Sunday, November 4, 2012

Ustaz Azhar Idrus Dalam Program Kemah Keming Astro Oasis


Nampaknya ramai yang tak sabar dan excited menunggu kemunculan Ustaz Azhar Idrus dalam saluran Astro Oasis. Program tu dengar kata sebuah program islamik yang dinamakan Kemah Keming. Apa maksud Kemah Keming tu pun tak tahula….mungkin kena tanya orang Teganu ni.

Ustaz Azhar ada aura yang tersendiri, ceramahnya bersahaja, pandai memikat anak muda untuk ikut serta dan sangat hot sekarang. Ramai yang suka dengar ceramahnya. Ceramah agama yang diberikannya bukan saja bermaafaat tetapi disampaikan dengan pendekatan yang menarik, catchy, dan selari dengan kehendak masyarakat hari ini.

Ustaz Azhar telah mencipta fenomena baru penceramah dekad ini. Dia yang mulanya popular di Youtube, kini mempunyai pengikut yang ramai di media sosial seperti facebook dan twitter. Program ceramahnya yang diadakan di masjid-masjid dan tempat tertentu menerima kebanjiran penonton yang melimpah dan luarbiasa. Ia cukup dekat di hati pendengar dan apa yang disampaikan itu juga cepat melekat dalam minda dan jiwa pendengar yang memang sentiasa dahagakan pengisian ilmu yang sebegini.

Program Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus yang menggunakan tagline Kalu Dok Tengok, Berat Nanang akan bersiaran di Astro Oasis, tidak lama lagi. Namun bila kemunculannya tak pasti, yang pasti promo dari program ini telah disebarkan merata-rata melalui media sosial.


Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus Bakal Muncul Di Oasis

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook