Friday, November 23, 2012

Igauan Israel Menjadi Realiti


Inilah keberkatan bila tentera Al-Qassam benar-benar memiliki semangat jihad dan bersungguh-sungguh mengamalkan sunnah nabi, mereka tidak gentar, pertolongan Allah akan datang. Berikut adalah berita yang diperolehi dari laman Dr. Zainur Rashid, perunding Aman Palestin.

idf mourning casualty Igauan Israel menjadi realiti...


Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.

Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

Apa tidaknya ?

1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem   (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.

2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.

israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...

Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama 2 juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.

**


Bukan sahaja tentera Zionis ketakutan dengan bedilan balas tentera Hamas dari Briged Al Qasam. Tapi lihatlah gambar PM Israel sendiri yang lari ketakutan apabila roket yg dilancarkan hampir mengenai mereka.



TV Israel melaporkan, "Hamas mengejutkan kita kali ini dgn serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds).

Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yg dilancarkan Briged Al-Qassam byk mengenai sasaran di Tebing Barat.

Inilah antara punca Israel bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata. Mereka tahu bantuan lorong bawah tanah sempadan Palestin yg dibina utk menyalurkan senjata telah membuatkan askar Zionis terkejut kerana sebelum ini tentangan mereka lebih dengan balingan batu anak-anak Palestin.

Thursday, November 22, 2012

Kelebihan Hari Asyura (10 Muharam)


Dari Abi Qatadah r.a katanya : Rasulullah S.A.W ditanya tentang Puasa Asyura' (yakni 10 Muharam), beliau S.A.W bersabda : Ianya menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadith Riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lain Rasulullah S.A.W bersabda : "Kalau aku hidup hingga tahun hadapan, aku akan berpuasa 9 juga (yakni 9 Muharam)". (Hadith Riwayat Muslim)

Hikmah berpuasa 9 Muharam adalah adanya kemungkinan kekeliruan dalam memastikan awal bulan dan juga untuk membezakan puasa kita dengan kaum yahudi yang hanya berpuasa 10 Muharam sahaja.

Oleh kerana itu, kita digalakkan berpuasa 9 & 10 atau 10 & 11 Muharam. Mari kita puasa sehari untuk hapuskan dosa setahun.

Kebanyakan Ulamak pula mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. 

Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. 

Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).

Sumber





Kisah Nabi Muhammad SAW dan Pengemis Buta


Biar zaman manapun silih berganti, akhlak nabi tiada tandingan, jadi rujukan. Hanya dia...kekasih Allah yang dicipta begitu sempurna akhlak dan rupa. Jom kita baca dan hayati kisah Rasulullah dan pengemis buta ini.

**

“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.

Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.

Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.

Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.

Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.

Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.

“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.

“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.

“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”

“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.

“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.

Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.

“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.

“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.

“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.

“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.

“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.

“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.

“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.

“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.

“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.

“Ya benar. Kamu tidak percaya?”

“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.

“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.

“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.

Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah.

Sumber

Wednesday, November 21, 2012

Muslihat Gencatan Senjata

Adakah wujud komplot jahat dalam perjanjian genjatan senjata antara Israel dan Hamas kelmarin?

Berita terbaru daripada media Israel sangat menggemparkan dunia.

Rupa-rupanya, mereka telah mengangkat peristiwa ini sebagai satu pencapaian kejayaan triple-crown foreign policy oleh Presiden Amerika Syarikat, Obama dan Setiausaha Negara, Hillary Clinton itu sendiri. 


Kata mereka:

1. Pakatan ini adalah untuk menguatkan hubungan persahabatan antara Washington-Kaherah.

2. Genjatan senjata ini telah membantu mengeluarkan Israel daripada perangkap strategik reka bentuk mereka sendiri.

3. Penyusunan terancang ini telah meningkatkan kedudukan Obama dalam kedua-dua buah negara; yakni Israel dan Amerika.

Gaza masih lagi dicengkam erat oleh Israel!

Aman Palestin Mesir


Sebaliknya di pihak Israel juga ada yang melaporkan :
Kesan dari perang Israel dengan pejuang Palestin yang berakhir dengan gencatan senjata yang memalukan menyebabkan rakyat Israeil tidak lagi berbangga dengan kekuatan tentera mereka sehingga seorang anggota parlimen Knesset Israel, Aryeh Eldad, mengatakan tentera Israel itu ibarat “Anjing gila yang sedang ketakutan?”.

Seorang lagi anggota Knesset, Michael Ben Ari, telah meminta PM Israel Benyamin Netanyahu meletak jawatan kerana menyebabkan Israel kalah perang.

Di Ashdod dan Sderot orang ramai menunjuk perasaan mendesak Netanyahu mengundurkan diri dan menganggapnya sebagai punca kekalahan Israel.


Tentera Israel


Hujan Peluru di Gaza



Kediaman Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh yang penuh kesederhanaan.

Istighfar Pembuka Pintu Rezeki


Di antara sebab terpenting diturunkannya rezeki adalah istighfar (memohon ampun) dan taubat kepada Allah. Sebagaimana firman Allah tentang Nuh yang berkata kepada kaumnya:


           “Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohon ampunlah kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)

Yang dimaksud istighfar dan taubat di sini bukan hanya sekadar diucap di lisan saja, tetapi tidak membekas dan terkesan di dalam hati sama sekali, bahkan tidak berpengaruh dalam perbuatan anggota badan. Tetapi yang dimaksud dengan istighfar di sini adalah sebagaimana dijelaskan oleh Imam Ar-Raghib Al-Asfahani adalah “Meminta (ampun) dengan disertai ucapan dan perbuatan dan bukan sekadar hanya dengan lisan semata.”

Sedangkan makna taubat sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ar-Raghib Al-Asfahani adalah:
1. Meninggalkan dosa kerana keburukannya 
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya
4. Berusaha melakukan apa yang lebih baik  sebagai gantinya. 

Jika keempat hal ini telah dipenuhi bererti syarat taubatnya telah sempurna.

Begitu pula Imam An-Nawawi menjelaskan: “Para ulama berkata. ‘Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika maksiat (dosa) itu antara hamba dengan Allah, yang tidak ada sangkut pautnya dengan hak manusia maka syaratnya ada tiga:
1. Hendaknya ia harus menjauhi maksiat tersebut.
2. Ia harus menyesali perbuatan (maksiat) nya.
3. Ia harus berkeinginan untuk tidak mengulanginya lagi.

Jika salah satu syarat dari yang tiga di atas kurang, maka taubatnya tidak sah.
Akan tetapi jika taubatnya berkaitan dengan hak manusia, maka syaratnya ada empat, yaitu ketiga syarat di atas ditambah satu, yaitu hendaknya ia membebaskan diri (memenuhi) hak orang lain. Jika berupa harta benda maka ia harus mengembalikan, jika berupa had (hukuman) maka ia harus memberinya kesempatan untuk membalas atau meminta maaf kepadanya dan jika berupa qhibah (menggunjing), maka ia harus meminta maaf.

Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam tafsirnya (surat Nuh: 10-12 diatas) berkata: “Maknanya, jika kalian bertaubat kepada Allah, meminta ampun kepadaNya, niscaya Ia akan memperbanyak rizki kalian, Ia akan menurunkan air hujan serta keberkahan dari langit, mengeluarkan untuk kalian berkah dari bumi, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, melimpahkan air susu, memperbanyak harta dan anak-anak untuk kalian, menjadikan kebun-kebun yang di dalamnya terdapat macam-macam buah-buahan untuk kalian serta mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun untuk kalian.

Imam Al-Qurtubi menyebutkan dari Ibnu Shabih, bahwasannya ia berkata: “Ada seorang laki-laki mengadu kepada Al-Hasan Al-Basri tentang kegersangan (bumi) maka beliau berkata kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah! Yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan, maka beliau berkata kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah! Yang lain lagi berkata kepadanya, ’Do’akanlah (aku) kepada Allah, agar ia memberiku anak!!’ maka beliau mengatakan kepadanya, ‘Beristighfar kepada Allah! Dan yang lainnya lagi mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan (pula),’Beristighfarlah kepada Allah!.

Dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ia berkata, Rasulullah bersabda:

          “Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberikan rizki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka.” 
(Dishahihkan oleh Imam Al-Hakim (AlMustadrak, 4/262) dan Syaikh Ahmad Muhammad Syaikh (Hamisy Al-Musnad, 4/55)

Dalam hadis yang mulia ini, Nabi menggambarkan tentang tiga hasil yang dapat dipetik oleh orang yang memperbanyak istighfar. Salah satunya yaitu, bahwa Allah Yang Maha Esa, Yang memiliki kekuatan akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka dan tidak pernah diharapkan serta tidak pernah terlintas dalam hati.

Kerana itu, kepada orang yang mengharapkan limpahan rezeki hendaklah ia bersegera untuk memperbanyakkan istighfar, baik dengan ucapan maupun dengan perbuatan. Dan hendaklah kita selalu waspada dari melakukan istighfar hanya dengan lisan tanpa perbuatan. Sebab ia adalah pekerjaan para pendusta.

Disadur dari : man5amuntai

Israel Akhirnya Umum Gencatan Senjata

Israel akhirmya mengumumkan gencatan senjata setelah hanya mampu berperang dengan pejuang Palesti selama 8 hari sahaja. Pengumuman gencatan senjata itu disambut dengan suasana gembira oleh penduduk Palestin tetapi disambut dengan dukacita penduduk Israel. Media Israel telah memberikan pernyataan bahawa :" keputusan gencatan senjata sebagai kekalahan bagi Israel dan kemenangan kepada pihak Hamas ".

Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Yahudi Zionis Laknatullah dan Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah. Antara syarat gencatan senjata ialah:

1. Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut.
2.  Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.
3. Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.
4. Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24 jam genjata berlangsung.
5. Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.

Kerajaan Mesir Pimpinan Dr. Muhammad Mursi menjadi Penjamin bagi persetujuan ini. Diharap Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden baru Mesir tidak akan berlembut dengan Yahudi Laknatullah sekiranya pihak Yahudi Laknatullah melanggar perjanjian Gencatan Senjata yang telah dipersetujui.

Apapun tahniah kepada pejuang Palestin yang telah berjaya membuktikan mereka mampu untuk menghadapi Israel dan mampu mempertahankan tanah air mereka. Pastinya ia sedikit sebanyak adalah doa dari saudara seagama dari seluruh dunia. Semoga Hamas dan Tentera Al-Qassam akan jadi lebih kuat pada masa hadapan dan digeruni oleh Yahudi Laknatullah.

Syarat-syarat gencatan senjata itu menguntungkan Palestin, namun sejarah telah membuktikan sejak zaman Rasulullah saw lagi orang Yahudi tidak pernah menepati janji.

Mesir menjadi orang tengah untuk mengadakan gencatan senjata ini namun khabarnya Israel mahu Mesir menekan Hamas supaya melucutkan senjata mereka,sesuatu yang mustahil diterima Hamas. Harapan kita semoga tindakan Mesir tidak merugikan Hamas..

Persoalannya, apakah selepas ini Israel benar akan membuka perlintasan ke Gaza?. Apakah Israel selepas ini bersetuju untuk tidak menyerang pejuang Palestin? Apakah selepas ini Israel membenarkan bantuan dihantar melalui laut? Pasti sesuatu yang tidak mudah untuk diterima Israel..

Kenapa Cristiano Ronaldo Berminat Membantu Palestin




Sebab kenapa Cristiano Ronaldo begitu berminat membantu dan menyokong penduduk Palestin ialah kerana beliau berpegang dan percaya kepada pembebasan Palestin.

Sebab lain ialah beliau tidak suka melihat kanak-kanak melalui hidup yang serba susah sebagaimana dia dan keluarganya melaluinya sebelum muncul sebagai sosok paling tinggi dibayar sebagai pemain bolasepak. Menyorot kehidupan masa lalunya, beliau dan keluarganya tidak pernah melalui kehidupan zaman perang, tetapi beliau melalui hidup serba susah dan miskin.

Dia telah menjual kasut-kasut sukannya pada 20 November 2011 semasa di lelongan Real Madrid Foundation dengan tujuan mendedikasikan dana untuk sekolah-sekolah di Gaza. Jualan kasut-kasut sukan itu membolehkan mereka membantu membina 8 buah sekolah di wilayah Palestin.  

Mengikut beberapa laporan, Real Madrid Foundation telah membantu membina sebanyak 167 sekolah di 66 negeri, termasuk beberapa lagi projek lain. Ini membolehkan beribu-ribu kanak-kanak di 66 negara ini berpeluang mendapat pendidikan yang lebih baik dan seterusnya memburu masa depan yang lebih cerah.

Seperti yang diketahui, ini adalah bukan pertama kali dan pastinya bukan yang terakhir Cristiano Ronaldo dan Real Madrid Foundation melakukan kerja-kerja amal seperti ini.

Tuesday, November 20, 2012

Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas 1.4 Juta Euro Untuk Palestin


Cristiano Ronaldo Lelong Kasut Emas Demi Gaza

Cristiano Ronaldo dikhabarkan telah menjual kasut emas yang dimenanginya pada tahun 2011 dengan harga 1.4 juta euro untuk membantu kanak-kanak palestin.

Bertentangan dengan Barcelona yang dilihat lebih memihak kepada Israel, Real Madrid memilih untuk berkerjasama dengan Palestin. 

Semasa acara lelongan Real Madrid Foundation pada 20 November 2011 yang didedikasikan untuk mengumpul dana untuk sekolah-sekolah di Gaza, Ronaldo telah menjual hampir kesemua kasut-kasut sukannya.

Ronaldo telah melepaskan sesuatu yang berharga dan disayanginya. Dia melakukan apa yang difikirkannya betul. Kita percaya ada antara selebriti-selebriti  yang berpandangan jauh melepasi ketidakadilan media dan dapat melihat kebenaran yang tidak disingkap. 

Jika orang seperti Christiano Ronaldo sanggup mengorbankan sesuatu yang dekat di hatinya untuk membantu kanak-kanak Palesin, apakah mungkin kita tidak boleh malakukan pengorbanan? Sekurang-kurangnya sesuatu yang lebih ringan dari itu seperti memboikot produk Israel.





"Ahmad...."
"Syahid Cikgu"
"Muhammad...."
"Kena tembak semalam Cikgu"
"Yusuf..."
"Terkena peluru berpandu Cikgu"

Suasa harian pelajar sekolah di Gaza.
Rakan sekelas makin berkurangan kerana masing-masing sudah melangkah ke Syurga



Poligami, Setia dan Khadijah


Mampukah hati wanita kita menjadi seperti penulis ini?
Baca coretan beliau di bawah:

**
Ada sesiapa di kalangan sahabat yang sudah memiliki dan membaca SOLUSI Isu 49 ? Sudah mendapatkan makna SETIA yang pernah saya perkatakan dulu?

Berat hati wanita saya ini yang menulis tentangnya, berat lagi saya memikirkan kebenaran yang perlu disampaikan; yang dengannya saya akan dipertanggungjawabkan di akhirat sana...

Berikut petikan lengkap artikel yang saya hantar sebelum diedit oleh pihak editor majalah )

Semoga bermanfaat, sesungguhnya tiada daya dan upaya kita melainkan dengan kekuatan dari Yang Maha Kaya :)

**

“Jika suami saya nak berpoligami, saya tak kisah, cuma satu sahaja permintaan saya padanya. Sila bayar semula semua bantuan duit-duit yang saya tolong bayar sepanjang kami berumah tangga. Kalau benar mampu sehingga mahu berkahwin dua, bayar la balik. Kalau tak mampu, saya dengan tulus hati menghalalkan semuanya. Saya bekerja pun kerana nak meringankan bebannya.” Begitu luahan seorang wanita kepada saya.

Jarak yang memisahkan dia dan suami selama lima tahun perkahwinan mereka menjadi sebab si suami bersuara untuk berkahwin lagi. Rumahtangga yang sunyi dari gelak tawa cahaya mata menambah ‘jarak’ sedia ada antara keduanya. Lantas, pengorbanan wang ringgit kepada suami dalam membantu kestabilan ekonomi rumahtangga mereka sepanjang tempoh itu dirasakannya bagai sia-sia. 

Dan hari ini, dia menelefon saya, meminta untuk berjumpa bagi meluah rasa.

“Hmmm, kalau begitu jawapannya…sama je macam tak bagi. Izin bersyarat namanya tu.” Saya mengusik. 

Mendengar kata-kata saya, dia tersenyum. Itu pun sebentar sahaja, setelah kemudian riak wajahnya kembali mendatar. Suram dan kelam. Hanya keluhan berat dilepaskan. Dahinya berkerut, matanya berair seakan mahu menangis. Namun, cepat-cepat diseka bibir matanya dengan tisu yang sejak tadi begitu kejap dalam genggaman tangannya.

“Saya tak kuat nak menghadapinya. Jadi, jika ianya berlaku saya lebih rela berpisah sahaja sebab tak sanggup nak hadapi dan mentaati suami selepas itu. Nanti, tak pasal-pasal saya masuk neraka. Lebih baik saya hidup sendiri, memang sakit pada mulanya, tapi lama-kelamaan, hilanglah… insyaAllah.” Getusnya lagi, dalam nada ketar antara cemas dan harap menyorot perjalanan hidup yang belum pasti di hadapan. 

“Kerana cemburu?”Pantas saya bertanya. Sebagai seorang wanita sepertinya, bila berbicara tentang topik poligami, saya mengakui bahawa perasaan yang satu ini memang sukar ditolak walau suami sekadar bersenda gurau. Poligami, bagi rata-rata orang perempuan bukan subjek gurauan. 

Bimbang, dalam bergurau ada harapan yang tersimpan. Orang lelakikan…

“Saya ni perempuan kak. Kata orang, bagai mentimun dengan durian. Digolek saya luka, tergolek pun saya juga yang merana.” Luahnya lagi. Saya hanya diam mendengarnya meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Orang lelaki seronoklah! Tapi, kenapa ye kak? Tak ramai suami hari ini yang mahu ikut jejak langkah Rasulullah, setianya baginda, berkahwin lain hanya setelah kewafatan Khadijah?” Tiba-tiba sahaja dia ‘membawa masuk’ sosok mulia ini dalam perbualan kami. 

Buat kesekian kalinya saya tersenyum. Acap kali saya membaca dan mendengar tentang hujah ini digunapakai dalam merujuk kesetiaan Rasulullah SAW bersama Khadijah tanpa kehadiran wanita lain bergelar isteri baginda sepanjang dua puluh tahun lebih perkahwinan mereka. 

KISAH SETIA
“Ukhti tahu makna setia?” Saya bertanya. Alang-alang dia menyebut tentang setia, mungkin berbicara tentangnya dapat membuka mata dan jiwa. 

Dia memandang tepat ke anak mata saya sejurus soalan itu ditanya. Seakan sedikit terkejut dengan soalan yang tiba-tiba. 
“Bagi saya, setia ialah tidak menduakan. Kasih dan sayang hanya pada yang satu, tidak terbahagi ke sana dan sini.” Tulus jawapan yang dilontarkannya pada pendengaran saya.

”Kalau kakak katakan itu bukan maksud yang tepat untuk setia, bagaimana? “ Sekali lagi saya mengasak dengan soalan yang tidak diduganya. Kali ini dia diam, tidak terus memberikan pandangan.
“Kakak katakan, maksud yang ukhti nyatakan tadi hanyalah setia dari sudut emosi dan perasaan semata, kerana ia satu keinginan normal yang diimpikan ramai pencinta tapi ia bukan maksud sebenar setia dalam ertikata iman dan takwa.” Saya cuba menjelaskan seringkas mungkin. 

Mendengar itu, matanya dikecilkan, dahinya dikerutkan. 
“Saya tak faham kak….” Tepat tekaan saya. Dia mahukan penjelasan lanjut tentang setia!

“Cuba ukhti dengarkan dulu kisah menarik ini…” Saya menyambut kata-katanya dan mula bercerita.

WANITA TABAH
Sungguhpun jiwanya pedih saat mengetahui perkahwinan kedua suami, namun dia menerima dengan pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa.

Sedangkan…..

Setiap saat guruh di langit berdentum hebat, tika bumi hampir bah ditimpa hujan lebat, dia memandang ke langit yang tinggi, menadah tangan ke hadrat ILAHI agar suami yang jauh dari mata kerana bekerja di perantauan selamat dan terpelihara dari sebarang bencana.

Bila ditanya mengapa dia pasrah menerima semua itu, dengan tenang dia menutur bicara :

“Kerana bernikah lagi secara sah menurut hukum agama, bukanlah satu perkara aib.”

Orang yang mendengar agak kehairanan lalu dia diasak lagi dengan persoalan yang menyentuh riak rasanya sebagai seorang wanita. Sekali lagi, dia menjawab dengan jiwa kental seorang muslimah mukminah solehah :

“Selama ini saya tidak lelah berdoa kepada ALLAH, memohon supaya suami dipelihara oleh-NYA…lantas, bila mengetahui suami berkahwin lagi, membuatkan saya berfikir, jangan-jangan…..dengan suami bernikah kedua kali ini, adalah cara ALLAH mengabulkan doa saya, menjaga suami dari melakukan maksiat, atau supaya suami saya ada yang merawat nun jauh di perantauan sana…”

SubhanALLAH! 

ITULAH SETIA 
Saya menjeling sekilas ke wajahnya. Kolam air matanya kembali bergenang usai mendengar kisah seorang isteri yang tabah, cekal dan berjiwa besar itu tadi. Kisah yang selalu saya ulangi setiap kali berbicara tentang poligami. Ia satu sisi indah kehidupan penuh misteri ini yang hanya mampu difahami, dicerna dan diterima oleh jiwa yang benar-benar menyerahkan baik buruk perjalanan hidupnya kepada kebijaksanaan ALLAH SWT dan aturan takdir-NYA. Individu sebegini mengerti bahawa usahanya tertakluk kepada qada’ dan qadar ILAHI jua, tidak terkeluar walau seinci pun dari qudrat, iradat dan ilmu-NYA yang tidak terbatas. 

Saya menepuk lembut belakang tubuhnya. Dia menundukkan kepala. Manik-manik jernih mula jatuh, melebar dan membentuk ruang tersendiri di lantai tangga tempat kami berbicara. Tangisannya sedikit pecah dengan sendunya yang menusuk hati wanita saya. 

Mata saya turut basah…

“Ukhti, wanita di dalam kisah kakak tadi menunjukkan contoh setia yang luarbiasa. Dia tidak menyalahkan sesiapa pun di atas semua yang terjadi. Sebaliknya dia menggunakan mata fikir dan mata hatinya sehingga diperlihatkan ‘hikmah’ mengapa berlakunya perkahwinan suami yang dikasihi. “ Saya menjelaskan.

“Tapi kak, di mana nilai setia yang kakak katakana itu? Saya masih kabur….” Perlahan dia mengangkat kepala dan bertanya. Situasi itu amat menggembirakan saya. 

“Dik, setia sebenar bukanlah tidak menduakan. Jika sekadar itu maksud setia, bagaimana pula perkahwinan Rasulullah SAW dengan beberapa sahabiah terkemuka selepas kewafatan Khadijah. Adakah baginda tidak setia? 

Setia yang benar menurut penilaian iman dan takwa ialah menjadikan syri’at ALLAH dan keredaan-NYA sebagai sebab unggul atas kemungkinan segala-galanya. Hati isteri mana yang tidak terluka dengan apa yang berlaku, tetapi dia melihat sisi lebih positif iaitu melihat perkahwinan suaminya sebagai cara ALLAH memakbulkan doa-doanya agar memelihara keselamatan agama dan iman suami. “

IKTIBAR KHADIJAH
“Tentang Khadijah tidak diduakan, kakak pernah mendengar pelbagai takwilan yang berdasarkan logik akal diberikan tentang itu; antaranya, kerana Khadijah, walau dalam usianya yang lebih tua berbanding Nabi, tetap cantik dan menarik pada pandangan mata seorang lelaki. 

Namun, pada kakak, cinta seorang Muhammad Rasulullah terhadap isterinya Khadijah tanpa kehadiran wanita lain di sisi baginda adalah lebih mulia dari sekadar menilai kecantikan dan kejelitaannya. Buktinya, Rasulullah mengenang kebaikan-kebaikan Khadijah yang tiada tandingannya. 

"...dia beriman kepadaku tatkala semua orang mengingkariku, dia memberikan hartanya ketika semua orang menahannya dariku, dan darinyalah aku beroleh zuriat keturunan, tidak selainnya.”
Hakikatnya, satu sudut kebenaran yang kita selalu terlepas pandang ialah tentang keimanan Khadijah yang amat tinggi kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Justeru, tidak mustahil, andai sahaja ada keperluan untuk Rasulullah SAW berkahwin lain ketika Khadijah masih ada, kemungkinan Khadijah menerima dengan rela sangat besar berdasar keimanannya yang tidak dipertikai. 

Apapun, hikmah dari mengapa sepanjang hidup bersama, Khadijah tidak dimadukan, kakak lebih suka kita tinggalkan persoalan itu pada Yang Maha Mengetahui. Apa yang telah ditakdirkan itulah yang terbaik buat perjalanan dakwah nabi yang baru bermula ketika itu.

Wallahu'alam.

Antara susur galur perjalanan hidup Rasulullah dan Khadijah dalam pelbagai riwayat, mari kita belajar untuk mengambilnya dengan berpandukan nas yang benar-benar sahih. Hadis-hadis nabi dengan sanad yang sudah dipastikan kekuatannya tentu sahaja lebih mengatasi sejarah hidup Khadijah untuk kita jadikan hujjah dan panduan. Suami kakak selalu menasihatkan, berpada pada mengambil pengajaran dari kisah yang belum dipastikan kesahihannya dan pada membuat takwilan tentangnya.” Saya berhenti seketika melihat reaksinya.

Kali ini tangisannya sudah mulai reda. Dia merenung jauh dengan mata berkaca tetapi lebih bercahaya. Wajahnya sudah kembali memancarkan sinar. Nampak lebih bersemangat dan ceria. 
“Ukhti, berada dalam alam perkahwinan merupakan satu kelebihan, dengan suami yang masih tidak lupa tanggungjawabnya sebagai pemimpin rumahtangga, itu semua perlu dimasukkan dalam penilaian. Sementara berada di luar perkahwinan pula adalah situasi yang berbeza pula. Menyediakan pilihan untuk keluar dari perkahwinan kerana suami berkahwin lagi, bukanlah satu pilihan yang wajar pada kakak. Perkahwinan merupakan wadah pelengkap sebahagian urusan agama yang tidak wujud jika hidup sendiri. Kunci kelangsungan sesebuah perkahwinan adalah pada komunikasi, berbincang secara telus dan ikhlas meminta petunjuk ILAHI. 

Dik, banyak yang kita rasakan baik belum tentu baik pada hakikatnya. Bertemulah suami ye….bincang dari hati ke hati lebih dulu supaya yang kusut dapat diurai, yang samar dapat dijelaskan.”Saya memberikan pandangan panjang lebar. Cuba untuk memujuk agar wanita manis di hadapan saya ini tidak mengikut gerak rasa semata. 

Dia menganggukkan kepalanya seraya memegang jemari saya tanda terima kasih. Saya membalas dengan senyuman manis. 
Segala puji hanya untuk-MU Ya ALLAH….

BUKAN SEMATA PERASAAN
Akhirnya, sebagai ingatan bersama untuk diri saya dan sahabat-sahabat pembaca khusunya yang bergelar wanita, sebagai perempuan, kita dibekalkan oleh ALLAH SWT dengan kelebihan emosi dan perasaan. Dengannya kita mampu menananggung sakit ketika melahirkan, kita juga mampu bersabar dengan tangisan dan 'perangai' anak-anak yang berencam, dan pelbagai lagi 'mampu' yang terhasil dari kelebihan kurniaan-NYA ini.

Akan tetapi, ingin kuperingatkan diriku dan diri kalian, sahabat-sahabat yang kusayangi atas nama TUHAN Yang Maha Pengasih LAGI Maha Penyayang, banyak ketikanya, perasaan dan emosi ini jugalah yang mengeheret kita kepada lembah kedukaan. Cemburu melulu, iri dan dengki bersatu hingga ada saatnya, ia umpama ledakan gunung berapi; menghambur lava amarah yang amat panas lalu melebur cinta dan belas kasihan menjadi debu berterbangan.

Kala itu, hidup dirundung duka hingga kolam matamu menumpahkan air jernih yang bertali arus.....dan saat itu, perasaan serta emosi bukan lagi aset berharga yang menjadikan dirimu istimewa.

Yakinilah....perasaan dan emosi perempuan tidak cukup untuk menjadikan dirimu teguh mendepani hari mendatang kerana rasa redha dan pasrah terhadap takdir-NYA tidak akan pernah mampu ditatangmampu dipempan sebaiknya oleh perasaan yang dipatri kekuatannya dengan iman dan ketakwaan.
 dengan semata perasaan dan emosi perempuan, tetapi ujian dan kedukaan yang menimpa itu 
Itulah contoh tauladan dari wanita terbaik dunia.

Antara bercerminkan kejelitaan Khadijah dan berpayungkan keimanannya, pilihan kedua adalah yang terbaik buat kita. Berpayung di teduhan iman yang padanya Khadijah dijanjikan syurga oleh ar Rahman.

Justeru, binalah benteng iman itu kala matahari memancar indah, ketika tawa dan riang masih mengulit kehidupan sebelum datang awan mendung yang menumpahkan hujan lebat, kerana ketika itu, hanya dengan benteng iman yang teguh dapat melindungi dirimu dari hanyut dan lemas dek limpahan banjir yang tidak mengenal belas.

Kita sebenarnya sentiasa diuji, baik ia berwajah gembira atau ia tiba dalam rupa sengsara....namun di akhirnya, hanya pemilik emosi yang tunduk pada Yang Maha Pencipta sahaja akan muncul sebagai juara!

Saya abadikan kata-kata ini agar andai suatu masa saya diuji dengan situasi serupa, nasihatilah dan peringatkan saya tentang ini. 

Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Noraslina Jusin

Selamat Dari Azab Kubur

Abu Laith  mengatakan sesiapa yang ingin selamat dari siksa kubur, maka lakukan 4 perkara dan tinggalkan 4 perkara.

Lakukan 4 perkara

1. Solat 5 waku
2. Banyakkan bersedekah
3. Banyakkan membaca Al-Quran
4. Banyakkan bertasbih

Jauhi 4 perkara

1. Berdusta
2. Mengadu domba
3. Khianat
4. Tidak menjaga air kencing (air kencing tidak betul-betul bersih)


Hancurkan Yahudi Dengan Doa

Kita yang tidak mampu untuk pergi berjihad membantu saudara kita di Gaza, jom kita bantu mereka di sana dengan berdoa dan boikot barangan Israel sedaya yang kita mampu.


Lihatlah bagaimana Yahudi mendera anak-anak Muslim Palastin. Kekejaman mereka melepasi sempadan kemanusiaan. Sanggupkah kita melihat mereka diperlakukan begitu sedangkan kita di sini dapat makan dan tidur dengan sempurna. Mereka di sana menderita kehilangan ibubapa, saudara, anak-anak dan sahabat. Bagaimana jika ia berlaku pada kita? Apa yang boleh kita lakukan ialah tunjukkan prihatin dan sokongan kita dengan berdoa dan jauhi dari membeli baang-barang keluaran mereka.

Membeli makanan atau barangan buatan mereka, seolah-olah kita menyumbang kepada pembunuhan saudara Islam kita di sana. Boikot barangan Israel!


QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang di perolehi dari laman web Ustaz Zaharuddin, agar boleh dibaca oleh orang ramai

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka.

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.



Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi


Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. 

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Monday, November 19, 2012

Kenali Siapa Izzudin Al-Qassam

Nama lengkap beliau adalah Muhamad Izzuddin Abdul Qadir al Qassam. Dilahir pada tahun 1882 M di Jabalah, Syria. Datang dari keluarga yang kuat berpegang kepada Islam. Bapanya seorang guru Quran yang mengajar anak-anak di kampung mereka membaca dan menghafal al-Quran. Dia pernah belajar di Universiti Al-Azhar di Mesir ketika berumur seawal 14 tahun dan di sana dia belajar daripada tokoh terkenal, Sheikh Muhammad Abduh. Semasa di zaman menuntut lagi beliau telahpun gigih melakukan usaha dakwah.

Sheikh Al Qassam adalah seorang imam, guru dan juga sheikh Tareekat Ash-Shazaliyah di Jilah Al-Adhamiyah, sebuah wilayah di bahagian utara Syria. Beliau menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk menerangkan kepada umat bahawa tugasnya bukan sekadar asas-asas agama Islam semata-mata tetapi juga menerangkan setiap isu yang menyentuh kepentingan umat dan Negara dari sudut pandangan Islam. Kepimpinannya telah menyedarkan masyarakat untuk kembali kepada Islam. Pentarbiyahan beliau telah berjaya merubah pemikiran masyarakat.
izzudin al qassam Kenali Panglima Izzuddin al Qassam
Semasa perang dunia pertama, dia mengambil bahagian secara aktif di dalam Revolusi Syria memerangi penjajahan Perancis. Revolusi tersebut berakhir dengan berlakunya pertempuran Melson pada tahun 1920.
Perjuangan di Syria menjadi semakin rumit apabila penjajah Perancis menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Beliau yanghanya mempunyai dua pilihan iaitu hukuman mati atau tunduk dengan kehinaan telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Haifa di Palestin. Tujuan lain perpindahannya ke kota Haifa adalah kerana kewujudan pendatang haram Yahudi yang semakin bertambah besar di bumi Palestin.
arrival 300x162 Kenali Panglima Izzuddin al QassamKedatangan pendatang haram Yahudi beramai-ramai dari Eropah.
jews arrival 297x300 Kenali Panglima Izzuddin al Qassam

Kenapa Izzuddin berhijrah ke Palestin?
Izzudin Al Qassam datang ke Palestin sebagai mujahid kerana dia benar-benar memahami rancangan jahat yahudi yang mengerikan yang telah dibuat oleh Organisasi Zionis Antarabangsa di Basel, Swizland pada 29-30hb Ogos 1896. Mereka telah membuat resolusi untuk mendirikan sebuah negara nasional untuk orang Yahudi di Palestin. Beliau juga melihat pakatan sulit antarabangsa yang mendapat sokongan kaum penjajah umumnya dan British khususnya. Sheikh Izzudin juga melihat penghijrahan orang Yahudi secara besar-besaran ke bumi Palestin dan para pemuda Yahudi bersenjata datang dari pelbagai penjuru dunia untuk merebut tanah dengan kekerasan mahupun dengan pujuk-rayu.

Di Haifa dia tinggal di rumah Haji Amin Nuruddin dan bergiat dengan aktiviti mengajar dan berceramah di Masjid An Nasr. Beliau kemudiannya bertugas di Masjid Al Istiqlal iaitu masjid terbesar di Haifa pada masa itu. Pada tahun 1927 dia mendirikan pejabat cawangan  Jam’iyah Asy-Syubban Al-Muslimin (Persatuan pemuda Muslim) di Kota Haifa dan beliau sendiri bertindak sebagai pemimpinnya.
Beliau mengajak para warga Arab Palestin berbincang mengenai ancaman Yahudi ini walaupun ada sebahagian daripada mereka yang mempunyai pendapat yang aneh. Ada di antara mereka yang bepandangan bahawa cukup untuk menghadapi mereka dengan demonstrasi dan sebahagiannya mengatakan cukup dengan perundingan sahaja. Bahkan ada yang pergi ke Britain untuk mencari jalan penyelesaian permasalahan ini.
Selama tujuh tahun digunakan oleh beliau untuk mengadakan hubungan dengan orang ramai, mengenali identiti mereka, mengadakan pembinaan, latihan organisasi dan mempersiapkan mereka untuk berhadapan dengan saat yang bakal menentukan masa depan mereka. Dalam tempoh tersebut beliau menjalankan pelbagai tugasan; guru di sekolah, pembimbing rohani di masjid, pekerja di Pejabat Syariat dan ketua pergerakan. Hubungan dengan berbagai kalangan masyarakat juga mengizinkan beliau memiliki dana kewangan.
old quds 5 300x217 Kenali Panglima Izzuddin al QassamApakah fokus perjuangan Izzuddin al Qassam?
Perjuangannya sangat menitikberatkan kepada tiga perkara utama.
  1. Kewaspadaan terhadap ancaman Yahudi secara berterusan.
  2. Ajakan untuk berjihad.
  3. Memilih orang-orang yang berkualiti dan dibekalkan dengan pemikirian yang benar serta kemahiran ketenteraan.
Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan
  1. Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang, baik yang mempunyai komitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini berubah, maka ia akan menjadi pejuang yang hebat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya untuk memelihara hubungan yang luas.
  2. Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.
  3. Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya. Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraan sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.
  4. Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggung-jawabnya samada lelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama mesti meyakininya dan bangun berjuang.
Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan Yahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahudi telah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskan penyerangannya dan menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan.
Setelah pasukan Inggeris yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempitkan ruang geraknya di Haifa, maka Sheikh Al Qassam bersama enam sahabat rapatnya berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.
Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200 orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapa kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang daripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak dan mencapai keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnya terdiri daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.
Rancangan berjalan sebagaimana yang diharapkan. Di tahun 1935, Izzudin Al Qassam dalam usianya yang telah mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan anggota keluarganya untuk memberitahukan niatnya dan menjanjikan keazaman untuk berjumpa dengan mereka di syurga kelak.
Pasukan Inggeris dengan senjata yang lengkap dan dibantu dengan pesawat tempur telah menyerang pasukan Izzuddin Al-Qassam di Ya’bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin Al-Qassam gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.
Orang-orang Palestin di seluruh negara melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke makam di kampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan permogokan terhadap penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi palestin.
palestine12 213x300 Kenali Panglima Izzuddin al QassamJasa Sheikh Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orang Islam terutamanya di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah), mengabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.
Berbicara mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama Izzudin Al Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yang tersendiri dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad. Jika diamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh besar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah salah seorang tokohnya.
Rujukan :
  • Mohsein M.Soleh. History of Palestine. A Methodical Study of the Palestinian Struggle. Al Falah Foundation. Cairo 2005.
  • Mohsein M.Soleh. Kertas Kerja Seminar Isu Palestin. TTS, Kuala Lumpur 2005
  • Muhammad Sa’id Mursi. Tokoh-tokoh besar Islam sepanjang sejarah. Versi Indonesia Pustaka Al kauthar, Jakarta 2007
  • Mustafa Muhamad Tahhan. Tokoh Pergerakan Islam masa kini. Al Hidayah Publishers, Kuala Lumpur 2002
  • Tareq M. Suwaidan. Palestine – Yesterday, today and tomorrow. Ebbad Co. Kuwait. 2006.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook