Thursday, October 25, 2012

Gunung Uhud Mencintai Rasulullah


Gunung Uhud mencintai Rasulullah SAW dan begitu juga sebaliknya. Menziarahinya kita akan mengambil hikmah mengenang pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam.  Uhud terletak kira-kira 7 km dari Madinah. Ia tidak bersambungan dengan banjaran gunung-gunung lain, nama Uhud sendiri bermaksud tersendiri.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Di sinilah bersemadinya para syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal. tahun ke 3 hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraish. Perang Uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini  berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Gunung Uhud.
Kaum Quraish menyediakan 3.000 pasukan, 200 diantaranya pasukan berkuda yang gagah di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Sedangkan Rasulullah ketika itu hanya mampu mengumpulkan 700 orang setelah 300 orang lainnya memilih mundur karena hasutan Abdullah Ubay, tokoh munafik  Madinah. Sebanyak 50 orang pasukan pemanah di tempatkan di gunung Uhud di ketuai oleh Abdullah bin Jabir.

Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.

Nabi Muhammad SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Dalam peperangan ini tentera Islam mengalami kekalahan, nabi sendiri cedera dan patah giginya.  Perang Uhud meninggalkan pengajaran yang bernilai kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang kepentingan taat kepada ketua serta tidak mudah terpesona dengan harta.

Tahun 46 H, Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar  hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian di Gunung Uhud terlongsor. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam Sayyidina Hamzah dan Abdullah bin Jahsy hingga jasad keduanya nampak di permukaan. Diriwayatkan, jasad keduanya masih kelihatan utuh meskipun telah 43 tahun dikebumikan.

Bahkan luka di badan Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Jasad keduanya dimakamkan kembali tak jauh dari makam 68 syuhada Uhud lainnya. Makam keduanya diberi tanda batu-batu hitam yang mengelilingi makam.

Sebuah riwayat juga menceritakan Rasulullah pernah menaiki puncak Uhud bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.

Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda, “Diamlah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah. 

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook