Wednesday, October 31, 2012

Taufan Sandy pengajaran untuk New York

Photo: Taufan Sandy dari satelit...Tabarakallah!
Taufan Sandy dari Satelit. Subhanallah

Taufan Sandy yang menyerang beberapa kawasan terutamanya New York dan New Jersy yang diisytihar Barrack Obama sebagai bencana teruk telah menyebabkan New York lumpuh, bandar bergelap dan pasaran saham New York ditutup 2 hari, buat pertama kali selepas tahun 1881. Taufan Sandy menyebabkan lebih kurang 50 orang kehilangan nyawa setakat ini.

Pasti tidak ramai yang bersimpati bagi sebuah negara double standard seperti Amerika Syarikat terutamanya negara-negara dari timur. Negara yang cuba menjadi polis dunia dan berat sebelah itu telah beberapa kali menerima bencana yang diutus Tuhan Rabbul Jalil, yang Maha Mengatur. Ia satu tamparan hebat bagi sebuah negara yang banyak muslihat dalam menjatuhkan, memusnah dan membunuh ribuan penduduk negara Islam. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini Amerika dan negara-negara yang yang bersekongkol dengannya tanpa rasa bersalah menghina Nabi Muhammad SAW melalui pelbagai saluran media.

Kata seorang sahabat dalam media sosial:

Taufan yang melanda menjadi sebab:
Kemusnahan buat golongan yang zalim..
Pembelaan terhadap golongan yang dizalimi..
Cetusan Hidayah buat para Pencari Tuhan..
Taubat Nasuha buat para pendosa..
Keyakinan teguh di dalam hati para mukminin...

Maha Hakimnya Allah...satu tindakan namun maksud, sasaran dan tujuannya pelbagai..



Keajaiban Solat Khusyuk


Dalam sebuah perjalanan (permusafiran), Rasulullah SAW bersabda kepada Saidina Bilal r.a : ARIHNA YA BILAL..."Rehatkanlah kami wahai Bilal". Maksud Rasulullah itu ialah supaya Bilal melaungkan azan kerana waktu solat telah masuk dan setelah itu Baginda dan para sahabat akan solat jamaah bersama. Dalam ertikata yang lain azan adalah seruan untuk mendirikan solat dan solat itu adalah kemuncak kerehatan dan ketenangan bagi orang-orang yang beriman.

Subhanallah! Tabarakallahh!

Kajian-kajian PERUBATAN dan PENEMUAN SAINS ribuan tahun selepasnya melaporkan bahawa apabila solat seseorang itu berada dalam keadaan khusyuk, maka merembeslah di dalam dirinya hormon yang dinamakan ENDORFIN.. rasa khusyuk dan bahagia itu membuatkan produksi hormon Endorfin seseorang semakin bertambah. Ia membawa kesan yang menenangkan bagi tubuh seseorang. Kalau tubuh kita banyak menghasilkan Hormon Endorfin, secara automatis hati dan tubuh kita menjadi sangat rileks, rehat dan amat tenang. Wallahu a'lam.



Tuesday, October 30, 2012

Jangan pukul anak kecil yang menangis

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w.



Ketika anak-anak berumul dalam lingkungan 0-6 tahun, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Wallahua'lam

Monday, October 29, 2012

KHASIAT CUKA EPAL

"Allah meletakkan keberkat dalam cuka, ia telah digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh hadrat Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja Nabi s.a.w suka kepada cuka.

 Jabir menceritakan:Suatu hari Rasulullah mengajak saya ke rumahnya.dihidangkan roti.baginda bertanya: 'Adakah apa-apa perasa?"sahabat menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah perasa yang baik." hadrat Jabir berkata:Aku suka kepada cuka sejak aku mendengar daripada baginda s.a.w". hadrat Naf'a berkata:Aku pula menyukai cuka sejak aku dengar daripada Jabir." (hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, Nasa'i)

Apabila kita mengambil cuka epal, ia akan menghilangkan kelesuan badan dan boleh dirasai perbezaannya dengan pantas dalam masa beberapa jam sahaja. Selepas minum cuka apple maka air kenciing anda akan lebih jernih. Anda juga boleh melakukan ujian menggunakan kertas litmus iaitu kertas yg digunakan untuk menguji tahap pH. bermakna sebelum minum cuka apple air kencing anda berasid dan selepas minum cuka apple air kencing anda lebih berakali.

Daging,ikan,telur,minyak kelapa,hijau,cuka, dan makanan lain-lain yang berkhasiat bertindak seperti ubat utk hati. Sebahagian ahli perubatan dari timur percaya bahawa tekanan perasaan atau dikenali sebagai stress adalah akibat daripada hati. Cuka adalah detokfikasi untuk bersihkan hati.


Dari dahulu lagi cuka dan madu telah digunakan dalam perubatan untuk kesihatan manusia sejagat.cuka apple sangat berguna untuk melarutkan deposit kalsium yang menyakitkan dalam badan, untuk sakit sendi seperti arthritis dan masalah lain-lain lagi. Antara kelebihan cuka apple adalah :

1. Memecahkan lemak dalam badan
2. Melancarkan laluan darah
3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman
4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
5. Melawaskan usus kecil dan besar
6. Bertindak sebagai Anti alergi, Anti septik, Anti anemia, Anti ulcer
7. Menghilangkan masalah jerawat.
8. Menyahkan penyerapan dan pengumpulan lemak.
9. Menambah metabolisma di bahagian badan tertentu.
10. Menyingkir air yg berlebihan . (Pemparitan Limfatik)
11. Menguat dan melembabkan kulit dan menegangkannya.
12.Merawat selulit.
13. Membuang lemak yang berlebihan dibahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti bonggolan-bonggolan.
14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
16. Mengandungi anti oksidan yg menjaga kesihatan jantung.
17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis iaitu boron pada mineral tulang
19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
20. Mengawal berat badan ke paras ideal
21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya.

Thursday, October 25, 2012

Tidak Dikenali di Bumi Tetapi Terkenal di Langit

Uwais adalah satu-satunya lelaki yang disebutkan namanya oleh Nabi SAW  walaupun baginda tidak pernah bertemu beliau.

Satu hari, Umar ibn Khattab, Abu Bakar, Ali dan sahabat lain sedang duduk dengan Rasulullah SAW di masjid apabila SAW Nabi berkata kepada mereka, "Esok, seorang lelaki akan masuk dari pintu ini untuk bersolat di antara kamu dan dia adalah seorang ahli Syurga. "

Abu Hurairah menceritakan bahawa pada hari berikutnya dia bergegas untuk solat subuh di masjid dan berdiri di saf pertama dengan harapan bahawa dia menjadi orang yang Nabi SAW telah katakan pada hari sebelumnya. Terdapat ramai lagi para sahabat lain yang berdiri bersama beliau yang juga mempunyai harapan yang sama.

Nabi SAW melaksanakan solat Subuh dan kemudian duduk. Para sahabat tidak sabar-sabar untuk mengetahui siapakah lelaki penghuni syurga itu, namun ia masih tidak menampakkan yang Nabi SAW akan menyatakannya. Jadi mereka duduk dan menunggu  seketika manakala setengah daripada mereka terpaksa pergi, tetapi yang lain masih lagi ada yang menunggu. Ini termasuk Abu Hurairah, Abu Bakar, Ali, dan Umar.

Beberapa ketika kemudian, datang kepada nabi seorang lelaki yang begitu miskin, bajunya lusuh dan koyak. Nabi SAW segera berdiri dan tersenyum menyambut lelaki itu. Lelaki itu lalu meminta Nabi SAW berdoa untuknya. Rasulullah SAW mengangkat tangannya dan berdoa dengan berkata, "Ya Allah  kurniakanlah lelaki ini kedudukan paling tinggi di syurga Firdaus bersama denganku." Sebaik sahaja lelaki itu meninggalkan mereka, Abu Hurairah bertanya kepada Nabi SAW "Adakah dia orangnya?! "" Ya, "jawab Rasulullah SAW.

"Tetapi ya Rasulullah, dia tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, bagaimana  dia terpilih?" Tanya Abu Hurairah. "Hai Abu Hurairah," kata Nabi SAW. "Apa yang boleh aku  lakukan untuk dia jika takdirnya di dunia ini menjadi seorang yang miskin? Kedudukannya pada hari akhirat  adalah seperti seorang raja. Wahai Abu Hurairah, mereka ini adalah orang yang sangat bertakwa di sisi Allah, ikhlas, selalu lapar, mukanya berdebu, tidak dikenali di bumi ini, tetapi sangat terkenal di langit. Jika mereka ingin berkahwin, tiada siapa yang ingin berkahwin dengan mereka. Dan jika mereka mendapat sakit, mereka tidak menyebarkan  penyakit kepada sesiapa (kerana mereka bersendirian), dan jika mereka menghadiri sesuatu majlis mereka tidak dirasai, dan jika mereka meninggalkan, tiada siapa kisah, dan apabila mereka mati, tiada siapa yang menghadiri pengebumian. Orang-orang ini bagaimanapun, tidak dilupakan oleh Allah dan mereka sangat tinggi darjatnya. "

"Ya Rasulullah, ceritakan aku salah seorang daripada mereka," kata Abu Hurairah.
"Aku akan khabarkan kamu tentang Uwais Al Qarni," jawab Rasulullah SAW. Para Sahabat memandang di antara satu sama lain, masing-masing cuba untuk ingat jika mereka tahu lelaki bernama Uwais. Mereka tidak tahu bahawa baginda sedang bercakap tentang seorang lelaki yang akan mereka temui beberapa tahun selepas Nabi SAW wafat.

"Beliau adalah seorang lelaki dengan ketinggian sederhana, miskin, dengan kulit yang sangat gelap. Aku dapat melihatnya meletakkan tangan kanannya pada lengan kirinya dan menangis kerana beliau membaca Al-Quran. Dia memakai jubah bulu lusuh, "kata Nabi SAW tersenyum seakan-akan baginda melihat beliau sebagaimana Malaikat Jibril menerangkan kepadanya. "Pada bahu kirinya, terdapat tanda putih saiz dirham yang mana itu adalah kesan penyakit. Beliau tidak diketahui di kalangan penduduk bumi tetapi dikenali di langit. Tanda terbesar beliau adalah beliau sangat prihatin terhadap ibunya. Apabila dia berdoa, Allah akan perkenankan. Dia akan datang bersama orang lain pada hari kiamat untuk memasuki Syurga, tetapi dia ditahan. Apabila dia bertanya mengapa, Allah memberitahunya dia boleh membawa sesiapa saja yang dia mahu ke Syurga bersamanya  sebanyak 200,000 orang "

  “Wahai Ali dan Umar, sekiranya kamu dapat berjumpa dengan lelaki ini, mintalah dia berdoa untukmu dan mintalah supaya Allah mengampunkanmu,” kata Rasulullah SAW.

Gunung Uhud Mencintai Rasulullah


Gunung Uhud mencintai Rasulullah SAW dan begitu juga sebaliknya. Menziarahinya kita akan mengambil hikmah mengenang pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam.  Uhud terletak kira-kira 7 km dari Madinah. Ia tidak bersambungan dengan banjaran gunung-gunung lain, nama Uhud sendiri bermaksud tersendiri.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Di sinilah bersemadinya para syuhada Perang Uhud seramai 70 orang. Perang Uhud berlaku pada 3 Syawal. tahun ke 3 hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraish. Perang Uhud berlaku kerana orang Quraisy ingin membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Ia dinamakan Perang Uhud kerana peperangan ini  berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Gunung Uhud.
Kaum Quraish menyediakan 3.000 pasukan, 200 diantaranya pasukan berkuda yang gagah di bawah pimpinan Khalid bin Walid. Sedangkan Rasulullah ketika itu hanya mampu mengumpulkan 700 orang setelah 300 orang lainnya memilih mundur karena hasutan Abdullah Ubay, tokoh munafik  Madinah. Sebanyak 50 orang pasukan pemanah di tempatkan di gunung Uhud di ketuai oleh Abdullah bin Jabir.

Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib telah mati dibunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.

Nabi Muhammad SAW berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang.

Dalam peperangan ini tentera Islam mengalami kekalahan, nabi sendiri cedera dan patah giginya.  Perang Uhud meninggalkan pengajaran yang bernilai kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang kepentingan taat kepada ketua serta tidak mudah terpesona dengan harta.

Tahun 46 H, Gunung Uhud pernah dilanda banjir besar  hingga menyebabkan tanah di beberapa bahagian di Gunung Uhud terlongsor. Salah satu tempat yang terjejas adalah makam Sayyidina Hamzah dan Abdullah bin Jahsy hingga jasad keduanya nampak di permukaan. Diriwayatkan, jasad keduanya masih kelihatan utuh meskipun telah 43 tahun dikebumikan.

Bahkan luka di badan Hamzah itu masih mengalir darah segar seperti jasad orang yang baru saja meninggal. Jasad keduanya dimakamkan kembali tak jauh dari makam 68 syuhada Uhud lainnya. Makam keduanya diberi tanda batu-batu hitam yang mengelilingi makam.

Sebuah riwayat juga menceritakan Rasulullah pernah menaiki puncak Uhud bersama Abu Bakar Assidhiq, Umar ibn Khathab dan Utsman bin Affan. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergetar.

Rasulullah lalu menghentakkan kakinya dan bersabda, “Diamlah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah. 

Wednesday, October 24, 2012

Doa Makbul di Hari Wukuf

Image055


Hari ini para Jemaah haji akan mula wukuf di Arafah. Dianggarkan hampir 3 juta Jemaah haji dari 150 negara akan berkumpul di Arafah, di mana kumpulan yang paling ramai adalah dari Negara Indonesia, India, Pakistan, Mesir dan Turki. Waktu wukuf bermula dari Zohor hingga matahari tenggelam.

Padang Arafah terletak lebih kurang 9 km dari Makkah. Wukuf adalah kemuncak ibadah haji, jika tidak mengerjakan wukuf, maka tidaklah ada haji baginya.

Ada riwayat menyatakan, kehadiran malaikat dan Allah Taala turun ke langit serendah-rendahnya menyaksikan jemaah yang wukuf di Arafah.

Rasulullah SAW bersabda: “Mengerjakan haji adalah satu jihad. Perjuangan yang hebat dan besar adalah perjuangan melawan hawa nafsu. Di dalam ibadah haji, menentang hawa nafsu menjadi ujian terbesar jika hendak mencapai haji mabrur. Sesungguhnya hawa nafsu sekiranya tidak dikawal ia akan mendorong manusia ke lembah kejahatan dan kemungkaran.”

Doa termakbul
Banyakkan berdoa pada waktu wukuf, kerana di situ Allah Taala turun ke langit serendahnya untuk bertemu dan menyaksikan hamba-hamba-Nya yang ingin berjumpa dengan-Nya, mendengar segala doa dan permohonan hamba-Nya, dan memakbulkan segala doa-doa mereka. Bahkan Allah memuji kepada hamba-Nya yang datang berwukuf di Arafah untuk menggapai rahmat dan keampunan-Nya.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penghuni langit dan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.” (Riwayat Imam Ahmad)

Amalan yang digalakkan kita yang tidak menunaikan ibadah haji lakukan pada hari wukuf ialah berdoalah kepada Allah segala yang dihajati bagi kehidupan.

Daripada Saidatina Aisyah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada suatu hari di mana Allah Taala paling banyak membebaskan hamba-Nya dari neraka selain dari hari Arafah.” (Sahih Muslim)

Berpuasa pada hari Arafah, adalah digalakkan sebagai amalan terbaik dan dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia tidak kurang juga yang berpuasa pada hari Arafah untuk mendapat ganjarannya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.”

Banyakkan bertaubat dan beristighfar, tinggalkan maksiat dan dosa pada hari Arafah, serta mengharapkan keampunan dan rahmat-Nya. Kerana maksiat adalah punca seseorang terhalang daripada mendapat rahmat Allah.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak suka apabila seseorang hamba-Nya melakukan perkara yang ditegah-Nya.” (Muttafa ‘Alaih)


Setelah matahari terbenam, Jemaah haji akan bergerak ke Muzdalifah, kedudukannya adalah di pertengahan antara Arafah dan Mina. Kemudian Jemaah akan ke Mina untuk melontar jamrah pada keesokan harinya.

Tuesday, October 23, 2012

Jangan Menghampiri Zina

Tahukah kita bahawa sesungguhnya Allah melarang kita dari melakukan perbuatan yang menghampirkan diri kita kepada zina.

Firman Allah dalam surah Al-Isra' : 32

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلا

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)

Allah melarang kita melakukan perbuatan-perbuatan yang menghampirkan kita kepada zina, contohnya; Berdua-duaan dengan lelaki dan perempuan. 

Berhubungan antara lelaki dan perempuan melalui telefon dan media sosial atas hal-hal yang tidak penting juga patut dielakkan.

Larangan menyentuh wanita yang bukan muhrim:
Sabda Rasulullah SAW : "Sekiranya kepala salah seorang dari kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu". (Hadis Riwayat At-Tabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)

Larangan memandang yang haram:

Adapun dalil pendapat Jumhur ulama yang menyatakan haram memandang secara mutlak adalah :
Surah An-Nuur :31, Allah berfirman :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menundukkan pandangannya”.

Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini bahwa ayat ini merupakan dalil akan haramnya wanita memandang kepada selain mahram. (Tafsir Ibnu Katsir 3/345).

Dan berkata Muhammad Ibnu Yusuf Al-Andalusy dalam Tafsirnya (Tafsirul Bahrul Muhit : 6/411) dan Imam Asy-Syaukany (Fathul Qodir : 4/32) : “Bahwa surah An-Nuur ayat 31 ini sebagai taukid (penguat) ayat sebelumnya yaitu An-Nur ayat 30, bahwa hukum laki-laki memandang kepada selain mahram adalah haram secara mutlak maka begitupun hukum wanita memandang kepada selain mahram adalah haram secara mutlak pula”.




"Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya.  Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya." (al-Naa’ziaat : 40-41)

Inikah penyanyi lagu Laukana bainana?


Siapakah penyanyi laukana bainana?

(Abdulrahman Mohammed)

Iramanya yang asyik serta susunan liriknya yang indah sampai ke jiwa membuatkan kita teringat-ingat akan Rasulullah, pengorbanan, perjuangan dan kejerihan baginda dalam mengembangkan ajaran Islam.  Kalaulah kami di beri kesempatan berada denganmu ya Rasulullah, pasti jiwa menjadi harum......







Puisi

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Lagu

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai perawat hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.



Ini pula lagu Abdulrahman Mohammed yang bertajuk Sollu ala khir al anam (berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia; Muhammad Rasulullah SAW). Sungguh menyentuh kalbu, muzik dan suara yang merdu untuk berdakwah.



Monday, October 22, 2012

10 Fakta Menarik Tentang Kelahiran


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Hipokritkah aku?


Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi .. Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih … Bayangkan benda ini berlaku pada anda ..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah .. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam .. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun .. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu ” .. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri .. Daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam 

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “ Ok Pak Imam , saya dah halau SEMUA yang hipokrit , sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat ” .. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah ..

Macam mana .. Adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas .. Selain terhibur anda fikirkanlah …

“ Lawak kan , dari 1,000 orang yg mengaku dia Islam , hanya 20 yg betul-betul BERIMAN … “

“ Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya .. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun .. Dia tak kata pun nak bunuh .. Tapi generasi sekarang .. Amat lemah .. Baru kena ugut terus lari lintang pukang .. Lupa yang dia tak sembahyang jumaat lagi .. ”

“ Lawak , ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja .. Tu pun bila time sembahyang jumaat .. Tunjuk muka kat orang kampung .. Ada tu lagi dashyat setahun 2 kali jaa .. Bila time sembahyang raya .. ”

" Lawakkan , ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran ”

“ Lawakkan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara , akhirat adalah tempat yang kekal , tapi berlumba-lumba mengejar dunia .. ”

“ Lawak , kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai .. Tak cukup masa .. "

Dan lebih lawak lagi , bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama Lawak kan ?? Kenapa ? Gelak tu kan realiti ..


Nota: Cerita di atas bukan milik saya. Saya cuma menyebarkan atas permintaan penulisnya. Walaupun ia agak sinikal tapi terkandung peringatan untuk diri kita sendiri. Hidup ini sementara, jangan sampai kita termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi dan menzalimi diri sendiri.

Berjalan kaki 5,700km untuk tunaikan haji

 


SARAJEVO - Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

"Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya," kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

"Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari. Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

"Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya," ujar Senad.

"Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya," tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji. - AFP

Sumber : Kosmo online

Pesanan Terakhir Rasulullah


Khutbah ini adalah pesanan Rasulullah SAW yang terakhir kepada umatnya, disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah (tahun 632 M) di Lembah Uranah, Gunung Arafah  ketika Nabi Muhammad SAW melaksanakan haji widak. Haji widak adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam sejarah umat Islam, kerana ia adalah haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Ramai umat Islam berada dengan Nabi SAW ketika baginda menyampaikan Khutbah terakhir.

Sesungguhnya makna yang terdapat dalam khutbah ini memang mengagumkan, menyentuh akan hak Allah ke atas manusia dan nilai kemanusiaan yang harus dimiliki oleh setiap insan. Walaupun Nabi SAW telah wafat, kata-kata beliau masih hidup di dalam hati kita.

Setelah memuji dan mengucapkan kata syukur kepada Allah, Nabi Muhammad SAW berkata:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik pesanku ini, aku tidak tahu sama ada selepas tahun ini, aku akan bertemu lagi dengan kamu. Oleh itu dengarkan apa yang akan aku katakan kepada anda baik-baik dan ingatlah pesanku dan sampaikan kepada sesiapa yang tidak ada di sini pada hari ini

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, hari ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan menyakiti sesiapa supaya tiada siapa yang akan menyakiti kamu.

Ingat bahawa kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, dan bahawa Dia akan menghitung segala amal-amal kamu. ALLAH telah mengharamkan riba (faedah), maka segala urusan yang melibatkan riba akan dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

 Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU”.


8 kegunaan cuka epal


1. Memulihkan keletihan akibat bersukan
Sukan dan latih-tubi yang berlebihan dan tekanan melampau keatasnya boleh menyebabkan asid laktik terbina di dalam badan, yang seterusnya menyebabkan keletihan. Menariknya, asid amino yang terkandung dalam cuka epal boleh bertindak sebagai penawar. Lebih dari itu, cuka epal mengandungi kalium dan enzim yang boleh melegakan perasaan letih. Tambah satu atau dua sudu cuka epal ke dalam segelas air dan rasakan kesegarannya.

2. Memutihkan gigi
Cubalah berkumur dengan cuka epal di pagi hari. Cuka membantu membuang kotoran, memutihkan gigi, dan membunuh bakteria di dalam mulut dan gusi anda. Berus seperti biasa selepas anda berkumur. Berus gigi anda dengan baking soda seminggu sekali. Ini akan membantu membuang kotoran dan memutihkan gigi anda.


3. Perut bermasalah
Hirup sedikit air yang dicampur cuka epal. Jika jangkitan bakteria adalah punca kepada berlakunya cirit-birit, cuka epal boleh membantu mengurangkan masalah kerana ia mempunyai sifat antibiotik. Apatah lagi, beberapa pakar perubatan tradisional mengatakan bahawa cuka epal mengandungi pektin, yang boleh membantu melegakan kekejangan usus.

4. Tersedu
Ambil satu sudu teh cuka epal. Rasanya yang masam boleh menghentikan sedu.

5. Mencegah Ketidakhadaman
Jika anda tahu anda akan menikmati makanan yang boleh membuatkan anda mengalami masalah ketidakhadaman, anda boleh cuba remedi ini. Tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu teh cuka epal ke dalam segelas air suam dan minum 30 minit sebelum anda makan.

6. Kekejangan kaki di waktu malam
Tambah 2 sudu cuka epal dan sedikit madu ke dalam segelas air dan minum untuk mengurangkan kejang kaki waktu malam.

7. Hidung tersumbat
Campurkan satu sudu teh cuka epal ke dalam segelas air dan minum. Ini membantu mengurangkan hidup tersumbat dan masalah resdung.

8. Sakit tekak
Sebaik sahaja anda rasa kegatalan di tekak, campurkan ¼ cawan cuka epal dengan ¼ cawan air panas dan berkumur setiap jam. Kebanyakan kuman tidak boleh hidup dalam persekitaran berasid.

Sunday, October 21, 2012

25 Wasiat Luqman Hakim Kepada Anaknya

Luqman Hakim adalah seorang ahli hikmah yang dikurniakan kebijaksanaan oleh Allah SWT. Daripada fatwa yang disampaikan oleh Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr:

“Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt di dalam ayat 12, surah Luqman: “DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)”.

Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu: 

1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.

7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.

9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.

12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.

15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah swt.

18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20. Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah swt.

21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.

24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

Sumber : cahayamukmin.blogspot.com

Ibrahim bin Adham menangis


Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam.

Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya.

Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?"

Nota :  Ibrahim Adham adalah seorang raja Bukhara yang akhirnya meninggalkan istana setelah berlaku beberapa insiden. Beliau menuju ke Baghdad dan membina sebuah bangsal dan menyara hidup dengan menjual kayu api. Beliau telah mempelajari Tarekat Chistiyah daripada Fudail bin Iyad yang  mempelajarinya daripada Hasan Basri (Rahmatullahi alaih) yang berasal daripada Sayyidina Ali dan daripada Rasulullah (Sallallahu Alayhi Wa Sallam).


Raikan perlbagai kejayaan; Zulfahmi pelihara akidahnya di saat kejayaan


Di sini saya ingin berkongsi pandangan dari seorang bekas wartawan mengenai kejayaan yang negara kita raih dalam bidang sukan baru-baru ni. Kejayaan yang paling popular dan diraikan ramai orang ialah kejayaan pasukan Kelantan mengalahkan pasukan ATM. Namun di sebalik keseronokan ini ada kisah menarik tentang anak muda kita yang kukuh mempertahankan akidahnya dari dicemari. Lihat apa kata wartawan yang dikenali dengan Norman Liverpool. 

Di saat Chua Soi Lek menghina Islam
ZULFAHMI PELIHARA AKIDAHNYA DI SAAT KEJAYAAN

Bersyukurlah minggu yg penuh pelbagai cerita. Di saat Chua Soi Lek dan kuncu2 tidak putus-putus menghina Islam, Zulfahmi menjadi penyelemat apabila memelihara akidahnya daripada meraikan kemenangan dgn simbahan air arak. Yg pelik kita sebagai tuan rumah mengapa perlu membiarkan air arak dijadikan aturcara sedangkan ia bukan diwajibkan.

Pelbagai cerita, org Kelatan seronok dgn kejayaan pasukannya. Badminton pula Lee Chong Wei berjaya bergelar Juara Denmark. Harimau Muda pula muncul juara kejohanan bolasepak Piala Newspaper.Cuma rasanya kejayaan pasukan Kelantan itu adalah lebih baik ganjarannya seperti pakej Umrah dan Haji sudah mencukup (yg bukan Islam berikan RM 25 ribu)i. Kalau setiap kali menang nak beri tanah adalah lebih baik tanah itu diberikan kpd rakyat yg memerlukan. Kalau pemain import takkan nak berikan tanah juga.

Islam tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yg selalu mengecewakan Islam. Seperti apa yg dilakukan Zulfahmi ia adalah contoh terbaik kita pertahankan akidah atau agama kita. Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina.

““Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka jgnlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayai kamu, dan jgnlah sekali-kali (syaitan) yg pandai menipu, memperdayakan kamu dari Allah.”

Kita jadikan perlakuan Zulfahmi sebagai contoh terbaik utk anak Islam yg berjaya di pentas dunia sekalipun kerana org yg bersyukur di saat kejayaan dipandang tinggi oleh Allah. Akhir kata dari saya, ikutilah org kerana kebenaran, jgn ikuti kebenaran kerana org. Pelajarilah yg benar, agar engkau tahu siapa yg benar.”


Saturday, October 20, 2012

Yang meluaskan rezeki dan menyempitkannya

Dan berikanlah kepada kaum kerabatmu, orang miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing. Janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau.

Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat sangat kufur kepada Tuhannya.

Dan jika engkau terpaksa berpaling (daripada membelanjakan harta kerana belum berkemampuan), kerana mengharapkan rahmat daripada Tuhanmu, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu (kedekut), dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya engkau akan menjadi tercela dan menyesal.

Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan dia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya Dia Maha Mendalam pengetahuan-Nya dan lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

(Al-Isra' : 26 - 30)


Dan hendaklah engkau merendah diri


Tuhanmu telah memerintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu-bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata): "Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih-sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada dalam hati kamu. Kalaulah kamu orang yang bertujuan baik mematuhi perintah-Nya, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat.

(Al-Isra' : 22 - 25)

Sesiapa yang menjaga ibubapa, syurga terbentang di hadapan mereka.

Epal jauhkan anda dari doktor


Naa...bagi sesiapa yang takut jumpa doktor, cubalah makan epal tiap-tiap hari. Pepatah Inggeris mengatakan "an apple a day will keep you away from doctor". Apa signifikannya epal pada tubuh badan kita? Jom kita baca petikannya.

1. Epal mengandungi Vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun. Kekurangan Vitamin C dalam diet akan menyebabkan sistem ketahanan badan menjadi lemah dan melambatkan proses penyembuhan, mudah lebam dan mengalami gusi berdarah.

2. Mencegah Penyakit Jantung. Kandungan epal yang kaya dengan flavonoid dapat membantu mencegah penyakit koronari jantung dan kardiovaskular. Flavonoids juga sangat terkenal dengan kesan antioksidan.

3. Kurang kalori. Saiz epal yang biasa mempunyai 70 hingga 100 kalori. Makan epal untuk menggantikan jajan atau chocolate akan menyebabkan keinginan terhadap makanan tersebut hilang kerana epal mengandungi gula tetapi kalorinya lebih kecil.



4. Mencegah Kanser.  Kandungan dalam epal dapat mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kolon, kanser prostat dan kanser payudara di kalangan wanita.
  
5. Epal mengandungi fenol, yang mempunyai efek berganda ke atas kolesterol. Ia mengurangkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik. Epal menghalang kolesterol LDL daripada bertukar menjadi LDL teroksida, satu bentuk kolesterol jahat yang sangat berbahaya yang boleh membawa maut.

6. Mencegah kerosakan gigi. Kerosakan gigi adalah jangkitan yang serius yang merosakkan struktur gigi, yang mana penyebab utamanya adalah bakteria. Jus epal mempunyai ciri-ciri yang boleh membunuh sehingga 80% bakteria. Jadi, jika kita memakan sebiji epal sehari juga akan menjauhkan kita dari doctor gigi.

7. Melindungi otak. Apple mempunyai bahan yang dipanggil fitonutrien. Fitonutrien  menghalang penyakit neurodegenerative seperti Alzheimer dan Parkinson.

8. Epal menyebabkan paru-paru lebih sihat. Satu penyelidikan di Universiti Nottingham menunjukkan bahawa orang yang makan 5 epal atau lebih seminggu mempunyai masalah pernafasan yang lebih rendah, termasuk asma.

Subhanallah, setiap yang Allah jadikan itu tidak sia-sia. Pasti mempunyai manfaatnya sendiri. 

Keutamaan amal pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah

Amal pada Sepuluh Hari Pertama Bulan Dzulhijjah paling dicintai Allah.

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tidak ada satu amal shaleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal shaleh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun." (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Diampunkan dosa
Pada hari Arafah yang jatuh pada tanggal 9 Dzulhijjah adalah disunatkan berpuasa. Pada hari itu jamaah haji diwajibkan melakukan wukuf yang merupakan puncak ibadah haji. Sedangkan bagi umat Islam yang tidak sedang menjalankan ibadah haji di sunatkan melakukan puasa arafah yang keutamaannya dapat menghapus dosa selama dua tahun.

سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (HR. Muslim)


Pahala Amal di Hari-hari itu dilipatgandakan baik siang atau malam hari.

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ أَنْ يُتَعَبَّدَ لَهُ فِيهَا مِنْ عَشْرِ ذِى الْحِجَّةِ يَعْدِلُ صِيَامُ كُلِّ يَوْمٍ مِنْهَا بِصِيَامِ سَنَةٍ وَقِيَامُ كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْهَا بِقِيَامِ لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Tidak ada hari-hari yang lebih disukai Allah untuk digunakan beribadah sebagaimana halnya hari-hari sepuluh Dzulhijjah. Berpuasa pada siang harinya sama dengan berpuasa selama satu tahun dan shalat pada malam harinya sama nilainya dengan mengerjakan shalat pada malam lailatul qadar. (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Baihaqi)

Tentu saja, ada pengecualian untuk puasa pada tanggal 10 Dzulhijjah karena pada hari itu diharamkan berpuasa.



Friday, October 19, 2012

Tak wajib pakai tudung?


Ada seorang ustaz kata  pakai tudung tak wajib. Maksudnya bukan pakai tudung tu wajib, tutup aurat tu yang wajib. Kalau tak ada tudung, boleh je pakai apa-apa pun asalkan menutup aurat. Contohnya kain sarung ke, tikar mengkuang ke, tudung saji ke... :)

Pakai tudung tapi kalau pakai ketat-ketat tak ada bezanya. Jangan takut pandangan manusia pada kita, tapi takutlah pandangan Allah pada kita. Islam itu bermula dengan asing dan di akhirnya juga kembali asing. Hanya insan terpilih yang benar-benar berada di jalan-Nya.

Cuba muhasabah diri, ada tak kita ni tersilap memilih pakaian untuk menutup aurat dan tanpa kita sedar rupa-rupanya kita sekadar membalut aurat? Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Firman Allah dalam al-Quran tentang pakaian menutup aurat:
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

(Surah An Nuur : 31 )


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan pakaian ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Surah Al Ahzab : 59)


 Rasulullah SAW pernah bersabda “Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian”

Akhir sekali, tepuk dada tanya iman. Sejauh mana kita sanggup melanggar syariat Allah, sejauh itulah juga lemahnya iman kita. Awas jika kita melakukan dosa tapi sedikit pun tak merasa bersalah dan berdosa pada Tuhan. Ia petanda kita sedang mengalami krisis iman yang teruk. Jangan jadikan belum dapat hidayah atau belum sampai seru sebagai alasan. Hidayah bukan dinanti, tapi patut dicari.




Wednesday, October 17, 2012

Bukankah hidup ini sebuah perjalanan menuju akhirat?


Hidup ini ibarat putaran roda. Kadang-kadang kita di atas, ada masanya kita berada di bawah. Sewaktu di bawah, carilah sebanyak mungkin hikmah yang tersembunyi, moga ia menjadi panduan untuk kita meneruskan perjalanan hingga ke garis penamat. Bukankah hidup ini sebuah perjalanan menuju akhirat? 

Bila di bawah, Allah berkata-kata dengan kita dengan taburan hikmah-Nya yang harus dilihat dengan matahati. Perbanyakkan beristighfar, semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidup kita. 

Sesusah manapun, jalanilah takdir hidup ini dengan tabah. Kita hanyalah hamba kepada Khaliq (Pencipta). Apapun bentuk kesusahan yang ditimpakan, tidak ada hak untuk kita menyoal kenapa mesti kita yang dipilih untuk melaluinya. Hanya DIA yang tahu apa dan mengapa. 

Kesusahan adalah tanda Allah menyayangi hamba-Nya. Jika kita sabar dan redha dengan takdir-Nya Allah akan mengangkat darjat kita lebih hampir padanya. InsyaAllah. Banyakkan amalan untuk mendekatkan diri pada-Nya.



Tuesday, October 16, 2012

Selamatkah dunia tanpa sempadan?


Hari ini saya memantau fb anak saya yang masih bersekolah. Agak terkejut bila mendapati banyaknya like page yang kandungannya sangat-sangat tidak sesuai untuk didedahkan kepada anak-anak yang masih dalam fitrah bersih dari dosa.   Banyak page-page kena di unlike supaya mesej-mesej yang tidak sesuai tidak dipaparkan lagi dalam wall.

Nampaknya cabaran membesarkan anak di zaman cyber ini makin besar. Ia sesuatu yang perlu difikirkan bagaimana untuk menanam mekanisma ketahanan diri pada diri anak-anak supaya tidak mudah dirosakkan fikiran mereka dalam meneroka dunia tanpa sempadan.

Satu tulisan yang saya petik dari Ustazah Noraslina Jusin : Sesungguhnya, dunia maya tanpa sempadan yang semakin melebarkan sayapnya hari ini menjadi cabaran yang sangat besar kepada kita dan generasi akan datang dalam mujahadah dan usaha menjadi seorang muslim/ah yang benar-benar beriman dan jujur dalam amalan.

Seorang muslim/ah yang menjaga batas pergaulannya di luar, berkemungkinan menjadi seorang muslim/ah yang 'bebas' di alam maya. Gaya percakapan dan perkataan yang digunakan, walau tanpa suara ketika berchatting, bermesej dan seumpamanya dengan lawan jenis, acap kali menjadikan syaitan tertawa besar kerana berjaya menjadi 'yang ketiga' antara mereka berdua.

Ada juga muslimah yang berjaya menjaga penampilan di alam sebenar, tetapi gagal mengekalkan kesempurnaan itu di dunia tanpa wayar. Kecenderungan untuk meraih perhatian dan pujian ramai, tanpa sedar menjadikan diri mereka fitnah kepada sebahagian mata-mata lelaki yang buas dan liar.

Justeru itu, buat ibu bapa yang memiliki anak-anak yang juga mempunyai akaun fb sendiri, ambillah ruang masa memantau aktiviti anak-anak kita di alam maya ini kerana kemungkinan nilai yang dipraktikkan mereka di 'sini', bertentangan dengan apa yang kita terapkan di alam realiti. ALam internet mengubah mereka menjadi 'manusia' lain dengan karektor dan penampilan yang mungkin memeranjatkan kita sebagai ibu bapa.

Namun, usah lupa untuk memulai dengan diri kita sendiri. Sesungguhnya, diharapkan kejujuran kita pada kedua-dua alam ini menghadirkan barakah buat tuntunan anak-anak yang kita kasihi sepanjang perjalanan hidup mereka di dunia ini. ameen.


Dosa Meninggalkan Solat Fardhu


1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber: http://khaulah-azwar.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook