Wednesday, November 21, 2012

Kenapa Cristiano Ronaldo Berminat Membantu Palestin




Sebab kenapa Cristiano Ronaldo begitu berminat membantu dan menyokong penduduk Palestin ialah kerana beliau berpegang dan percaya kepada pembebasan Palestin.

Sebab lain ialah beliau tidak suka melihat kanak-kanak melalui hidup yang serba susah sebagaimana dia dan keluarganya melaluinya sebelum muncul sebagai sosok paling tinggi dibayar sebagai pemain bolasepak. Menyorot kehidupan masa lalunya, beliau dan keluarganya tidak pernah melalui kehidupan zaman perang, tetapi beliau melalui hidup serba susah dan miskin.

Dia telah menjual kasut-kasut sukannya pada 20 November 2011 semasa di lelongan Real Madrid Foundation dengan tujuan mendedikasikan dana untuk sekolah-sekolah di Gaza. Jualan kasut-kasut sukan itu membolehkan mereka membantu membina 8 buah sekolah di wilayah Palestin.  

Mengikut beberapa laporan, Real Madrid Foundation telah membantu membina sebanyak 167 sekolah di 66 negeri, termasuk beberapa lagi projek lain. Ini membolehkan beribu-ribu kanak-kanak di 66 negara ini berpeluang mendapat pendidikan yang lebih baik dan seterusnya memburu masa depan yang lebih cerah.

Seperti yang diketahui, ini adalah bukan pertama kali dan pastinya bukan yang terakhir Cristiano Ronaldo dan Real Madrid Foundation melakukan kerja-kerja amal seperti ini.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook