Saturday, November 3, 2012

Perlukah kamera AES dimansuhkan?


AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan impak kesalahan lalu lintas di kalangan pengguna jalan raya berikutan penggunaan kamera AES.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.


Jika perlaksanaan AES ini benar-benar bertujuan untuk mengurangkan kemalangan di samping tidak mahu membebankan rakyat dengan mengutip saman dari pesalah trafik, pemandu harus diingatkan lokasi kedudukan AES dengan meletakkan papan tanda.  Kawasan-kawasan yang merbahaya patut diletak kamera AES supaya pemandu dapat memperlahankan pemanduan mereka.

Jika lokasi kamera disembunyikan dari pengetahuan pemandu, ia seolah-olah mahu memerangkap dan memeras duit rakyat yang sudah sedia terbeban dengan kenaikan harga barang. Tidak semua tempat pemandu harus memandu dengan perlahan, tambahan lagi Negara kita dibanjiri dengan kereta berkapasiti tinggi.

Namun begitu, jika pengurusan AES di dioutsourcekan kepada pihak ketiga, maka tujuan komersial seolah-oleh tidak boleh dinafikan lagi….pendapat anda?

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook