ke alamat berikut...AL FALLANI SYAQQAH no 76...

Seseorang pemuda yang membaca iklan mahu pergi ke alamat itu dan mengaku yang dia menjumpai wang tersebut padahal dia mengeluarkan dari poketnya sendiri...

pemuda itupun pergi ke alamat tertera...di sana dia bertemu seorang wanita tua yang keuzuran...

Wanita tua itu menangis teresak-esak bilamana pemuda itu berkata: "Ibu..ini wang ibu 20 Junaih yang keciciran itu..saya telah menjumpainya..".

Dalam esak tangisnya wanita tua itu berkata: " Wahai anak muda...kamu adalah orang ke 12 yang datang bertemu ibu kemudian mengatakan dia telah menemui duit aku yang dikatakan keciciran itu.."

Mendengar luahan hati si wanita tua, pemuda misteri itu tersenyum sahaja...dia kelihatan mahu bersiap pulang.

Sambil memanggil pemuda tersebut, wanita tua sempat berpesan kepadanya: "Kalau anak tak keberatan, mohon tolong buang atau koyakkan iklan mengenai wang ibu yang keciciran itu. Sebenarnya ibu langsung tak tahu menulis dan ibu langsung tak tahu menahu siapa yang menulis dan menampal iklan itu..."

ALLAHU AKBAR!! MA SYA ALLAH!! LIHATLAH KESEMPURNAAN AF'AL ALLAH! AR RAZZAQ..ANDA NAMPAK BETAPA PEMURAHNYA ALLAH....??

DARI FB AMAL ISLAMI FEB 2013

Photo: TOLONG KOYAKKAN IKLAN ITU

Di tepi jalan terpampang satu iklan bertulis: Saya kehilangan (keciciran) 20 Junaih - sesiapa yang terjumpa, harap kembalikan (pulangkan) ke alamat berikut...AL FALLANI SYAQQAH no 76...

Seseorang pemuda yang membaca iklan mahu pergi ke alamat itu dan mengaku yang dia menjumpai wang tersebut padahal dia mengeluarkan dari poketnya sendiri...

pemuda itupun pergi ke alamat tertera...di sana dia bertemu seorang wanita tua yang keuzuran...

Wanita tua itu menangis teresak-esak bilamana pemuda itu berkata: "Ibu..ini wang ibu 20 Junaih yang keciciran itu..saya telah menjumpainya..".

Dalam esak tangisnya wanita tua itu berkata: " Wahai anak muda...kamu adalah orang ke 12 yang datang bertemu ibu kemudian mengatakan dia telah menemui duit aku yang dikatakan keciciran itu.."

Mendengar luahan hati si wanita tua, pemuda misteri itu tersenyum sahaja...dia kelihatan mahu bersiap pulang.

Sambil memanggil pemuda tersebut, wanita tua sempat berpesan kepadanya: "Kalau anak tak keberatan, mohon tolong buang atau koyakkan iklan mengenai wang ibu yang keciciran itu. Sebenarnya ibu langsung tak tahu menulis dan ibu langsung tak tahu menahu siapa yang menulis dan menampal iklan itu..."

ALLAHU AKBAR!! MA SYA ALLAH!! LIHATLAH KESEMPURNAAN AF'AL ALLAH! AR RAZZAQ..ANDA NAMPAK BETAPA PEMURAHNYA ALLAH....??

DARI FB AMAL ISLAMI FEB 2013

Thursday, February 14, 2013

Imam Ahmad Bin Hanbal Menangis


Ketika Ahmad bin Hambal berjalan di pasar dalam keadaan kedua-dua tangannya memegang barang-barang yang dibeli.

Lalu datang orang awam untuk bersalaman dan cuba untuk mencium tangan beliau, disamping itu mereka memuji dan memuliakan beliau.

Imam Ahmad bin Hanbal menangis lalu menyebut ;

نحن قوم مساكين ، لولا ستر الله لافتضحنا ، لو علمتم ما عندي من الذنوب لحثوتم على رأسي بالتراب

"Kita ini adalah kaum yang miskin. Jika sekiranya Allah tidak menutup keaiban kita nescaya akan terbuka segala keaiban-aiban yang ada. Jika kamu mengetahui tentang dosa yang ada pada diriku, nescaya kamu akan mengambil pasir letak diatas kepalaku"

**
Sesungguhnya banyak keaiban kita yang Allah sembunyikan. Allah memerintahkan kita menyembunyikan aib kita dan sesekali jangan dedahkannya, begitu juga aib orang lain. Allah Maha Pengampun, moga Allah ampunkan hamba-Mu ini.

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris




Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

Sumber

Bacaan Quran Maher Al-Mueaqly

Maher Ibn Hamd Ibn Mueaql Al Mueaqly Al Baloui dilahirkan pada Syawal 18, 1388 Hijrah di Madinah. Maher Al Mueaqly dibesarkan di Madinah. Beliau memperoleh ijazah profesional dalam matematik, menjadi pendidik di Sekolah Balat Al-Shohada 'dan kemudiannya menjadi penasihat pelajar di Abd Al Majid Sekolah Makkah.

Pada tahun 1425 H, Maher Al Mueaqly mendapat Ijazah Sarjana Syariah dari Umm Al Qura University. Menjadi pensyarah  di Fakulti Syariah dan Sains Islam, Maher mengetuai solat di Abd Arrahmane Assaadi Masjid, Makkah. Dari 1416H untuk 1427, Maher Al Mueaqly adalah imam di masjid dan Nabi Masjidil Haram.





Wednesday, February 13, 2013

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki


1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
    mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
    Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
    bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
    takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Melazimkan BerIstighfar
    “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
     segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
     ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )

4. Membaca Surat Al-Ikhlas
    “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
     menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )

5. Membaca Surat Al-Waqiah
    “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
      kesempitan hidup"  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)

6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
     Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
     Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
     kematian dan segala kesulitan didalamnya”

7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
    …dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
    sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
    (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Saduran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook