Sunday, November 4, 2012

Hukum Mengumpulkan Dua Waktu Solat


Samada disedari atau tak, mungkin ada di antara kita yang suka menggabungkan dua waktu solat, kononnya untuk menjimatkan masa. Memang hidup kita tak lepas dari kesibukan dunia, tapi menggabungkan waktu solat tidak patut kita praktikkan kerana seolah-olah kita lalai atau tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan ketaatan.

Meggabungkan waktu solat adalah perbuatan melewat-lewatkan waktu zohor supaya sejurus selepas itu dapat segera melakukan solat waktu asar, begitu juga waktu maghrib dan Isyak.

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan solatnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu solat dari waktu asalnya hingga sampai waktu solat lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu solatnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda

"Sesiapa yang mengumpulkan dua solat tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook