Monday, October 15, 2012

Selepas jenazah dikebumi


Tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya, “Akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat”.

Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur padanya “Dipersilakan dengan segala hormatnya, ketahuilah sebenarnya engkau kepadaku sekasih-kasih orang yang berjalan atasku. Oleh itu apabila engkau sampai padaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu”,  kubur itupun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke syurga, lalu datang kepadanya sebahagian dari bau syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya.

Apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur padanya, “Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan. Ketahuilah sesungguhnya engkau padaku adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku. Oleh itu apabila engkau sampai padaku dan diserahkan urusanmu kepadaku hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu”. Kubur itupun menyempit sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya.

Rasulullah SAW bersabda “ Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman syurga atau sebuah gaung neraka” (HR Abu Sa’id).


Jannatul Baqi (perkuburan baqi) berdekatan masjid Nabawi.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook