Friday, November 2, 2012

Doa ketika Ribut Taufan


Beberapa hari lalu,  taufan bernama HURRICANE SANDY telah  melanda pantai atlantik tengah (New York, New Jersey, dan berdekatan).Semoga Allah melindungi semua umat Islam di sana. Ia merupakan satu peringatan bagi kita semua, bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala apa yang dikehendaki-Nya.

Ini adalah doa ketika menghadapi ribut taufan atau angin kencang.

اللّهُـمَّ إِنَّـي أَسْـأَلُـكَ خَيْـرَها، وَخَيْـرَ ما فيهـا، وَخَيْـرَ ما اُرْسِلَـتْ بِه، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّها، وَشَـرِّ ما فيهـا، وَشَـرِّ ما اُرْسِلَـتْ بِه.

Allaahumma ‘innee ‘as’aluka khayrahaa, wa khayra mafeeha, wa khayra ma ‘ursilat bihi wa a’oodhu bika min sharrihaa, wa sharri mafeeha, wa sharri maa ‘ursilat bihi”.

Ya Allah, aku mohon pada-Mu kebaikan dari angin ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya, dan kebaikan dari apa yang dihantar dengannya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya, dan dari kejahatan yang ada dalamnya, dan dari kejahatan yang dihantar dengannya.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook