Wednesday, May 2, 2012

Makanan untuk Pak Li

Entry kali ni saya ingin bercerita tentang seorang pakcik tua yang saya panggil Pak Li dalam lingkungan umur pertengahan 70an. Dengan fizikal yang rendah dan pengalaman hidup yang serba susah, wajahnya kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Mungkin disebabkan oleh kerja keras sewaktu mudanya hingga menjejak keusia tuanya. Dia mempunyai 2 orang anak permpuan, masing2 sudah brumahtangga. Hidup mereka juga serba kesusahan. Sekarang Pak Li tinggal berdua dengan isterinya saja.

Sesekali balik ke kampung, pasti ada kelibatnya di rumah ayah. Selalunya dia akan datang ke rumah ayah di waktu pagi. Sebelum ni saya tak begitu tahu sangat pasal kehidupan dia. Satu hari mak bercerita tentang kesusahan hidup Pak Li yang umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

"Kalau dia tau kau nak balik kampung, dia mesti datang sini pagi-pagi sebab dia tau kau akan hidangkan sarapan untuk dia kalau kau ada. Kalau kau tak ada, mak cuma makan kopi dengan kuih ja pagi2 macam ni, jadi mak cuma hidangkan yang tu juga untuk dia"

"oo patut la, dia selalu ja ada sini kalau orang balik"

Mungkin kepulangan saya di kampung, bukan saja memberi kegembiraan pada mak dan ayah, tapi juga Pak Li turut seronok dengan kepulangan saya.

Saya bukanlah nak bercerita tentang kemurahan hati saya menghidangkan sarapan pagi untuk Pak Li. Apa yang terbayang ialah betapa berbezanya kehidupan Pak Li dengan kehidupan orang-orang yang mewah 'di sana'. Mungkin RM 100k, 300k, 250j....dan sebagainya cuma pandangan fatamorgana untuk orang sepertinya dan juga penduduk marhaen yang lain yang setiap hari bekerja keras hanya untuk memastikan mereka mendapat makanan yang cukup....hati saya sesekali terhiris

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook