Wednesday, June 20, 2012

Apa yang perlu kita faham daripada kisah Israk Mikraj adalah :

1- Umat Muhammad adalah umat yang paling mulia disebabkan mulianya Nabi MUhammad s.a.w. Israk Mikraj hanya berlaku pada baginda sahaja tidak pada nabi yang lain.

2- Nabi dibelah dadanya dan dibersihkan kotoran yang ada pada hatinya dibasuh dengan air zam-zam dan dimasukkan ilmu,hikmah dan iman. maka kita kena belah dada kita dengan zikrullah agar bersih dari kotaran hati kemudian dibasuh dengan air taubat pada Allah, selepas itu kuatkan ilmu, amal dan ikhlas pada Allah.

3- Allah berkuasa menjalankan hambaNya yg jauh dengan waktu yang singkat, maka begitulah Allah boleh memberikan karamah pada hamba-hambaNya yang terpilih.

4- Peristiwa Israk Mikraj adalah ujian yang besar pada para sahabat samada menyakini Rasulullah ataupun tidak, ini dapat diyakini dengan pegangan Tauhid yang kuat, maka kuatkan Tauhid agar terselamat akidah kita.

5- Pengalaman baginda dalam peristiwa Israk Mikraj adalah benar akan berlaku maka hendaklah kita mengambil iktibar daripadanya.

6- Sembahyang 50 waktu adalah adalah hadiah Allah pada umat Muhammad s.a.w. sehinggalah akhirnya menjadi 5 waktu yang menyamai dengan 50 waktu.

7- Allah wujud tidak bertempat bukannya berada di Sidratul Muntaha, Dan Allah berkata-kata  dengan Muhammad dalam keadaan yang yang tidak sama dengan makhluk, tidak berhuruf dan bersuara.


Dari facebook Ustaz Mustaffa kamal

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook