Friday, November 16, 2012

Kenali Imam Al-Bukhari


Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Bukhari dikenali sebagai Bukhari atau Imam Bukhari adalah seorang ulama Sunni Islam Persia. Beliau adalah pengarang koleksi Hadis Bukhari yang dianggap sebagai paling sahih dikumpulkan dalam sebuah kompilasi Hadis, dipanggil Sahih Al-Bukhari. Perkataan Arab dari perkataan sahih ini sebagai sahih atau betul.

Imam Bukhari dilahirkan pada 196 Hijrah (810 Masihi) di Bukhara, Uzbekistan. Bapanya, Ismail Ibn Ibrahim terkenal sebagai ulama hadis dan telah meninggal dunia ketika Imam Bukhari masih lagi bayi. Beliau kemudiannya dibesarkan oleh ibunya. Imam Bukhari mula belajar hadis dan menghafalnya dengan Abdullah Ibn al-Mubarak ketika beliau masih lagi kanak-kanak.

Ketika umurnya 16 tahun Imam Bukhari pergi mengerjakan haji di Mekah. Dari situlah bermulanya siri pengembaraan untuk mengembangkan ilmunya dalam bidang hadis. Beliau telah mengembara ke beberapa buah bandar penting yang menjadi pusat pengajian ilmu Islam pada waktu itu. Beliau berguru, berbincang dan bertukar ilmu pengetahuan dalam ilmu hadis dengan para ulama. Diceritakan bahawa beliau telah mendengar hadis dari lebih 1,000 lelaki dan mendapatkan lebih 600,000 hadis.

Selepas 16 tahun pengembaraannya, bila pulang ke Bukhara dan merangka al-Jami' as-Sahih, satu koleksi yang terdiri daripada 7,275 hadis, disusun dalam beberapa bab. Imam Bukhari meyelesaikan usahanya sekitar tahun 846 Masihi dan menghabiskan selama 24 tahun mengembara ke beberapa bandar untuk belajar dengan ulama-ulama, serta mengajarkan hadis-hadis yang dikumpulkannya. Pada setiap bandar yang disinggahinya, beribu-ribu orang akan berkumpul di masjid untuk mendengar hadis-hadis yang diajarkannya. Imam Bukhari meninggal di sebuah perkampungan di Samarkhand pada tahun 256 Hijrah / 870 Masihi.

Buku hadis Sahih Al-Bukhari menyediakan panduan yang merangkumi semua aspek kehidupan untuk orang-orang Islam.

Hadis adalah satu contoh praktikal bagi pelaksanaan daripada isi kandungan Al-Quran dan ia adalah supplemen penting untuk memahami al-Quran. Hadis-hadis ini telah diteliti dan disusun oleh individu yang mempunyai kemahiran, ingatan yang luar biasa serta kepakaran analitikal seperti Imam Bukhari, yang mengembara tanpa lelah untuk mengumpul beribu-ribu hadis dan menapisnya menjadi panduan yang sahih.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook