Sunday, November 4, 2012

Rumah Paling Mahal Di Dunia




Rumah mewah yang dinamakan "Antilla"  menjadi rumah paling mahal sehingga kini. Rumah yang mempunyai 27 tingkat ini dimiliki oleh ketua Industri petrokimia terbesar, Reliance Industries, Mukesh Ambani yang berpangkalan di Mumbai. Mukesh tersenarai sebagai orang ke 16 paling kaya di dunia.

Bangunan setinggi 570 kaki  ini mempunyai 400,000 kaki persegi ruang dalaman. Rumah ini juga mempunyai enam tingkat ruang letak kereta, sembilan lif, bilik penyimpanan dan lounge dengan 600 pembantu yang menyelenggara rumah itu. 

Antara ciri-ciri lain rumah ini ialah memiliki 3 helipad, bilik teater yang mampu memuatkan 60 orang, beberapa kolam renang, taman tergantung, gymnasium, spa dan bilik tarian.

Pasti ramai orang berfikir bahawa akan ada ramai yang menghuni rumah yang indah ini - jawapannya ialah hanya 6 orang yang tinggal di rumah ini . Rumah Mukesh Ambani kelihatan dari langit Mumbai, berada diantara bangunan-bangunan tinggi di situ.

Rumah ini disenaraikan sebagai rumah yang paling mahal di dunia dengan bajet pembinaan sekitar $ 1 bilion.

Ada pemerhati mengatakan jika saya mempunyai satu bilion dolar untuk membina kediaman peribadi , saya pilih untuk  belanjakan  ia untuk menjaga dan melindungi kanak-kanak yang tidak berumah dan orang-orang miskin yang berada di sekitar bandar tersebut. Berikan mereka makanan, tempat tinggal, pakaian, dan pendidikan yang hebat. Saya telah mengalami kehidupan sebagai orang miskin dan kemudian menjadi kaya. Tiada keseronokan atau kepuasan yang lebih dari itu bila saya membelanjakan kekayaan saya untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.

1 comment:

  1. pembantu rumah saja dah kalahkan pekerja hotel...

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook