Thursday, November 8, 2012

Kisah Keistimewaan Nabi Muhammad SAW


Kisah ini dipetik dari kitab Keistimewaan Nabi Muhammad SAW karangan Sayikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki , m/s 104:

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menulis nama baginda SAW yang mulia di Arasy di setiap langit dan syurga. Diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu Asakir r.anhu daripada Ka'ab. Al-Hakim Al-Baihaqi dan Al-Tabrani mengetengahkan hadis yang berasal daripada Umar Al-Khattab r.anhu:

Daripada Abu Nu'aim, dan Ibnu Asakir, Umar Al-Khattab r.anhu berkata Rasulullah SAW bersabda :

"Setelah Nabi Adam AS melakukan kesalahan memakan buah Khuldi, maka dia pun bermohon wahai Tuhan demi kebenaran Muhammad mudah mudahan Engkau mengampuni kesalahanku"

Allah SWT bertanya (padahal Allah SWT Maha Mengetahui)

"Bagaimanakah kamu mengenal Muhammad ?

Adam AS menjawab
"Ketika Engkau menciptaku dengan kekuasaan-Mu dan setelah Engkau meniupkan roh ciptaan-Mu kepadaku, aku mengangkat kepalaku dan aku melihat di tiang-tiang Arasy tertulis "Lailahaillah Muhammadurrasulullah" Maka aku ketahui bahawa Engkau tidak akan menempatkan nama lain di disamping nama-Mu kecuali seseorang makhluk yang paling Engkau cintai. Allah SWT menjawab "Wahai Adam, benarlah kamu, Kalau tidak kerana Muhammad SAW , nescaya aku tidak akan menciptakan kamu"



No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook