Thursday, May 10, 2012

Istighfar pembuat roti

Saya telah baca cerita di bawah dan ingin berkongsi dengan anda InsyaAllah

Satu malam yang dingin, Imam Ahmad dalam  keadaan musafir, beliau keletihan dan ingin menumpang tidur di sebuah masjid. Bila sahaja  Imam Ahmad ingin memasuki masjid, penjaga masjid menghalaunya keluar dengan kasar. Penjaga masjid itu tidak mengenali Imam Ahmad memandangkan waktu itu tidak ada kemudahan  teknologi  komunikasi, jadi mereka tidak dapat mengenali dengan baik rupa orang-orang yang masyhur.  Rayuan Imam Ahmad kepada penjaga masjid untuk tidur di dalam masjid itu sia-sia sahaja.

Kecewa dengan penjaga masjid, beliau memutuskan untuk tidur di perkarangan masjid, tetapi  tatkala beliau duduk, penjaga masjid menjadi marah dan mengheret Imam Ahmad keluar dari kawasan masjid.  Kebetulan seorang pembuat roti  ternampak kejadian tersebut. Pembuat roti merasa kasihan lalu menawarkan Imam Ahmad bermalam sahaja di rumahnya.

Pembuat roti melayan Imam Ahmad dengan layanan yang baik. Pembuat roti kemudian meninggalkan Imam Ahmad berehat dan pergi menguli tepung. Sementara itu, Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar sepanjang malam. Ia membuatkan Imam Ahmad merasa kagum.

Pada paginya, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfar yang dilakukannya pada malam tadi. Pembuat roti menjawab, bahawa dia memang sentiasa melakukan istighfar dan perkara itu sudah menjadi kebiasaannya.

Kemudian Imam Ahmad bertanya lagi, apakah ganjaran yang diperolehi dengan amalan yang dilakukannya. Imam Ahmad sengaja bertanya sedangkan beliau sudah tahu kelebihan dan faedah istighfar. Pembuat roti itu menjawab, “Demi Allah, selama ini tiada doa yang Allah tidak perkenankan kecuali satu.”

“Apakah doa tersebut?” tanya Imam Ahmad.

“Saya berdoa supaya dipertemukan dengan Imam Ahmad Ibn Hanbal”, jawah si pembuat roti.

“Saya Ahmad Ibn Hanbal!” mencelah Imam Ahmad lalu menambah

“Demi Allah! sesungguhnya aku dibawa oleh Allah kepadamu untuk memenuhi doamu”


No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana meninggalkan komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

facebook