Wednesday, November 7, 2012

Puding Gula Hangus

Makanan yang sedap dan senang untuk dibuat. Alhamdulillah hari ni dapat makan puding gula hangus.


Tekstur agak padat. Setiap kali masak puding ni saya menggunakan resepi yang berlainan. Yang ni agak padat, tak terlalu manis, masih juga sedap sangat dan simple sangat cara nak membuatnya...

Bahan-bahan

5 biji telur
1 tin susu cair (400ml)
3 sudu besar gula

Bahan untuk karamel/gula hangus
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
1/2 cawan air

Untuk membuat karamel
Masukkan 5 sudu beasr gula dan 2 sudu besar air
Di atas api yang sederhana kacau gula hingga agak keperangan (jangan terlalu perang, nanti pahit sangat)
Masukkan 1/2 cawan air dan teruskan kacau hingga gula dan air sebati
Masukkan ke dalam loyang/acuan

Untuk membuat puding
Campurkan telur dan gula, kacau dengan whisk hingga sebati (jangan pukul sampai kembang :))
Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sebati
Tapiskan adunan sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang ada karamel tadi
Tutup acuan dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit

Adunan sebelum dikukus

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook