Tuesday, July 31, 2012

Taman zikir dan kebun ilmu


Orang yang di dalam dadanya ada taman keimanan dan zikir, dan di dalam fikirannya ada kebun ilmu dan pengalaman, maka keduniaan yg tidak kesampaian tidak pernah membuatnya bersedih.

Photo

Ibu Lahirkan Kembar 7, Namun Pemerintah China Hanya Benarkan 1 Sahaja Untuk Hidup


Jinan Huang, seorang ibu berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 7 di Shanghai, China. Wanita itu ketika ini berada dalam keadaan stabil setelah melalui proses melahirkan kesemua bayi itu yang memakan masa 31 jam, diberikan kesempatan selama 1 minggu oleh pihak berkuasa China untuk memutuskan 1 bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan kelak.

Ibu Lahirkan Kembar 7, Namun Pemerintah China Hanya Benarkan 1 Sahaja Untuk Hidup

“Saya bersama suami belum memutuskan sebarang pilihan lagi,” ujar Jinan yang ditemui wartawan beberapa minit setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua.

Dia adalah bayi paling berat dan oleh sebab itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak dapat menjaga kami ketika tua ini.”

“Sudah tentu kami tidak menginginkan untuk membesarkan walau seorangpun dari dua bayi perempuan yang lahir,” suami Jinan menambahkan. “Untuk hal ini kami sudah yakin.”

Ke 6 bayi lain yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai dengan ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak peraturan ‘Satu Keluarga Satu Anak’ dikuat-kuasakan pada tahun 1983,pemerintah China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, dimana ia dilarang dengan pesalah akan dikenakan hukuman mati di China.

“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” Ujar Jinan

Akan Ku Buru Iman


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah.

Ya, bak kata kumpulan Raihan, kita tak akan dapat memiliki iman jika tidak kembali pada Allah. Begitu juga dengan diriku, seorang insan cukup sempurna Allah ciptakan namun masih mencari-cari, di mana imanku. Apakah masih bersisa iman di dadaku atau yang tinggal hanyalah debunya saja, yang bakal di tiup angin-angin leka duniawi. Ahh.., iman oh iman, penting sangatkah iman ini? Hebatkah kita jika punya iman di dada, bahagiakah?.

Photo

Aku pelik dengan sahabat-sahabat sekeliling. Kak Yana, Zafirah dan Khadijah. Dari bergemulang dengan dosa, sekelip mata berubah begini. Dengan tudung labuhnya, sarung kaki, serta pergaulan semuanya dijaga rapi. Apabila di tanya, jawab mereka, ingin menjaga iman dan hati. Ahh, lagi-lagi iman!..

"Kak Yana, maniskah iman itu?..best ke kalau dapat iman itu?. Boleh cerita tak?  Saya nak bayangkan, " Tanyaku ingin kepastian. Masakan tidak, aku tidak pernah merasa apakah iman itu? Manis, pahit, gembira , bahagia, tenang.. Semua belum pernah ku rasai dan sedikit pun aku tidak tahu ada apa dengan rasa iman. Cuma yang pernah ku dengar berkaitan iman, semuanya positif-positif belaka!.

Kak Yana tersenyum manis memandangku dengan lesung pipit di pipi. Ayu sekali dengan tudung labuh litupnya!

"Sayangku Amani, akak tak boleh nak gambarkan betapa manisnya iman yang akak rasakan sekarang, Amani kena gapai sendiri iman itu dan rasakan manisnya. Cuma, akak boleh ceritakan di sini, bila kita lakukan semua benda hanya semata-mata mendapat redha-Nya, menjaga hati dan iman kerana Allah, Ya Allah, indah rasanya."

"Kita rasa tak sabar nak dating dengan Allah selalu, tertunggu-tunggu bila masuknya waktu solat, kadang-kadang bila kita terpandang kalam Allah, Al-Quran, terasa tersangat rindu dengan ayat-ayatnya, bila baca satu helai, nak baca lagi sehelai, bila sudah baca dua helai, nak baca tiga helai pula. MasyaAllah, sungguh bahagia bila kita selalu rindukan Allah."

"Saat berada di sekeliling rakan-rakan yang sama-sama cintakan agama, kita rasa sangat gembira. Satu persaan yang sangat menyenangkan. Zikirullah ibarat terapi jiwa dan minda, kita bencikan perbuatan dosa yang kita pernah lakukan, benci sebencinya, dan terasa hati kita sentiasa inginkan kebaikan, walau sekecil-kecil pahala. Bila kita melakukan dosa secara sengaja mahu pun tidak, hati terasa tak tenang serta gelisah selagi tidak bertaubat, walaupun dosa itu kecil saja. Sungguh sayangku, Amani kena rasai sendiri betapa manisnya iman itu."

Kak Yana tersenyum manis lagi padaku. Panjang sungguh huraian Kak Yana. Sungguh, aku sukar percaya, wanita di hadapanku sekarang ialah wanita yang pernah mengajakku keluar malam, berpesta suka ria, menghabiskan masa melakukan perkara sia-sia, bercouple sana sini. Aku kagum. Kagum dengan perubahannya, mencari redha Allah dengan menjaga iman.

"Habis tu Kak Yana, macammana saya nak dapatkan iman tu? Rasa teringin pula bila dengar cerita akak." Tanyaku lagi, tersengih-sengih malu. Aku malu, masakan tidak, Kak Yana tahu bagaimana perangaiku, ada hati teringin merasa manisnya iman. Namun ku tahu, demi ilmu dan agama, malu ku tolak ke tepi.
Jawapan Kak Yana mudah tapi padat.

"Bertaubat dahulu. Tinggalkan perbuatan dosa, lakukan perbuatan yang menyumbang pahala, Sentiasalah rasa menyesal dalam diri atas perbuatan dosa kita, dan tanamkan rasa bahagia, gembira dan seronok dalam melakukan perbuatan baik. Sentiasa punya tekad untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan demi Allah. Allah pun akan sayang kita jika kita melakukan semuanya kerana Dia."

"Dia Maha melihat, Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah, Amani akan rasa kemanisan iman itu datang sedikit demi sedikit. Ikhlaskan semuanya kerana Allah, hati, lisan dan perbuatan. Cuma, akak berpesan, bila sekali sudah merasa manisnya iman itu, jangan pernah kita rasa cukup. Hati manusia ini Allah jadikan lembut, mudah goyah dengan bisikan syaitan. Sentiasalah topup diri kita walaupun kita dah rasa ilmu agama dalam diri kita sudah steady dan baik. Allah sentiasa sayangkan hambanya yang sentiasa berkejar mencari redha-Nya. InsyaAllah"

Terasa hatiku berdegup laju, sebak di dada. Betulkah Allah sayangkan aku. Kalau Allah sayangkan aku, mengapa aku masih lagi begini?. Ajal maut tak menunggu aku walaupun sesaat. Tidak, Aku harus melakukan sesuatu. Allah berikan aku nyawa, dan haruskah aku menggunakan nyawaku, hayatku untuk perkara sia-sia? Allah berikan nyawa untuk ku pada-Nya.

Astaghfirullah, ampunkan aku ya Allah atas segala dosaku dalam mensia-siakan umur yang diberikan-Mu. Akan ku kembali pada-Mu Ya Rabb. Akan ku rasa manisnya iman itu. Tunggu, akan ku buru mu iman!

Antara ujian masalah dan ujian kejayaan


Mengurus masalah itu lebih mudah daripada mengurus kejayaan. Kesan apabila gagal mengurus kejayaan ialah sombong, ego, lupa diri, muflis, dibenci, tamak, rasuah, pecah amanah dan seumpamanya. Kesannya jauh lebih besar dan memberi impak kepada orang sekeliling dan masyarakat.

Monday, July 30, 2012

Siapa lelaki DAYUS itu?


Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :

 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن. 

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Kehidupan Zuhud Nabi Muhammad S.A.W


Suatu ketika Rasulullah SAW bersumpah akan berpisah dengan isteri-isterinya selama satu bulan, sebagai peringatan bagi mereka kerana kurang biasa mengikuti kehidupan beliau yang zuhud. Selama sebulan beliau tinggal seorang diri dalam sebuah kamar sederhana yang letaknya agak tinggi.

Terdengar kabar di kalangan para sahabat bahwa Nabi SAW telah menceraikan semua isterinya.
Ketika Umar bin Khatab mendengar kabar ini, segera ia berlari ke masjid. Setiba di sana, ia melihat para sahabat sedang duduk termenung, mereka bersedih dan menangis. Juga kaum wanita, mereka menangis di rumah-rumah mereka.


Kemudian Umar pergi menemui putrinya, Hafshah, yang telah dinikahi oleh Rasulullah SAW. Umar pun mendapati Hafshah sedang menangis di kamarnya. Dia kemudian bertanya kepada Hafshah, “Mengapa engkau menangis? Bukankah selama ini aku telah melarangmu agar tidak melakukan sesuatu yang dapat menyinggung perasaan Rasulullah SAW?” Hafshah tak menjawab apa-apa, dia terus menangis.

Umar lalu kembali ke masjid, terlihat olehnya beberapa orang sahabat sedang menangis di mimbar. Kemudian dia duduk bersama para sahabat, lalu berjalan ke arah kamar Nabi Muhammad SAW, yang terletak di tingkat atas masjid. Umar mendapati Rabah, sahabat yang selalu mengikuti Rasulullah, dan dia meminta kepada Rabah agar memohonkan izin kepada Rasulullah untuk menemuinya.

Rabah menghadap Nabi SAW, kemudian kembali dan memberitahukan bahwa dia telah menyampaikan permohonan izin Umar, namun Nabi SAW hanya diam. Permintaan untuk menjumpai Nabi SAW diulang beberapa kali, hingga ketiga kalinya barulah Nabi Muhammad SAW mengizinkan Umar untuk naik menghadapnya.

Ketika masuk, Umar melihat Nabi SAW tengah berbaring di atas sehelai tikar yang terbuat dari pelepah daun kurma, sehingga pada badan Nabi SAW yang putih bersih itu terlihat jelas bekas-bekas guratan daun kurma. Di tempat kepala beliau ada sebuah bantal yang terbuat dari kulit binatang yang dipenuhi daun dan kulit pohon kurma.

Selepas mengucapkan salam kepada beliau, Umar kemudian bertanya,” Apakah Tuan telah menceraikan isteri-isteri Tuan, ya Rasulullah?” Nabi SAW menjawab, ‘Tidak.”

Umar sedikit lega, lalu dia mengatakan,”Ya Rasulullah, kita adalah kaum Quraisy yang selamanya telah menguasai wanita-wanita kita. Tetapi setelah kita hijrah ke Madinah, keadaannya sungguh berbeza dengan orang-orang Ansar. Mereka telah dikuasai wanita-wanita mereka sehingga wanita-wanita kita terpengaruh dengan kebiasaan kaum Ansar.” Nabi SAW tersenyum mendengar perkataan Umar.

Umar pun Menangis.

Umar lalu memperhatikan keadaan kamar Nabi SAW. Terlihat tiga lembar kulit binatang yang telah disamak dan sedikit gandum di sudut kamar itu, selain itu tidak terdapat apa pun. Umar menangis sesenggukan melihat keadaan Nabi yang seperti itu.

Tiba-tiba Rasulullah SAW bertanya kepada Umar, “Mengapa engkau menangis, wahai Umar?”
“Bagaimana saya tidak menangis, ya Rasulullah. Saya sedih melihat bekas tanda tikar di badan Tuan yang mulia dan saya prihatin melihat keadaan kamar ini. Semoga Allah SWT mengkaruniakan kepada tuan bekal yang lebih banyak.

Orang-orang Parsi dan Romawi yang tidak beragama dan tidak menyembah Allah, tetapi raja mereka hidup mewah. Mereka hidup dikelilingi taman yang di tengahnya mengalir sungai, sedangkan engkau adalah Rasul Allah, tetapi engkau hidup dalam keadaan sangat miskin,” kata Umar bin Khaththab.

Mendengar jawaban Umar, Rasulullah SAW bangun dan berkata, “Wahai Umar, sepertinya engkau masih ragu mengenai hal ini. Dengarlah, kenikmatan di alam akhirat tentu akan lebih baik daripada kesenangan hidup dan kemewahan di dunia ini. Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti. Di sana kita akan mendapatkan segala-galanya.”

Kata-kata Nabi “Jika orang-orang kafir itu dapat hidup mewah di dunia ini, kita pun akan memperoleh segala kenikmatan tersebut di akhirat nanti” tentu tidak dimaksudkan untuk mengatakan bahawa keadaan di akhirat, dalam hal ini di syurga, sama dengan “kenikmatan tersebut”. Kerana, dalam sebuah hadis dikatakan, kenikmatan di syurga itu sungguh luar biasa, belum pernah kita lihat dan kita dengar sebelumnya, bahkan kita bayangkan saja belum.

Mendengar sabda Nabi, Umar merasa menyesal. Lalu dia berkata, “Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah SWT untuk saya. Saya telah bersalah dalam hal ini.”

Rasulullah SAW membesarkan hati sahabatnya itu. Umar pun merasa lega.

Kehidupan beliau yang zuhud itu pun menjadi salah satu keutamaan beliau yang sebelumnya sering disalah ertikan oleh para isterinya. Dan setelah kejadian itu, Rasulullah menasihati para isterinya akan kepastian janji-janji Allah SWT di yaumul akhir. Para isteri itu pun akhrinya menyesali perilaku mereka dan memperbaharui kesetiaan mereka kepada Rasulullah SAW bahawa, apa pun yang terjadi, mereka semua memilih ikut Rasulullah SAW, termasuk untuk hidup zuhud.

Sumber: http://www.madinatulilmi.com/

Saturday, July 28, 2012

AWAS peminat air soda


Ramai orang suka minum air soda. Jom kita lihat apa kesannya kepada kesihatan tubuh badan kita.



Friday, July 27, 2012

Kelebihan bersahur


7 Kelebihan Bersahur Di Bulan Ramadhan

1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat

2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur

4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas

5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar

6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur

Kisah benar : Rahsia kebahagiaan hidup seorang ustaz


Kesempatan ini izinkan saya berkongsi kisah untuk dijadikan pedoman bersama..(KISAH BENAR)

Kisah seorang bekas pesara guru (ustaz sekolah rendah) bersama isteri (surirumah sepenuh masa) dan 7 orang cahayamata (3 lelaki dan 4 perempuan).

Setelah bersara dari dunia perguruan, ustaz meneruskan khidmat kepada masyarakat setempat dengan ditauliahkan sebagai imam satu di kawasan kediaman beliau. Manakala isteri beliau hanya menjual kuih muih secara kecil-kecilan. Sejak muda dan setelah berumahtangga, ustaz dan isteri mengamalkan kehidupan yang sederhana. Anak-anak dibekalkan dengan ilmu dunia akhirat yang mencukupi. Ustaz dan isteri amat disenangi oleh penduduk setempat dan saudara mara. 



Kini, ustaz dan isteri sudah tersenyum puas dengan kejayaan anak-anak mereka. Seorang bergelar DOKTOR, 2 orang JURUTERA, 2 orang PENSYARAH, seorang PENGANALISIS KOMPUTER dan seorang PEGAWAI BANK. Anak-anak ustaz bukan saja cemerlang akademik tetapi juga cemerlang dari segi akhlak. Baik hati, lemah lembut, bertanggungjawab dan amat menghormati orang.

Walaupun anak-anak beliau berjaya dalam kerjaya, tetapi mereka tidak bermewah dari segi pakaian, barangan emas jauh sekali. Ustaz juga mempunyai 10 buah rumah yang dibeli tanpa pinjaman bank. Setiap tahun ustaz dan isteri akan ke tanah suci Mekah menunaikan umrah dan mengerjakan Haji di musim Haji. Tetapi mereka tetap mengamalkan kehidupan yang sederhana. Ustaz dan isteri juga pernah dianugerahkan Ibubapa Mithali peringkat daerah.

Tentu sahabat semua tertanya-tanya apa rahsia ustaz tersebut boleh memperoleh semua kesenangan di dunia yang setiap kita impikan.... sebagai orang yang dekat dengan ustaz, hasil pemerhatian saya dan apa yang dicerita sendiri oleh ustaz.... renung-renungkan.

Sejak saya mengenali ustaz 8 tahun yang lalu beliau seorang yang kuat beramal ibadat, merendah diri, pemurah, berlemah-lembut dalam percakapan, penyayang, baik hati, amanah dan beliau juga sangat cintakan ilmu - beliau boleh berbahasa arab dengan fasih walaupun tidak mendapat pendidikan formal dalam subjek tersebut. Dan apabila ditanya apa rahsia beliau mendapat kemurahan rezeki (harta, anak yg baik dan berjaya serta kesihatan tubuh badan, umur beliau hampir 70thn). Ini jawapannya...

1) Ikut suruhan Allah (ibadat wajib)

2) Solat malam (sering ditekankan, ustaz & isteri tidak pernah meninggalkan solat malam sejakmuda )

3) Membaca Al-Quran (sejak thn 84, beliau telah khatam sebanyak 200 kali. Beliau sentiasa bersama Al-Quran di masa lapang)

4) Mengeratkan silaturrahim (sering menziarahi sanak saudara, pada hari raya wajib bagi ustaz sekeluarga berkonvoi ke rumah saudara mara dan juga tanah perkuburan)

5) Berpuasa Sunat

6) Memuliakan tetamu (belum sampai 5 minit tetamu sampai, ustaz dan keluarga akan pastikansekurang-kurangnya air tersedia di hadapan tetamu. Apa saja makanan yg ada dalam simpanan, akan dikeluarkan untuk tetamu-asalkan makanan tersebut masih boleh dimakan)

7) Menjaga hati jiran tetangga

8) Tidak memburukkan dan membuka aib orang lain

9) Bersedekah (terutama kpd kanak2)

10) Menghargai rezeki yang Allah kurniakan (walaupun hanya sekeping biskut)

Inilah petua dan nasihat yg sering ustaz tekankan di setiap sessi ceramah beliau ataupun dalam perjumpaan keluarga.

Moga ianya menjadi pedoman dan panduan buat kita semua. Wassalam.

sumber: www.Halaqah.net
Pengirim : aisyahkhadijah

Friday, July 20, 2012

Tazkirah Ramadhan


Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, hati merasa gembira dengan kedatangannya,bulan yang penuh berkat maka marilah kita sama2 meningkatkan amal ibadat kita kepada Allah Ta'ala.Marilah kita berazam di bulan ini

1- Bulan yang kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah agar diampunkan segala dosa kita.
2- Kita banyakkan berzikir, beristighfar berselawat dan seumpamanya, kita tetapkan zikir kita umpama ingin berzikir 10 ribu sehari atau mengikut kemampuan masing-masing.
3- Sekurang-kurangnya kita khatam Al Quran sekali sama ada secara tadarus atau sendirian dalam sembahyang atau luar sembahyang.
4- Bangunlah pada waktu malam bertahajjud dan munajat di malam hari kepada Allah.
5- Banyakkan bertafakur dan berkhalwah dengan menumpukan tawajjuh kepada Allah agar hati kita tunduk kepada-Nya.
6- Jagalah anggota kita daripada maksiat terutama maksiat mata dan lidah.
7- Infaklah harta pada jalan Allah dalam keadaan ikhlas.
8- Berbuka dan bersahurlah dalam keadaan mengikut sunnah dan jauhkan daripada pembaziran.
9- Sempurnakan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan witir
10- Jangan abaikan ilmu dengan mendengar tazkirah dan seumpamanya.


 Rebutlah banyak kelebihan yang ditawarkan oleh Allah di bulan Ramadhan serta tingkatkan ibadat terutama pada 10 malam terakhir.


Tazkirah dari Ustaz Mustaffa Kamal

Wednesday, July 18, 2012

Kisah Umar Al-Khattab di akhir hayatnya


Saya sangat teruja dengan kehebatan tokoh khalifah sahabat Rasulullah SAW yang mana takwa mereka begitu mantap dan kecintaan mereka kepada Allah begitu tinggi. Ikuti kisah Umar Al-Khattab di saat akhir hayatnya yang saya petik dari fb Pak Latib...satu hari saya akan cuba dapatkan Novel Pak Latib tentang kisah Umar Al-Khattab untuk menyusuri dasar takwa dan keimanannya dalam meneruskan risalah Rasulullah SAW menebarkan Islam ke pelusuk dunia.
***



Pada 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Umar al Khattab dibunuh oleh Abu Lu’lu’ dalam masjid ketika menjadi imam sembahyang subuh. Setelah menikamnya sebanyak 6 kali maka Abu Lu’lu’ cuba melarikan diri namun dihadang oleh ahli jemaah yang berada dibelakang Umar al Khattab. Abu Lu’lu’ yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam 13 orang sebelum membunuh diri.

Dalam keadaan luka parah dan menahan kesakitan Umar al Khattab menyuruh Abdul Rahman Auf menjadi imam sembahyang. Selesai sembahyang baru mereka mendapatkan Umar al Khattab yang sedang terbaring berlumuran darah.

“Siapa yang menikamku?” tanya Umar al Khattab.

“Abu Lu’lu’ hamba Mughirah Syu’bah,” jawab Abdullah.

“Syukur kepada Allah kerana aku tidak dibunuh orang Islam,” ujar Umar al Khattab.

Datang seorang tabib cuba memberikan rawatan. Kemudian diberinya minum tetapi minuman itu keluar dari perutnya yang luka.

“Wahai Amirul Mukminin, sudah tiba masanya,” kata tabib itu.

Orang ramai menangis tetapi ditegah oleh Umar dengan berkata.
“Jangan kamu menangis. Nabi bersabda orang yang mati terazab dengan tangisan keluarganya.”

Kemudian Umar al Khattab memanggil anaknya Abdullah supaya menemui Aisyah isteri Rasulullah saw mohon kebenaran disemadikan bersebelahan dengan kubur baginda. Aisyah membenarkan dengan berkata . “Sebelum ini aku telah menyimpan tempat itu untuk aku tetapi hari ini aku menyerahkannya kepada Umar.”

“Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan akan melantik Abdullah bin Umar sebagai pengganti?” tanya Al Mughirah.

“Demi Allah, aku haramkan keluarga dari jawatan ini…” jawab Umar al Khattab.
Kemudian Umar al Khattab menamakan 6 orang sebagai calun khalifah mereka ialah Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas. Mereka akan dipilih oleh ahli majlis syura.

Kemudian Umar al Khattab memberi wasiat kepada anaknya Abdullah bahawa beliau mempunyai hutang sebanyak 8 ribu dirham. “Jual semua hartaku untuk membayarnya. Jika tidak cukup kamu yang membayarkannya.”

Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Umar al Khattab. Kemudian beliau berkata. “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui tuhannya.”

Jenazah Umar al Khattab disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan dengan kubur Rasulullah saw dan Abu Bakar as Siddiq.

Orang yang turun ke liang lahad adalah Uthman Affan, Sa’id bin Zaid, Suhaib bin Sinan dan Abdullah bin Umar.

Kubur tiga sahabat sejati itu sentiasa dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini. Setelah menziarahi dan berdoa di makam Nabi Muhamad saw dan Abu Bakar teruslah berdoa untuk Umar al Khattab pula.

“Salam sejahtera ke atasmu wahai yang menzahirkan Islam secara terang-terangan. Salam sejahtera ke atasmu wahai yang telah diberi gelaran al Faruq yang memisahkan antara yang benar dan salah, salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang dan engkaulah yang menjadikan agama Islam kuat dan gagah. Maka terima lah salam sejahtera serta rahmat dari Allah ke atasmu.”


Friday, July 6, 2012

Imam Muda bercinta selepas kahwin


Cinta selepas kahwin: Ulfah, pelengkap hidup Imam Muda Hassan

BIBIT perkenalan dan percambahan cinta di antara suami isteri ini bukanlah seperti hubungan cinta yang diamalkan kebanyakan muda-mudi.

Walaupun tidak pernah dibuai perasaan cinta sebelum berkahwin, namun akhirnya, Mohd Hassan Adli Yahaya, 27, atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan, berjaya Bibit perkenalan dan percambahan cinta di antara suami isteri ini bukanlah seperti hubungan cinta yang diamalkan kebanyakan muda-mudi.

Walaupun tidak pernah dibuai perasaan cinta sebelum berkahwin, namun akhirnya, Mohd Hassan Adli Yahaya, 27, atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan, berjaya membuktikan cinta selepas kahwin sangat indah dan membawa keharmonian.

Memilih insan bernama, Fardatul Ulfah, 25, sebagai pelengkap hidupnya pada 17 Februari lalu, ternyata pasangan ini masih dibuai cinta.

Kemesraan jelas terpancar dari riak wajah mereka walaupun tidak mengambil masa yang lama untuk membina hubungan yang diredhai.

"Saya memang tidak mahu bercinta kerana saya ingin bercinta selepas kahwin. Saya ingin menikmati saat indah itu bersama isteri saya.

"Itu juga adalah cara Rasulullah SAW mengenali Siti Khadijah. Walaupun Rasulullah mengenali Siti Khadijah, namun mereka tidak pernah bercinta.

Sebab itulah Rasulullah amat menyayangi Siti Khadijah dan mengambil masa selama lima tahun setelah kematian isterinya untuk berkahwin lain.

"Saya ingin terapkan kepada muda-mudi, bercintalah selepas kahwin kerana ia lebih indah berbanding cinta sebelum kahwin," kata Juara Imam Muda 2 ini.

Bercerita mengenai bibit perkenalan mereka, Hassan memberitahu, dia mengenali Ulfah menerusi seorang rakan.

"Sebelum ini, kami tidak mengenali antara satu sama lain. Ketika menyertai Imam Muda Musim Kedua, ada rakan yang ingin menyatukan kami dan menunjukkan gambar Ulfah.

"Selepas program Imam Muda tamat, saya lupa untuk tanya mengenai hal itu sehinggalah rakan saya bertanya. Saya membuat keputusan berjumpa ketika Ramadan tahun lalu ditemani dua rakan lain.

"Pertama kali jumpa, tidak banyak yang dibincangkan. Kami membuat keputusan bertunang pada 16 Oktober lalu dan terus berbincang mengenai perkahwinan. Kami tidak pernah bercakap melalui telefon dalam waktu itu, hanya kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) jika ada perkara penting," katanya yang mendirikan rumah tangga selepas pulang mengerjakan haji.


Sinar Harian

Thursday, July 5, 2012

Semuanya milik Allah



Photo: UCAPKAN ALHAMDULILLAH....

SEDARILAH DIUNTUNG....

GAMBAR....(3 hari sebelum itu Balotelli begitu sombong aksinya membuka baju selepas menjaringkan gol ketika menentang Jerman. Namun selepas 3 hari kita tidak percaya manusia yg mempunyai wajah yg bengis ini boleh menangis...Inilah antara pengajaran kisah org yg sombong)

Zaman terus berubah kerana masa tidak pernah berhenti menunggu kita. Lihatlah sahabat FB ku sekalian mereka yg disekeliling kita. Ada yg dulunya miskin menjadi kaya, yg rendah pangkat menjadi tinggi jawatannya, dulu orang tak kenal sekarang sudah menjadi terkenal, disanjung dan dihormati.

Tetapi bagi mereka yg duduk di atas singgahsana masing2, kadang2 ia terlalu terpesona oleh dirinya sendiri. Apabila melihat sesuatu yg kurang sempurna, timbul rasa tak selesa kerana diri sudah terbiasa dengan kesempurnaan. Duduk bersama orang2 yg miskin terasa bosannya tetapi ada juga yg suka duduk dgn org yg ‘kurang’ darinya untuk menunjuk-nunjuk ‘kelebihannya’.

Bersembang dgn org yg tidak setaraf baik dari segi ilmu atau jawatan, terasa pelik dan membuang masa. Kerana diri terlalu dikejar oleh impiannya sendiri supaya dapat melompat lebih tinggi walaupun perlu menzalimi org lain.Kata hatinya, "Biar org lain perlukan saya, bukan saya yg perlu kpd mereka!".

Betapa kasarnya hati org yg sombong! Dia lupa bukankah dulu dia miskin lalu Allah memberinya rezeki? Bukankah Allah yg meninggikan darjatnya, mengelokkan sebutan namanya di hati dan di bibir manusia? Apakah dia menyangka semua yg diperoleh semata-mata kerana kepintarannya? 

Kalau begitu, sama saja orang ini seperti Qarun, Firaun bahkan umpama Iblis laknat yg tunjuk pandai di hadapan Allah menolak perintahNya. Sungguh merbahaya sifat sombong yg mulai bercambah di hati. Rasulullah SAW telahpun mengingatkan para sahabatnya agar mereka terhindar dari penyakit yg boleh mematikan iman ini.

Oleh itu sahabat, jika di pejabat pangkat kita Pengurus, Pengurus Kanan, Pengarah, CEO, COO sekalipun, jgn kita sombong. Jika Allah boleh beri, Allah juga boleh ambil dgn sekelip mata. Lihatlah sejarah dari org terdahulu....

Hosni Mubarak yg hebat dan diagungkan, akhirnya duduk di penjara, Saddam Hussein ke tali gantung, Gadaffi mati dalam kehinaan. Atau lihat GM atau bos kita dulu apa yg dilakukannya sekarang. Mungkin ada sesetengahnya memandu teksi....Jadi apa yg kamu nak sombongkan????...Semuanya milik Allah.

GAMBAR....(3 hari sebelum itu Balotelli begitu sombong aksinya membuka baju selepas menjaringkan gol ketika menentang Jerman. Namun selepas 3 hari kita tidak percaya manusia yg mempunyai wajah yang bengis ini boleh menangis...Inilah antara pengajaran kisah orang yang sombong)

Zaman terus berubah kerana masa tidak pernah berhenti menunggu kita. Lihatlah sahabat ku sekalian mereka yang disekeliling kita. Ada yg dulunya miskin menjadi kaya, yang rendah pangkat menjadi tinggi jawatannya, dulu orang tak kenal sekarang sudah menjadi terkenal, disanjung dan dihormati.

Tetapi bagi mereka yg duduk di atas singgahsana masing2, kadang2 ia terlalu terpesona oleh dirinya sendiri. Apabila melihat sesuatu yg kurang sempurna, timbul rasa tak selesa kerana diri sudah terbiasa dengan kesempurnaan. Duduk bersama orang2 yg miskin terasa bosannya tetapi ada juga yg suka duduk dgn org yg ‘kurang’ darinya untuk menunjuk-nunjuk ‘kelebihannya’.

Bersembang dgn org yg tidak setaraf baik dari segi ilmu atau jawatan, terasa pelik dan membuang masa. Kerana diri terlalu dikejar oleh impiannya sendiri supaya dapat melompat lebih tinggi walaupun perlu menzalimi org lain.Kata hatinya, "Biar org lain perlukan saya, bukan saya yg perlu kpd mereka!".

Betapa kasarnya hati org yg sombong! Dia lupa bukankah dulu dia miskin lalu Allah memberinya rezeki? Bukankah Allah yg meninggikan darjatnya, mengelokkan sebutan namanya di hati dan di bibir manusia? Apakah dia menyangka semua yg diperoleh semata-mata kerana kepintarannya?

Kalau begitu, sama saja orang ini seperti Qarun, Firaun bahkan umpama Iblis laknat yg tunjuk pandai di hadapan Allah menolak perintahNya. Sungguh merbahaya sifat sombong yg mulai bercambah di hati. Rasulullah SAW telahpun mengingatkan para sahabatnya agar mereka terhindar dari penyakit yg boleh mematikan iman ini.

Oleh itu sahabat, jika di pejabat pangkat kita Pengurus, Pengurus Kanan, Pengarah, CEO, COO sekalipun, jgn kita sombong. Jika Allah boleh beri, Allah juga boleh ambil dgn sekelip mata. Lihatlah sejarah dari org terdahulu....

Hosni Mubarak yg hebat dan diagungkan, akhirnya duduk di penjara, Saddam Hussein ke tali gantung, Gadaffi mati dalam kehinaan. Atau lihat GM atau bos kita dulu apa yg dilakukannya sekarang. Mungkin ada sesetengahnya memandu teksi....Jadi apa yg kamu nak sombongkan????...Semuanya milik Allah.

(Ambilan dari fb Norman Liverpool)

Petua mengelak terkena sihir

Bagi mengelak terkena sihir 


1)   Sentiasa makan tamar ajwah madinah 
2)   Tidur dalam berwudhu'
3)   Sentiasa solat berjamaah 
4)   Membaca doa ketika masuk tandas
5)   Solat tahajjud. 


InshaAllah selamat

Tuesday, July 3, 2012

Ramadhan


17 hari lagi sebelum Ramadhan InsyaAllah

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook