Thursday, November 8, 2012

Lahir Anak Kembar Obama dan Romney

Millicent Owuor has named her twins Barack Obama & Mitt Romney (© Thomas Mukoya/Reuters)
Perpaduan selepas pilihanraya, Obama dan Romney akhirnya jadi adik-beradik.

Wanita Kenya Millicent Owuor melahirkan dua bayi lelaki comel pada Rabu lalu dan memutuskan untuk menamakan mereka sempena dua calon presiden AS iaitu Barrack Obama dan Mitt Romney.
Barrack Obama dibalut dengan kain berwarna putih manakala Mitt Romney berwarna biru.

Rumahnya terletak berhampiran kampung Kogelo, di mana bapa Obama dilahirkan. Obama telah meraikan kemenangannya dalam pemilihan semula presiden Amerika baru-baru ini.


Menurut Reuters, terdapat beberapa bayi yang dilahirkan di hospital berdekatan yang telah dinamakan Obama. Tetapi hanya satu bayi bernama Obama yang mempunyai saudara kembar bernama Mitt Romney.

Agaknya di Malaysia ada tak bayi kembar yang dinamakan Mohd Najib dan Anwar, atau Nik Aziz dan Muhyidin?


No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook