Monday, November 5, 2012

Kuih Tradisi Bila Berpuasa


Kuih onde-onde atau buah Melaka adalah makanan yang paling kerap dibuat pada bulan puasa waktu muda-muda dulu. Di mana-mana rumah pun kuih ni begitu sebati dengan bulan puasa. Kuih paling mudah dibuat dan rasanya yang enak membuatkan kita tak jemu nak rasakannya lagi dan lagi.

Untuk adik-adik yang baru nak belajar masak, cubala buat kuih ni, tak susah pun..di bawah adalah cara2 membuat kuih ini mengikut yang diajar oleh orang dulu-dulu....

Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras (tak letak pun tak pe)
Sedikit jus pandan (ambil beberapa helai daun pandan, diblend dan tapis airnya). Kalau tak ada jus pandan, guna pewarna hijau pun boleh.
Sedikit garam
Gula melaka (dipotong empat segi kecil)

Cara membuatnya

1. Campurkan tepung pulut dengan jus pandan serta sedikit garam. Jadikannya satu adunan yang boleh digentel, tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Kalau lembut sangat, tambah lagi tepung.

2. Ambil adunan sebesar ibu jari, leperkan sikit dan masukkan gula melaka, kemudian bulatkan

3. Rebus buah  melaka dalam air yang sedia mendidih

4. Bila buah melaka dah masak, ia akan timbul, gunakan penapis dan kaut buah melaka kemudian masukkan ke dalam air sejuk.

5. Golekkan buah melaka atas kelapa parut yang dicampur sedikit garam.





1 comment:

  1. Terliur nengok ni...perut tgh lapo ni...

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook