Sunday, November 18, 2012

11 Syahid Dalam Pembunuhan Besar-Besaran Terbaru Israel Ke Atas Gaza


GAZA,-Angkatan Bersenjata Israil (IOF) pada petang Ahad telah menjalankan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat di Bandar Gaza, mereka mengebom kediaman keluarga Dalo yang membunuh dan mencederakan seluruh anggota keluarga.

Sumber tempatan mengatakan pesawat udara Israil mengebom kediaman keluarga Dalo di al-Nasser Street di barat Bandar Gaza pada tengahari Ahad yang menyebabkannya musnah.

Sumber perubatan mengatakan krew ambulan dan pertahanan awam telah menemui jenazah 11 syuhada yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sebagai tambahan kepada 11 yang cedera dan jumlah dijangka bertambah.
 
 
Dengan kesyahidan 11 lagi warga Palestin tersebut, jumlah mangsa keganasan Israil kini meningkat kepada 66 orang sejak ia bermula pada hari Rabu lepas.

Aman Palestin

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook