Sunday, November 18, 2012

Hebatnya Briged Al-Qassam

Generasi muda perindu syahid
Kata salah seorang anggota Briged Al-Qassam, mereka tak perlukan bantuan apa-apa, cuma beliau minta doakan beliau. Bukan doakan beliau selamat, tapi doakan beliau dapat mati syahid dengan cepat .


Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :
1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah 

4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid

Qassam 300x234 Briged al Qassam   Generasi muda perindu syahid...


"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1-Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-Melihat tempatnya di dalam surga

3-Dilindungi dari azab kubur

4-Terjamin keamanannya dari malapetaka besar

5-Merasakan kemanisan iman,
6-Dikahwinkan dengan bidadari,
7-Dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Bacaan lanjut tentang pemuda-pemuda pemburu syahid ini boleh didapati di SINI

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook