Sunday, December 16, 2012

Mesej kepada Pengantin Baru

Cuti sekolah masih lagi berbaki 2 minggu. Musim orang buat kenduri kahwin masih lagi rancak berjalan. Untuk adik-adik yang baru menikah dan akan menikah, admin mengucapkan Selamat pengantin Baru.

Sewaktu berkenalan dan bertunang tidak banyak sifat-sifat pasangan yang terserlah. Apabila berkahwin, barulah kita akan tahu lebih banyak tentang peribadi pasangan. Apa yang penting, setelah dia menjadi pasangan kita, terima saja kekurangan dan kelebihan dia seadanya. Jangan mencari kesempurnaan pada pasangan kerana ia memang tidak wujud. Justeru diri kita juga tidak sempurna.

Manusia memang diciptakan tuhan dengan pakej kekurangan dan kelebihan masing-masing. Hikmah dari kekurangan itu, manusia akan lebih merendahkan diri dan menggantung harap pada Allah. Adakalanya kita dapat lihat, semakin menghampiri kesempuranaan seseorang itu, semakain dia jauh dari kerendahan diri, harap dan doa kepada Tuhan.

Apa yang patut dilakukan ialah berlapang dada dengan kekurangan pasangan. Ada waktunya diri kita juga ada melakukan kesilapan. Maafkan diri sendiri, dan perbaiki kekurangan masing-masing. Lebihkan perhatian, toleransi dan gunakan bahasa komunikasi yang menyenangkan.

Semoga rumahtangga yang dibina menjadi tempat untuk menyuburkan iman dan takwa. Semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah. Aamiin.

2 comments:

  1. terima kasih..sy dan pasangan baru 4 bulan mendirikan rumahtangga..mesej ni menambah panduan utk kami bina kekuatan hadapi alam perkahwinan yg kompleks ni..doakan kami,,alhamdulillah tq allah.. :)

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook