Tuesday, January 29, 2013

Selawat Menghilangkan Kerisauan dan Dukacita


Selawat kepada Rasulullah SAW adalah perintah dari Allah kepada hamba-Nya. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56 Allah berfirman
Ertinya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.

Suatu hari Ubai bin Ka’ab datang bertemu Rasulullah SAW hendak bertanya tentang selawat.
Ubai berkata:
"Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyakkan selawat kepadamu. Daripada masa berdoa dan berzikir, sebanyak manakah masa yang patut aku luangkan untuk berselawat kepadamu?"

Baginda bersabda "Sebanyak yang hati kamu inginkan."

Saya bertanya lagi "Wahai Rasulullah, jika satu perempat?"

Baginda menjawab "Sebanyak yang kamu inginkan. sekiranya kamu menambah, maka itu lebih baik bagi kamu."

Tanya Saya "Jika separuh?"

Baginda menjawab "Sebanyak yang kamu inginkan. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik untuk kamu."

Saya bertanya lagi "Jika dua pertiga?" 
Baginda bersabda "Sebanyak yang kamu suka. Jika kamu menambah lagi, maka itu lebih baik bagi kamu."

Lalu, saya berkata "Jika demikian, saya jadikan seluruh masa untuk berselawat kepada tuan."

Baginda bersabda "Jika kamu lakukan sedemikian, maka Allah akan hapuskan segala kerisauan kamu dan Allah akan ampunkan segala dosa kamu."

(HR ATTIRMIZI)

Selawat ke atas Nabi SAW dipercayai menjadi syafaat, rahmat, berkah, dan penawar untuk menyelamatkan kehidupan seseorang baik di dunia mahupun di akhirat. Berikut sebuah kisah yang tentang keajaiban selawat dari ulama besar, Imam Sufyan Ats-Tsauri.

Imam Sufyan Ats-Tsauri adalah pemimpin ulama-ulama Islam. Nama lengkapnya adalah Sufyan bin Said bin Masruq bin Rafi’ bin Abdillah bin Muhabah bin Abi Abdillah bin Manqad bin Nashr bin Al-Harits bin Tsa’labah bin Amir bin Mulkan bin Tsur bin Abdumanat Adda bin Thabikhah bin Ilyas.

Imam Sufyan Ats-Tsauri lahir pada tahun 77 H di Kufah pada masa khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.

Imam Sufyan ats-Tsauri menceritakan, “ Aku pergi haji. Ketika Tawaf di Ka’bah, aku melihat seorang pemuda yang tak berdoa apapun selain hanya berselawat kepada Nabi SAW.

Sufyan bertanya: “Sesungguhnya engkau telah telah tinggalkan tasbih dan tahlil, sedang engkau hanya melakukan Selawat atas Nabi. Apakah ada bagimu landasan yang khusus?"

Orang itu menjawab: “Siapakah engkau? Semoga Allah mengampunimu."

Sufyan menjawab: “Saya  adalah Sufyan ats Tsauri”.

Orang itu berkata: “seandainya kamu bukanlah orang yang istimewa di masamu ini nescaya saya tidak akan memberitahu masalah ini dan menunjukkan rahsiaku ini”.  

Kemudian orang itu berkata kepada Sufyan: “Sewaktu saya mengerjakan haji bersama ayahku, dan ketika berada dekat kepalanya ayahku meninggal dan mukanya nampak  hitam, lalu saya mengucapkan “innalillah wa inna ilahi rajiun” dan saya menutup mukanya dengan kain.

Kemudian saya tertidur dan bermimpi, di mana saya melihat ada orang yang sangat tampan, sangat bersih dan mengusap muka ayahku, lalu muka ayahku itu langsung berubah menjadi putih.

Saat orang yang tampan itu akan pergi, lantas saya pegang pakaiannya sambil  bertanya: “wahai hamba Allah siapakah engkau? Bagaimana lantaran kamu Allah menjadikan muka ayahku itu langsung  berubah menjadi putih di tempat yang istimewa ini?.

Orang itu menjawab: “apakah kamu tidak mengenal aku? Aku adalah  Muhammad bin Abdullah yang membawa al-Quran. Sesungguhnya ayahmu itu termasuk orang yang melampaui batas (banyak dosanya) akan tetapi ia banyak membaca Selawat atasku.

Ketika ia berada dalam suasana yang demikian, ia meminta pertolongan kepadaku, maka akupun memberi pertolongan kepadanya, kerana aku suka memberi pertolongan kepada orang  yang banyak memperbanyak Selawat atasku”. Setelah itu saya terbangun dari tidur, dan saya lihat muka ayahku berubah  menjadi putih. 


Cerita yang serupa dari Tok Ayah Musa


Al-Fatihah untuk Tuan Guru Hj Musa. Beliau baru kembali ke Rahmatullah 3 hari yang lalu. Semoga ruhnya ditempatkan bersama golongan solehin.

2 comments:

  1. Just want to say your article is as amazing. The clearness in your post is simply excellent and i could assume you are an expert on this subject.
    Fine with your permission allow me to grab your RSS feed
    to keep updated with forthcoming post. Thanks a million and please carry on the rewarding work.


    Here is my website :: Generateur de Code PSN

    ReplyDelete
  2. Al fatihah dihadiahkan kepada Tg musa

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook