Saturday, November 17, 2012

Ribuan Hadiri Pengkebumin Jabari


GAZA, (PIC)– Ribuan penduduk berarak dalam perhimpunan pengkabumian komander tentera Hamas Ahmed Al-Ja’bari pada hari Khamis termasuk sejumlah ketua Hamas.

Jenazah Ja’bari yang terbunuh dalam serangan udara Israil pada hari Rabu dibawa dari Hospital Shifa ke kediaman keluarganya di pinggir bandar Shujaia di Gaza untuk melihatnya buat kali terakhir.

Ketua-ketua Hamas mengambil bahagian dalam perhimpunan pengkebumian dan solat terakhir untuk syuhada itu di Masjid Omari sebelum dikebumikan di Makam Ridwan di utara Gaza, bukan Makam Syuhada disebabkan masalah keselamatan dan kedudukannya yang hampir dengan sempadan timur semenanjung.

Ketua-ketua Hamas memuji syuhada Ja’bari dan berikrar darahnya tidak akan tersia.
Aman Palestin

Jika Israel tidak menghentikan serangan kejam mereka terhadap Gaza, maka tunggu dan nantikanlah kemarahan rakyat Mesir! Mesir sekarang bukan seperti Mesir dahulu"
-Dr Muhammad Mursi, Presiden Mesir.

Sumber: harian-metro-online

The Funeral of Ahmad al-Ja’bari in Gaza - Nov 15, 2012 Photo by Safa.ps
Pengkebumian Ahmah Al-Ja'bari di Gaza

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook