Saturday, October 20, 2012

Epal jauhkan anda dari doktor


Naa...bagi sesiapa yang takut jumpa doktor, cubalah makan epal tiap-tiap hari. Pepatah Inggeris mengatakan "an apple a day will keep you away from doctor". Apa signifikannya epal pada tubuh badan kita? Jom kita baca petikannya.

1. Epal mengandungi Vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun. Kekurangan Vitamin C dalam diet akan menyebabkan sistem ketahanan badan menjadi lemah dan melambatkan proses penyembuhan, mudah lebam dan mengalami gusi berdarah.

2. Mencegah Penyakit Jantung. Kandungan epal yang kaya dengan flavonoid dapat membantu mencegah penyakit koronari jantung dan kardiovaskular. Flavonoids juga sangat terkenal dengan kesan antioksidan.

3. Kurang kalori. Saiz epal yang biasa mempunyai 70 hingga 100 kalori. Makan epal untuk menggantikan jajan atau chocolate akan menyebabkan keinginan terhadap makanan tersebut hilang kerana epal mengandungi gula tetapi kalorinya lebih kecil.



4. Mencegah Kanser.  Kandungan dalam epal dapat mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kolon, kanser prostat dan kanser payudara di kalangan wanita.
  
5. Epal mengandungi fenol, yang mempunyai efek berganda ke atas kolesterol. Ia mengurangkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik. Epal menghalang kolesterol LDL daripada bertukar menjadi LDL teroksida, satu bentuk kolesterol jahat yang sangat berbahaya yang boleh membawa maut.

6. Mencegah kerosakan gigi. Kerosakan gigi adalah jangkitan yang serius yang merosakkan struktur gigi, yang mana penyebab utamanya adalah bakteria. Jus epal mempunyai ciri-ciri yang boleh membunuh sehingga 80% bakteria. Jadi, jika kita memakan sebiji epal sehari juga akan menjauhkan kita dari doctor gigi.

7. Melindungi otak. Apple mempunyai bahan yang dipanggil fitonutrien. Fitonutrien  menghalang penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer dan Parkinson.

8. Epal menyebabkan paru-paru lebih sihat. Satu penyelidikan di Universiti Nottingham menunjukkan bahawa orang yang makan 5 epal atau lebih seminggu mempunyai masalah pernafasan yang lebih rendah, termasuk asma.

Subhanallah, setiap yang Allah jadikan itu tidak sia-sia. Pasti mempunyai manfaatnya sendiri. 

2 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi infor. Izinkan saya panjang2kan n kongsi ilmu dgn org lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan....supaya dpt memberi manfaat pd semua

      Delete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook