Serlahkan kejelitaan anda

Wednesday, October 10, 2012

Cara membuat air penawar


Insyaallah, mudah-mudahan sebagai jalan ikhtiar, mari kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik-baik, khususnya untuk kesihatan, kecerdasan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin.

Amalan ini disadur dari facebook ustazah Norhafizah. Beliau merujuk dalam kitab ‘Dua’ al-solihin’ ( doa orang-orang soleh), karangan Syeikh Abi al-Fida’ Muhammad ‘Izzat A’rief, Dekan Pusat Pengajian Arab untuk perubatan cara Nabi dan herba Asia Barat.

Alhamdulillah, dengan niat yang suci, keyakinan kita kepada Allah dan berkat ayat-ayat al-Quran, mudah-mudahan sangat mustajab.

Caranya: Baca ayat-ayat di bawah ini dan hembuskan pada air minuman yang bersih.
1. Surah al-Fatihah : 17 X
2. Ayat Kursiy : 17 X
3. Surah al-Ikhlas : 17 X
4. Surah al-Hasyru, ayat 21-24 : 17 X

Sebaiknya air penawar ini kita minum 3 hari berturut-turut tanpa minum air jenis lain. Insyaalah, kita berusaha, Allah jua yang Memustajabkan. Mengikut Ustazah Norhafizah Kadang-kadang ustazah doa dulu sebelum bagi anak-anak minum:

" Ya Allah...aku ibu yang lemah, banyak khilaf dan salah. Aku mohon keampunanMu ya Allah, atas setiap rezeki yang telah ku suap ke dalam mulut anak-anakku hingga menjadi darah daging mereka. Barangkali, ada yang tidak jelas ( syubhah), ada yang kotor, ada yang tidak berkhasiat untuk tubuh badan dan akal fikiran mereka. Ampnkan aku Ya Allah, aku bermohon agar Engkau sucikan tubuh badan mereka dari segala yang memberi mudarat, berikan mereka kesihatan yang terbaik, kecerdasan dan kefahaman dalam segala urusan agama, kekuatan hafazan dan segala yang terbaik untuk mereka."

Sama-samalah kita doa agar anak-anak kita menjadi hamba Allah yang soleh, tidak tertimpa musibah pada agama mereka.

Wallahua'lam.




1 comment:

  1. Terima kasih yer. Saya dah buat untuk anak saya yang cirit birit aritu. Alhamdulillah..mujarab Allah berikan.

    ReplyDelete

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook