Sunday, October 21, 2012

Ibrahim bin Adham menangis


Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam.

Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Nota :  Ibrahim Adham adalah seorang raja Bukhara yang akhirnya meninggalkan istana setelah berlaku beberapa insiden. Beliau menuju ke Baghdad dan membina sebuah bangsal dan menyara hidup dengan menjual kayu api. Beliau telah mempelajari Tarekat Chistiyah daripada Fudail bin Iyad yang  mempelajarinya daripada Hasan Basri (Rahmatullahi alaih) yang berasal daripada Sayyidina Ali dan daripada Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wa Sallam).


No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook