Thursday, November 1, 2012

Bahaya Minyak Masak Kitarsemula


PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam PEKET 1kg

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.


Sebagai langkah selamat, Dr. Mohd Sokhini menasihati supaya menggunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja. Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya. Minyak kitar semula biasanya mempunyai jenama yang tidak dapat dipastikan dan harganya adalah lebih murah. Demi mengurangkan kos perbelanjaan, segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran sanggup menggunakan minyak yang tidak terjamin mutunya untuk menjalankan perniagaan. Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

Rumusannya, mana-mana minyak masak boleh digunakan selagi ada label SIRIM untuk menjamin kesihatan kita. Dan elakkan dari membeli dan makan makanan dari luar, yang status makanan yang dihidangkan tidak diketahui asal usul nya.






1 comment:

  1. Assalamualaikum wbth..

    Info yg sgt berguna..klau utk menggoreng guna sekali je..pastu buang je..

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook