Monday, October 15, 2012

Umpama bintang di langit


Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a mengorbankan semua hartanya ke jalan Allah, lalu ditanya apa lagi yang tinggal untuknya, dan beliau menjawab: "Allah dan Rasul". Mungkin ada di antara kita yang menyangka beliau akan hidup miskin selepas itu.

Sebenarnya dialah yang paling kaya. Apa lagi yang lebih kaya dari Allah Yang Maha Kaya? Sedang rezeki itu milik Allah yang disalurkan kepada kita, jika dikorbankan sebanyak manapun, pasti Allah menilai dan menggantinya. Itu janji Allah!

Buktinya, ketika diangkat menjadi khalifah, beliau tetap bekerja untuk nafkah keluarganya. Ketika Abu Bakar al-Siddiq diangkat menjadi khalifah, beliau berkata: “Kaumku telah mengetahui bahawa pekerjaanku mencari  nafkah tidak akan melemahkan urusanku terhadap keluargaku, sementara aku juga disibukkan dengan urusan kaum muslimin. Maka keluarga Abu Bakar akan makan dari harta yang aku usahakan ini sedangkan dia juga bersungguh-sungguh bekerja untuk urusan masyarakat muslim.” (Sahih al-Bukhari)

Pengorbanan berkait rapat dengan keimanan. Jika iman lemah, maka lemahlah pengorbanan. Manusia ada peringkat keimanan dan ketaqwaan. Pengorbanan manusia adalah mengikut tahap keimanan dan ketaqwaan masing-masing. Perkara wajib tahap minimal adalah tahap keimanan peringkat awam.

Abu Bakar r.a memiliki tahap keimanan paling tinggi di kalangan manusia yang bukan dari golongan bukan nabi.  Malah diriwayatkan Allah mengangkat darjat Abu Bakar r.a lebih tinggi dari darjat malaikat dari golongan awam.

Abu Bakar r.a berzikir setiap masa sehinggakan apabila beliau memasuki  tandas, beliau akan meletakkan batu di lidahnya supaya berhenti berzikir.

Ingat kata Rasulullah SAW,  para sahabatku umpama bintang-bintang di langit, sesiapa yang mengikuti salah satu dari mereka pasti akan dapat petunjuk.

Ada orang yang memberi  lebihan hartanya ke jalan Allah. Ada yang mengorbankan harta, masa dan tenaganya semata-mata di jalan Allah. Mereka inilah yang dikatakan golongan Assabiqun seperti  firman Allah dalam surah Al-Waqiah, iaitu golongan yang mendahului orang lain dalam mengerjakan kebaikan.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook