Wednesday, November 7, 2012

Ayam Masak Merah Satu Kampung

Yang ni adalah ayam masak merah resepi orang kampung saya di sebelah utara semenanjung. Bila kenduri, mereka akan guna resepi yang ini, aromanya sedap dan memecah selera. Selepas mengintip dapur tuan rumah waktu beberapa kenduri di kampung dulu....memang disahkan nilah resepinya...


Bahan-bahan

1 ekor ayam
Buang lemak dan kulit ayam, bersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng separuh masak

Bahan-bahan untuk dikisar:
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan-bahan tambahan ::
1 inci kulit kayu manis
I/2 cawan sos cili
Garam dan gula merah atau gula putih secukup rasa

Cara:
1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali/periuk untuk menumis
2. Bila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan ang dikisar tadi bersama kulit
3. Bila bahan2 yang ditumis tadi dah naik minyak, masukkan sos cili
4. Tambah sedikit air supaya kuah tidak terlalu pekat. Masukkan garam dan gula merah atau gula putih. Kalau kita masukkan gula merah, ia akan memberi rasa yang sedikit berbeza berbanding dengan gula putih.
5. Bila kuah mendidih, masukkan ayam yang terlah digoreng tadi dan masak hingga ayam  masak sepenuhnya....dan inilah hasilnya


Cuti sekolah tak lama lagi, boleh la balik kampung pergi intai dapur tuan kenduri lagi....

1 comment:

  1. Terima kasih atas recipe nya
    nanti saya nak coba masak :)

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook