Saturday, November 10, 2012

Fakta Kehamilan Yang Menggerunkan


Fakta yang menggerunkan. Inikah bayaran kepada kemajuan material yang tidak seimbang dengan pembangunan rohani? Dimana jati diri anak-anak gadis kita? Apakah yang salah dan tersilap? Ibubapa yang tidak memantau atau terlalu sporting ataukah silap anak-anak sendiri yang mudah hanyut dalam arus pembangunan yang pesat dan mencabar?

Sepanjang tempoh 18 bulan ini, seramai 6 310 remaja perempuan yg hamil yg berdaftar di hospital kerajaan dan swasta tidak berkahwin termasuk pelajar sekolah.  Jumlah itu tidak termasuk yang menggugurkan kandungan secara haram di klinik swasta. Tahun lalu seramai 18 652 wanita yangg hamil mendapatkan perkhidmatan fasiliti dan 4 222 daripada jumlah itu tidak pernah lagi berkahwin.


Sungguh membimbangkan. Semua ini berlaku kerana kita membelakangkan syariat Allah. oleh itu, jauhilah couple, jauhilah menghampiri zina, jauhilah berdua-duaan dengan bukan mahram, dan kepada ibu bapa sila pastikan anak-anak kita berjauhan dengan maksiat. Penuhkan dada mereka dengan ilmu dan iman yang kental. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, kerana kawan-kawan sangat-sangat mempengaruhi segala tindakan anak-anak kita.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 32

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Ini adalah doa supaya anak-anak kita dijauhkan daripada zina.
Letak tangan di dada anak dan baca doa ini

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ , وَطَهِّرْ قَلْبَهُ , وَحَصِّنْ فَرْجَهُ 
“ALLAHUMMAGHFIR ZANBAHU, WA TOHHIR QALBAHU, WA HASSIN FARJAHU”
"Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya, dan bentengilah kemaluannya"
(Sekiranya anak perempuan, HU itu digantikan dengan HA)

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook